Selasa, 3 Februari 2009

GERAK Jangan Buat "DONO" Isu Tawaran RM50 Juta

Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunus yang kini ghairah berkunjung ke pejabat SPRM diminta jangan lupa atau terlupa atau buat-buat lupa atau buat "DONO" (Dontknow) isu yang dibangkit oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda yang telah membuat akuan bersumpah di Mahkamah Sesyen dan mendakwa pernah dijanjikan RM50 juta oleh seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) hampir setahun lalu. Beliau mendakwa akan memperoleh ganjaran itu sekiranya berjaya menarik sekurang-kurangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti pembangkang di Perak menyertai BN.

Mohd Nazree yang kebelakangan ini dilihat begitu semangat menyerang MB Selangor dengan cuba menelanjangkan beberapa isu disini yang berkaitan dengan amalan RASUAH. Bertepatan dengan nama Gerakan Anti Korupsi (GERAK) iaitu perjuangan utamanya membanteras amalan RASUAH dinegara ini tanpa mengira latar belakang politik. Suatu perjuangan murni yang harus disokong. Justeru beliau diingat jangan terlepas pandang isu RM50 juta yang dibangkitkan itu kerana jumlah yang ditawarkan bukan nilai puluhan ribu malah jumlah sebanyak itu boleh membangunkan beberapa projek pembangunan untuk rakyat.

Walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh, namun kenyataan secara terbuka ini, SPRM berhak menyiasatnya dan sekali lagi juga diingatkan kepada Mohd Nazree jangan buat 'DONO', ayuh..!! berkunjunglah lagi ke pejabat SPRM dengan membawa isu ini untuk disiasat. Bertindaklah dengan segera wahai Pengerusi GERAK Malaysia. Kami semua sedang memerhati GERAK anda.

6 ulasan:

kulupSakah berkata...

gerak@Berak!

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Kulat,

Elok juga suruh dia bersumpah dalam masjid macam Saiful dulu. Yang menuduh dan dituduh. Kemudian kita semua tunggu dan lihat.

Siasat siasat jugalah.

Dulu Anwar Ibrahim kata ramai orang BN nak lompat ke PR nak tubuh Kerajaan baru 16hb September, 2008. Kita pun semua tunggu.

diam diam....Nasa melompat ke PRK.

Sekarang ini...hai bilalah mereka mereka ni nak buat kerja untuk rakyat yang memilih mereka? Tuduh menuduh, tak habis habis..Melayu vs Melayu..baguslah tu

Tanpa Nama berkata...

salam tuan kulat:

GERAK@BERAK lebih kepada kaki pengampu. Harap2 tindaKANNYA ITU mendapat perhatian pemimpin UMNO. kot2 nanti dapat habuan jawatan tertentu.

MIBU BULAN. berkata...

salam....maaf aku kasak sikit,
GERAK DAYUS kalau tak jumpa SPRM siasat kes Najib....
Mana Ezam...lari dalam gua ke...

Tanpa Nama berkata...

ezam karang ni ngah bertapa kat sebuah gua di monggolia..cari ilham le tu, tak bekerja pun tak pe..kan wang ringgit berkotak2,saya noreh getah 5-6 hari nak cari rm50 pun liat.. kena bahagi 2ngan mak lah tu.., nampak gaya kena berguru ngan ezam dah kot.!! he..he..

Tanpa Nama berkata...

buat apa nak bagi individu 5O juta... baik, sedekahkan kat pakir miskin.. entah la...orang politik memang rakus untuk mendapatkan kuasa.. dan diaorang terlupa agaknya mengenai akhirat, segalanya akan ditanya... orang yang menuduh dan dituduh.. tunggu saje la di akhirat..kat akhirat pergi la buat pengakuan

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN