Isnin, 16 Februari 2009

KINABALU MENGAMIT LAGI...!! (2)

Taklimat program oleh kakitangan Kinabalu Park pada jam 7.00 malam

Senyuman Marlyna menyambut kedatangan kami

Bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu di Nabalu.

Bergambar dihadapan Lodge sebelum bertolak ke Kinabalu Park

13 Februari 2009 (Jumaat)

Hari kedua setelah melepaskan penat perjalanan, kami chekout dari tempat penginapan pada jam 10.00 pagi untuk terus ke Kinabalu Park dengan menaiki sebuah van dengan tambang RM150.00 iaitu RM15.oo seorang. Perjalanan ke sana dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan, kami berhenti rehat sebentar di Nabalu untuk melihat gerai2 cenderamata dan yang paling menariknya ialah dapat melihat panorama indah Gunung Kinabalu terbentang di depan mata. Masing2 seperti tidak sabar mengabdikan seberapa banyak gambar dalam kamera digital masing2 walaupun kadangkalanya terpaksa bersabar menunggu kerana gangguan awan yang meliputi sebahagian puncak Kinabalu. Sampai di Kinabalu Park lebih kurang jam 1.00 petang dan selepas membuat pendaftaran, kami semua ditempatkan di Grace Hostel dan disambut senyuman mesra oleh Marlyna seorang kakitangan yang bertugas di Hostel tersebut. Aktiviti sebelah petang pula kami mengambil peluang ke Pekan Kundasang untuk membeli lain2 barang keperluan seperti makanan untuk perjalanan mendaki esok sebelum diberi taklimat pada sebelah malamnya. Malam itu suhu agak sejuk dan selepas menikmati makan malam di Balsam Cafe kami semua terus tidur awal.

6 ulasan:

Pemuda Pelapis berkata...

Kome yang mana satu yeop?

Takpe yeop! Bawa bertenang. Jom baca dulu siapa sebenornya yang terjah Elizabeth Wong telanjang? Jangan tak ambil tahu, kena ambil tahu.

NI DIA ORANGNYA - KLIK DAN BACA

kulatlapok berkata...

Salam Bro Pemuda Pelapis:

Apahal ni?? Aki rsa ko tersalah masuk biliklah Bro, Kat sape sebenornya yg ko nak ulas. Aku letihlah bab2 moral macam ni.. sorry bro.. no komen.. aku pun tak tak tahu ape cerita Si Wong ni pasal dah lima hari tak dapat baca paper kat Sabah ni..

Sangkelembit berkata...

salam Kulat:

Selamat sampai ke Puncak Teringgi di Asia Tenggara. Aku pernah gak kesana tetapi pehhh.... malang sekali kaki aku buat hal dan.... tewas jua akhirnya..

Tanpa Nama berkata...

Wahh.. yang petugas tulah yg mengamit tu.. ka ka ka ni macam bolehlah joint..??

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan,

Cantiknya Gunung Kinabalu. SubhanaAllah!!
Maha Suci Allah swt dengan segala penciptaanNYA untuk kita amati dan alami (pada yang larat dalam kes ini).

Alhamdulillah, semua telah Selamat Pergi dan Balik.

Kalau ada gambar-gambar flora dan fauna di Gunung Kinabalu tu, blogkanlah untuk kami semua.

kulatlapok berkata...

salam Makcik
Insyaallah akan saya postkan gambar2 tersebut. sekarang ni sedang collect gambar2 pada member2 yg lain

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN