Rabu, 4 Februari 2009

Jamaluddin & Mohd Osman Bakal 'DIBEBASKAN'..??

Cita-cita Jamaluddin dan Mohd Osman untuk menjuak UMNO akhirnya menjadi kenyataan. Masa dan ketika ini andalah menjadi orang penting kepada UMNO.

Dua hari lepas, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas manakala Hee, yang juga Timbalan Speaker, dipercayai telah menyerahkan surat keluar daripada DAP. Kini kedua-dua Adun tersebut bakal menyertai pula UMNO dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib di Putrajaya serta dihadiri sendiri dua Adun yang mendakwa sedang cuti sakit itu. Ekoran daripada itu, kedua-dua Adun PKR itu yang sebelum ini kesnya masih lagi disebut di mahkamah atas kesalahan kes rasuah, selepas ini mereka berdua boleh menarik nafas lega, siapa tahu kemungkinan besar mereka akan dilepas dan dibebaskan daripada terbabit kes tersebut sebagai balasannya menghidupkan semula kerajaan BN di Perak.

KULAT: Kali ini strategi Najib begitu menjadi dengan mengumpan dahulu Adun Bota sebagai pemancingnya. Justeru hasrat kedua-dua Adun yang masih lagi dalam kes mahkamah itu untuk menjadi sebahagian ahli penjuak UMNO akhirnya tercapai jua. Sebagai balasannya.....siapa tahu, mereka mungkin akan dibebaskan. Namun begitu kedua-dua Adun ini perlu ingat, proses pemilihan di Cawangan dan Bahagaian UMNO telahpun berkahir. Jadi kedua-dua Adun ini buat masa ini (sekiranya DUN Perak tidak dibubarkan) menjadi YB tanpa memegang sebarang jawatan dalam UMNO. Sekiranya mereka menyertai UMNO, adakah mana-mana Bahagian dalam UMNO di Perak yang akan simpati kepada mereka berdua untuk memegang jawatan sekurang-kurangnya sebagai Ketua Penerangan? Terpulanglah kepada ahali-ahli UMNO Perak. Seperti mana bekas ahli-ahli S46 dahulu mereka perlu menunggu masa yang lama untuk kembali memegang jawatan dalam UMNO dan ada sesetengahnya terus berkubur bersama nama Semangat 46. Kalau mereka terus kekal jadi ahli Bebas, kemungkinan jangka hayat politiknya di Perak mungkin berkubur lebih awal.

14 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Najib memang layak bergelar "Politician Of The Year". Sekali sentuh, kerajaan Perak jadi abu.

Dasyat...

Tanpa Nama berkata...

Bijak dunia biaq pi la...
akhirat jawab depan ALLAH swt...

kulatlapok berkata...

salam YB Harimau...

Najib memang layak mendapat gelaran itu. sekali kuis je PakLah sampai tak terkata. Khairy kena berhati2. Yang dua ekor tu sekarang sedang BERGUMBIRA diraikan oleh orang2 UMNO. Tapi dia lupa pada jerat yang dah pasang. Mereka ada empat tahun saja lagi pastu... orang UMNO yag dah lama menunggu lak yg jadi calon, tunggu apa lagi dua ekoq tu kena tendang lah pulak.

AFRAR YUNUS berkata...

salam,
boleh harapkah changkat jering dan behrang tu? silap haribulan, dikonanya najib pula.

Perak Belum berkata...

salam:

Dua Adn yg sedang cuti sakit tu perangai macam Anjing yang berak terkangkang di tepi jalan tapi buat tak tahu aje tak mengaku berak.... cittt.. kotor punya orang

Tanpa Nama berkata...

3 org yg paling BERHORMAT dlm PARTI NO ARM karang ni adalah penjilat ludah sendiri, yang disyaki kedarah rasuah dan AWW..sama babi betina!!aduhai..kesian UMNO,tak ada lagi ke melayu yg berkualiti di tanah melayu ni..?hamba tabik pd Dr. mahathir..mungkinkah TUN melayu terakhir!!

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Kulat,

Mak Cik amat mahu menulis sesuatu yang menyokong tulisan kamu ini.

TETAPI terus terang, mereka ini SEMUA sama sahaja.

Cuma bagi Mak Cik siapa yang langkah mereka mungkin tidak popular tapi lebih berkepentingan untuk Bangsa, Agama dan Negara. Dalan konteks jangka masa panjang.

Cuba bayangkan kalau semua pula ahli UMNO melompat ke PR seperti Nasa. Adakah lompatan ini BAIK berbanding dengan apa yang berlaku di Perak Sekarang??

Adakah Orang Melayu yang untung atau sebaliknya ??

kulatlapok berkata...

salam Makcikku Yang Budiman...

Saya menghormati pandangan Makcik dan terima kasih kerana selalu memberi nasihat dan pandangan yang mebina. Saya juga menghormati pandangan sesiapa saja tidak kira dia pro atau kontra kerana sesiapa sahaja yg menulis membuat komen dan memberi pandangan, SEMUANYA TERMAKTUB KEPADA 'HAK'.

Beerbalik kepada Dua ADUN ini yang menjadi tandatanya kepada semua pemeerhatinya ialah kalau nak jadi BEBAS jadilah seperti Ibrahim Ali. Tapi ini BEBAS tapi buat mengumuman bersama Najib. Apakah erti BEBAS yg hendak diterjemahkan oleh dua Adun ini.???

Pak Oncu berkata...

mak cik yang dah menopouse ni asyik asyik MELAYU MELAYU,,,, HEBAT SANGAT KE MAKCIK NI????????

Tanpa Nama berkata...

Buat Pak Oncu.....

Tak baik mengata orang tau.. Makcik ni tengah excitedlah UMNO dapat kembali kuasanya. UMNO taknak adakan piliharaya..takutttt

Perak Belum berkata...

salam Tuan

Terang-terangan UMNO RASUAH tak ada sapa yg hairanpun... Yg aku hairan kelauar BEBAS tapi menyokong UMNO.. ada ke macam tu..khakkkkkkk ptiuiii POLITIK LONGKANG namanya...

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

RUPANYA NAJIB LAGI BANGSAT SEBANGSAT SIFATNYA...

Tanpa Nama berkata...

Cendawan,

Mengenai ADUN PKR lompat parti bukan perbuatan yang boleh disifatkan bersalah atau tidak bermoral tetapi cara dan alasan lompat parti itu yang menjadi persoalan.

Lompat parti adalah permaianan pemimpin parti yang terdesak. Mencari kemenangan mudah. Anuar Ibrahim pernah lakukan permaianan ini tetapi gagal kerana dia tidak berkemampuan untuk menawan wakil rakyat dari BN.

Jika ketika itu Anuar berjaya maka pemimpin dari BN akan mengatakan bahawa permaianan lompat parti adalah kotor pengecut dan tidak bermoral.

Di perak, permainan ini digunakan oleh UMNO untuk menggulingkan kerajaan negeri perak pimpinan Pakatan Rakyat. Mereka berjaya. Dalam kes ini UMNO tidak timbulkan soal lompat parti itu tidak bermoral, tapi mereka timbulkan cerita kuasa mentadbir telah berpihak pada mereka.

Namun begitu Pakatan Rakyat juga tidak menyalahkan ADUN nya seratus peratus kerana melompat tapi mereka mahu sultan bersetuju pembubaran DUN negeri perak agar pilihanraya diadakan supaya rakyat boleh memilih siapa yang layak jadi pemimpin mereka. Tapi permintaan itu tidak kesampaian.

Walau bagaimana pun wakil rakyat yang melompat parti biasanya akan dilihat sebagai pengkhianat jikalau lompatan itu membawa padah pada parti asalnya.

Pada peringkat awalnya mereka akan dilihat sebagai wira oleh parti yang menerimanya namun mereka akan disekat jadi pemimpin kerana kejujuran dan kesetiaanya tidak boleh dipercayai.

Dan secara perlahan-lahan parti yang menerima mereka ini akan membakarnya tanpa api, gantungnya tanpa tali. Akibatnya mereka ini hangus dan tercekik dalam diam.

Oleh yang demikian, kita sama-sama tunggu dan lihat apa akan terjadi pada bekas ADUN PKR yang melompat....

kulatlapok berkata...

TANPA NAMA 01:16

Terima kasih menitip dengan panjang lebar ke sini. Tapi titipan anda lagi nampak menarika kalau disertkan dngan NAMA.

Saya sangat setuju dengan juga dengan pandagan sdr itu. Perbuatannya dilihat pengkianat oleh parti yg diwakilinya.

Namun seperti kita juga mahu lihat siapakah yg melompat itu?? Saya percaya kalau yg melompat itu seorang pemimpin yg BERKARISMA TINGGI seperti Mahathir. Sudah tentu ianya memberi keuntungan politik yg berpaanjangan. Tapi seperti kata Mahathiur juga UMNO rugi jika mengambil Adun yg tidak ada KUALITI.

Jadi disini pandangan TUN sudah jauh kehadapan dan saya setuju dengan kata2 sdr bahawa 2 adun ini akhirnya akan dibakar Dan secara perlahan-lahan parti yang menerima mereka ini akan membakarnya tanpa api, gantungnya tanpa tali. Akibatnya mereka ini hangus dan tercekik dalam diam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN