Sabtu, 28 Februari 2009

ANTARA 'CELAKA' & 'BINATANG' MANA YANG PALING HINA?

Kebelakangan ini tindak tanduk Pemuda UMNO dibeberapa negeri harus 'dipuji' kerana begitu prihatin dan sensitif berkaitan dengan isu penghinaan parti bangsa Melayu dan hal2 yang berkaitan dengan institusi Raja2 Melayu. Pantang aje kalau ada isu bab2 ketuanan serta ada menyentuh sedkit hal2 istana, sudah pasti dengan pantas para laksamana UMNO ini akan ke Balai Polis untuk membuat 'laporan' sehinga berkajang2. Kononya untuk menjadi pembela tulin ketuanan bangsa Melayu serta memelihara institusi Raja Melayu Berpelembagaan.

Kalau dilihat Isu politik Perak, berpuluh laporan polis terhadap Pakatan Rakyat terutama melibatkan Karpal dan Mohd Nizar telah dibuat kerana mendakwa menghina Sultan Perak. Yang terbaru pula kali ini melibatkan Sultan Kedah, Pemuda UMNO Kedah tanpa berlengah juga terus membuat laporan polis walaupun kesahihannya hanya sekeping surat layang. Begitulah sensitifnya Pemuda UMNO. Syabas..!

Baru2 ini satu lagi peristiwa yang melibatkan lagi Karpal (Singh is the King) yang mengeluarkan perkataan 'cilaka' kepada Pemuda UMNO dan akibatnya pejuang Pemuda UMNO Selangor bertindak berkumpul di Dewan Parlimen untuk membantah peguam veteran Malaya itu bagi menuntut maaf kerana mendakwa telah menghina Pemuda UMNO dan Melayu khususnya. Kejadian itu membuakkan perbalahan di antara Pemuda UMNO dengan para barisan Pakatan Rakyat di lobi parlimen.

Tindak tanduk Pemuda UMNO itu harus juga dipuji bagi mempertahankan maruah agama dan bangsanya. Namun keberanian Pemuda UMNO biarlah seperti kata MSO disini. Isu beberapa siri yang melibatkan dakwaannya menghina Sultan serta bangsa Melayu itu sendiri haruslah jangan ada sikap 'doublestandard'. Jangan hanya cuba hendak mencari populariti tetapi terlupa bilamana parti sendiri menghina herarki paling tinggi (Agong) institusi Raja senyap begitu sahaja dan tidak ada laporan polis dibuat. Apakah inilah sikap yang ada pada perjuang Pemuda UMNO? Adalah diharapkan Pemuda UMNO seperti kata MSO jangan sesekali cuba mencari kekuatan dengan menggunakan nama raja dan istana sebaliknya berjuang dan berlawanlah dengan kudrat dan kebolehan diri sendiri. Itulah baru dikatakan pemuda yang berani, bijak dan berwawasan dan berdiri atas keyakinan diri sendiri. Wallahua'alam.


siapakah 'natang' yang dimaksudkan oleh rakyat Terengganu ini??

Pengertian bahasa mengikut kamus:

1. 'cilaka' (Celaka) dalam pengertian kamus bermaksud sial, malang dan tidak baik. Atau maksud lain sebagai kata seruan yang menyatakan kemarahan, kekecewaan dan lain2 lagi. Sepertai contoh Karpal mengeluarkan kata2 'cilaka' itu Pemuda iaitu menunjukan kemarahannya kepada Pemuda UMNO.

2. 'menatang' (binatang) dalam pengertian kamus bernakssud haiwan, makhluk yang bernyawa dan dapat vmerasa dan bergerak. Berkaki dua dan ada berkaki empat. Tidak mempunyai akal tetapi mempunyai nafsu makan dan mengawan. Antara mahluk ciptaan Allah yang dikategorikan paling bawah.

Kulat: Antara maksud yang paling hina sekali antara 'cilaka' dengan 'menatang' ialah sudah tentulah apabila manusia itu disamakan dengan binatang.

5 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Mungkin "natang" itu bermaksud "Menatang Minyak Yang penuh"????

Apapun, lu hebat bro.

Sangkelembit berkata...

SALAM kULAT

AKU SEBENARNYA MEMANG PALING BENGGANG DENGAN ITU SING TAK ADA TONCET TU.. TAPI LAGI MENGURISKAN AKU BILA KEMARAHAN MELAYU HILANG KEWARASANNYA DAN SEHINGGA AGONG TELAH DILIHATNYA SENDIRI SEBAGAI 'HAIWAN'.. MANA KETEGASAN PEMUDA YG MENDAKWA EMELIHARA INSTITUSI RAJA MELAYU BERPELEMBAGAAN..???????????????

Rusila Mari berkata...

mereka semua memang 'menatang' bersikap ganas macam haiwan....
panatang ditegur, asyik nak meenting aje, sekarang ni dah jadi pulak pembela pihak istana, istana tahu dah mereka semua tu adalah 'hipokrit' dalam politik...

zuhairy berkata...

bila dah jadi camni, ada kepentingan untuk politik mereka, baru nak jadi pembela sultan konon..

kulatlapok berkata...

salam zulhairy:

Terima kasih menitip ke sini. Inilah sikap sebenar mereka yang hanya macam lembu dicucuk hidung. Mereka hanya melihat dan mengikut saja orang atas mereka bertindak. Seingat kita semua Mahathir antara pemimpin yg paling derhaka kepada sultan/agong... dimanakah mereka yg membela sulta sama seperti hari ini? tidak adapun pemimpin yg membela sultan pada ketika itu, malah akhbar penjuak turut sama memainkan peranannya menelanjangkan segala aktiviti intitusi istana pada masa itu.. inikah parti yg kita sanjung sebagai parti dominan orang melayu?

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN