Isnin, 9 Februari 2009

MEDIA PENJUAK SEPERTI MENDAPAT 'SEMANGAT' BARU







Senario politik Perak yang mengemparkan negara mencatatkan satu lagi sejarah hitam politik negara. Fenomena berarak, berhimpun atau nama lain yang sedap ditulis oleh pihak-pihak media ialah 'demontrasi'. Perhimpunan yang dikatakan agresif ala 10 tahun yang lalu kembali merwarnai negara terutama di Perak. Para media terutama penjuak UMNO kali ini seperti mendapat semangat baru apabila saban hari politik Perak disiarkan berulang-ulang kali. Paling menarik ialah Pak Karpal yang sebelum ini dihentam hebat oleh media kali ini mendapat liputan 'istimewa' yang agak lama (6 minit 33 saat) oleh TV3 semasa mengadakan sidang medianya (menghentam DSAI & pemimpin utama DAP) berkaitan tindakan Sultan Perak memecat MB dari kalangan Pakatan Rakyat.

Perkataan DERHAKA dan tidak TAAT SETIA kepada Raja menjadi ramuan utama pihak media. Sejak dari peristiwa pemecatan Mohd Nizar, angkat sumpah Dr. Zambry, demontrasi di Masjid Ubaidiah dan isu saman Karpal kepada Sultan, pihak media terutama media penjuak berulang-ulang menyiarkannya setiap masa seperti memprovok rakyat diluar sana turut sama menghentam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang dianggap tidak Setia pada Sultan dan Derhaka. Kepada pengarang-pengarang media penjuak UMNO/BN yang sebelum ini agak lesu berita mereka kali ini seolah-olah mendapat semula tenaga baru dan mungkin inilah peluang terbaik mereka untuk membalas dendam menghentam kepimpinan Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah nama politik, baik BN atau PAS atau PKR atau DAP... semuanya kotor... semua nak isi tekak mereka sendiri... tapi hakikatnya... rakyat yang jadi bodoh pergi terhegeh2 buat demostrasi... tapi hakikatnya... semua telah menjadi mangsa dan mangsa yang diputar belitkan oleh orang politik...adakah masyarakat 'kita' ni BODOH, bangsa lain berlumba2 nak mencari kekayaan di bumi Malaysia.. kita bergaduh sesama sendiri.

Sangkelembit berkata...

Almaklumlah kalau dah duduk selesa kat tempat yg UMNO letakan, takkan meeka nak buat berita menghentam UMNO balik. Apapun memang rakyat macam diperbodoh2kan oleh berita penjuak tersebut.

Perak Belum berkata...

sudahlah kulat mabuk.. kopun kalau di pihak mereka pun macam tu juga. Ko tengok harakah dan akhbar pihak pembangkang, banyak fitnah dari kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

ceghitanye pasai PeRAK aje sampei setahun tak habis.. naik menyampah lak aku nak tengok terutama berita TV3SUKU

Tanpa Nama berkata...

aku setuju bebenor..menyampah nak tengok/baca penjuaknye berita. tengok je le pak komen diatas lebih kurang deme juge(kecuali kawan saya yang kate t3suku)

Donna berkata...

baru la berjuang UMNO pas ni
bertambah bersemangat
pasni memang UMNO akan naik dan naik tanpa henti
insyaallah. Yang benar akan berjaya juga

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN