Selasa, 24 Februari 2009

KAK PIDAH & SENASKAH AL-QURAN

Setiap kali ada sidang media, senaskah AlQuran tidak lepas dari Kak Pidah..
Siapa tak kenal Tan Sri Rafidah Abd. Aziz? Pemimpin no. 1 wanita UMNO ini antara yang paling lama memimpin pergerakan sayap kanan UMNO itu. Beliau juga memegang rekod pemimpin wanita paling lama memegang jawatan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 1987 hingga 2008 iaitu hampir 21 tahun berada dalam kabinet kerajaan. Kalau dilihat dari gaya dan caranya bila bercakap, beliau memang seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Pantas menepis segala kiritikan dan tidak mudah tunduk dari sebarang tekanan tidak kira samada dari pihak pembangkang mahupun dari dalam UMNO itu sendiri.
Apa yang menarik tentang Kak Pidah ini ialah apabila setiap kali mempengerusikan mesyuaratnya, senaskah Al-Quran pasti berada di hadapannya. Mungkin segala mesyuarat yang dipengerusikannya itu mudah-mudahan akan memberi suatu petunjuk dan keputusan yang adil dan saksama. Mungkin juga tujuannya jika ada sidang akhbar, untuk menunjukkan bahawa segala kenyataannya adalah semuanya benar2 belaka dan tidak ada lain yang benar selain daripada kenyataannya yang benar disamping senaskah Al-Quran sebagai saksi.
Sayangnya Kak Pidah, senaskah Al-Quran sebagai panduannya itu tidak dapat merubah keterampilan dirinya sekurang-kurangnya untuk menutup aurat dari berimejkan dirinya yang masih lagi kekal seperti dulu. Apa maknanya jika segala isi Al-Quran yang diletakkan dihadapanya itu tidak diterjemahkan oleh manusia itu sendiri dan kedudukannya itu hanyalah tidak lebih daripada gimik perhiasan semata2. Bukan nak menuduh Kak Pidah 'tidak beriman', itu urusan dia dengan Tuhan. Siapa tahu, mungkin Kak Pidah seorang wanita muslimin sejati yang mengamalkan ajaran Islam sebenar? Hal ini bukan untuk Kak Pidah sahaja malah kepada semua umat Islam negara ini.
Dan bukan juga hendak berburuk sangka namun keterampilan diri mencerminkan keperibadian diri. Memang benar, manusia adalah yang paling sukar untuk berubah namun ianya tidak mustahil untuk berubah. Jika kita hendak bersaksikan Al-Quran, terlebih dahalu hendaklah kita mendampinginya dan melaksanakan segala suruhan yang ada di dalam segala isi perutnya. Memang kita semua tidak layak untuk melabelkan keimanan sesorang itu, namun telah menjadi kewajiban kita, menjadi 'tabligh' segala yang membawa kebaikan untuk umat Islam. Semoga Kak Pidah lebih suksess selepas ini dan yang pastinya berjaya mengharungi cabaran pada Mac ini. Wallahua'alam.

4 ulasan:

Pak Oncu berkata...

kalau wanita yg ngaku muslim sejati dan beriman sudah pasti dia menutup aurat,,,, .....

Tanpa Nama berkata...

ehh apadahhh... ko ingat ko ni alim ulamak ke nak suruh orang bertaubat..?? entah2 si Pidah tu lagi alim dari korang semua..

cucu kwantung berkata...

Bukan perkara baru ahli gerombolan menggunakan Islam dan Quran sebagai topeng kemungkaran. AlQuran sebagai alat untuk menutup kemungkaran. Sebagai contoh, jika mahkamah memerintah seorang perasuah menyerahkan passportnya supaya tidak melarikan diri sebelum kesnya selesai,peguambelanya akan memohon supaya perintah itu ditarik balik dengan alasan tertuduh ingin melakukan ibadat umrah. Sebenarnya ini kes MEMPERSENDAKAN AGAMA DAN AL QURAN

Tanpa Nama berkata...

salam cucu kwantung..

Konsep Islam hadhari memnag macam tu.. Al-Quran ni jadi perhiasan je..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN