Setelah beberapa jam kami semua berada di LCCT untuk menunggu masa penerbangan, aktiviti yang sesuai ketika itu ialah melelapkan mata seketika. Kami berkongsi tempat dengan ramai penumpang 2 lain yang ke hendak destinasi masing terutamaya dari Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Selepas menyelesaikan solat subuh di situ, penerbangan kami jam 6.50 pagi terus membawa kami ke Kota Kinabalu dan sampai pada jam 9.30 pagi. Penerbangan yang mengambil masa 2 jam setengah itu sedikit mengalami gangguan cuaca yang tidak berapa baik menyebabkan pesawat yang kami naiki mengalami gegagaran selama 10 minit.
Tiba di Kota Kinabalu terus checkin di Borneo Gaya Lodge pada jam 11.20 pagi. Di sini ada kemudahan internet yang disediakan. Apa lagi..... terus je booking dan jari jemari ini terus memainkan peranannya menekan satu persatu butang keyboard... dan inilah catatan hari pertama ku di Kota Kinabalu ini. Dapat baca blog kekewan, badan yang letih terus je menjadi segar. Hari ini aktiviti ku disini hanya bersiar-siar dan esok kami akan berangkat pula ke Kinabalu Park.
Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 9.30 pagi.
Menunggu masa penerbangan di LCCT sebelum berlepas pada jam 6.50 pagi.
Tempat melepaskan penat di Borneo Gaya Lodge.
Kulat: Insyaallah, jika berkesempatan aku akan mencatat lagi. itu pun bergantung kepada kemudahan internet yang ada dipersekitaran. Yeeooossss....!!!
8 ulasan:
Waah.. tayang body nampak? Gayanya tidak akan ada masalah ke puncak nanti. Insya Allah.
Cute betul bulu dada tu..kah kah kah..
Selamat Bercuti bro...
salam blogger
1. Tuan Mountdweller:
2. Harimau-Menaip
Gambar2 tu semasa kami baru checkin untuk melepaskan penat.
salam Bro:
Yang gambar sedang mengintai di katil tu macam kenal aje..??
Assalamualaikum,
Semoga Segalanya Selamat.
Salam Bro...
SELAMAT DATANG KE SABAH..... orang Sabah mengucapkan terima kasih kedatangan rombongan BRO....
Jan lupa kunjungi
1. Gaya Street (pagi hari ahad je)
2. 1 Borneo
3. Pasar Filipin
4. Tanjung Aru Beach
5. Jesselton Point
dan banyak lagi tempat Bro akan dapat lihat pembangunan yang kami nikmati skang ni.....
salam Bro:
Kami semua masih lagi disini (16 Februari). Hari ini kami semua free dan bersiar2 disekitar kota Kinabalu. Kami keluar dari jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam baru balik ke lodge. esok 17 Februari kami akan bertolak balik ke KL.
Terima kasih di atas info Tuan Sumandak. Insyaallah saya akan blogkan sekitar gambar di Puncak Kinabalu.
Catat Ulasan