Sabtu, 1 November 2008

MESTI BACA...KISAH BENAR SEORANG MUALAF

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...Baca dan Renungkanlah. ...Kisah Farhan b. Abdullah, seorang mualaf yang mengisahkan perjalanannya memeluk Islam.


Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat.

Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!! Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).... "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat iaitu:-
1. Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
2. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3. konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz ituke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... " Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan saya........ ." Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.

Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu. 6 tahun saya di PERKIM, Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.

Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja! Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa Agungnya kekuasaanMu. ...Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini saya pendakwah bebas.

Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!! Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..pura-pura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah!!!
Kulat: Anda nilaikanlah sendiri, keimanan yang dimiliki oleh seorang Mualaf, lebih teguhnya dari seorang Islam yang sejak ianya dilahirkan Islam dan mengaku Islam . Wallahualam.

11 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Pasal gereja di UPM, ada dalam perlembagaan kot. Tak boleh komen berlebihan.

Yang menariknya, Iman dia lebih berkali-kali ganda dari kita...tak sekalipun dia bercerita pasal bangsa..

Kalau dia cerita apa yang ustaz tu jawab...lagi mantap.

Tuan Kulat, terima kasih atas artikel ini.

Unknown berkata...

Sebab kita melayu dilahirkan islam. Bangga dengan islam tetapi tidak mendalami islam, maka kita jahil sebenarnya.... kejahilan inilah yang membuatkan melayu longgar iman.

Orang lain memeluk Islam selepas belajar dan mengkaji.... mereka ketemu Allah mendahului kita yang dilahirkan Ialam. Kepercayaan mereka telah teguh membatu sebelum Islam dan sesudah Islam batu menjadi tugu yang teguh tidak dapat diubah oleh sesiapa pun.

Tanpa Nama berkata...

apasalahnya gereja kat UPM? ini menghasut nampak? hasut lah kalau nak menjahanamkan malaysia? Bis, Masjid berterabur sana sini org tidak kisah pun. setiap azan... laung sana laung sini? tidak perlu sembayang kat masjid pun tak apa... sebab dalam rumahpun boleh dengar azan tu. itu yang sebab org islam malas nak g masjid.......

Ko ni geng.... ko masuk islam ka, budha ka? tidak perlu perkecilkan agama yang sebelumnya.... ko ni tak paham2 ka. hidup dah separuh umur lupa diri keluarga dan nenek moyang ko... nescaya ko kena sumpah nenek moyang ko..... makan tak sepinggan......

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

Islam adalah cara hidup dan untuk diamalkan.. Islam bukan hanya untuk diwarisi...

saya pernah dgr soalan bukan Islam yg mengatakan org Islam sama dgn kafir sebab menyembah Kaabah..dan mereka menyamakan Kaabah itu dgn berhala...

ramai bukan Islam keliru dgn fungsi Kaabah bagi umat Islam...

mengenai iman...beza org melayu yg asal beragama Islam dengan mereka2 yg sebagai mualaf memang jauh ..mereka memeluk Islam kerana menerima hidayah Allah..tapi org melayu yg asal Islam hanya sebagai Islam warisan..hanya kulit tapi kosong jiwa kerana mereka tak dikurniakan hidayah..

cukuplah bab aurat bila kita tanya kenapa tak tutup aurat..dorang boleh jawab..'belom sampai seru'...sepatutnya kita mencari hidayah bukan menunggu hidayah dtg dgn sendirinya..

peringatan utk saya dan anda semua..seperti lagu raihan

'Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah'

wallahualam

KMF berkata...

APA SALAHANYA GEREJA ADA DI UPM? PERPADUAN KAUM KATAKAN?

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa jika anda mahu menguatkan akidah saudara seiman anda, buatlah dengan cara yang baik, penuh iman dan cinta kasih. Kerana anda menyebut Pope John Paul, maka saya beranggapan bahawa bapa anda seorang paderi Kristian Katolik. Tetapi setahu saya seorang paderi Katolik mengambil kaul atau "vow" untuk tidak berkahwin, jadi sudah tentunya tidak mempunyai anak, jika hendak berkahwin juga dia hendaklah berhenti menjadi paderi dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Holy Water tidak dibuat di Rome, tetapi siapa sahaja paderi boleh melakukannya. Disini kesilapan anda. Bagi saya, saya lebih senang jika anda menyibarkan syiar Islam yang sebenarnya bukan menipu.
Orang Sabah

Tanpa Nama berkata...

salam tuan..
org Islam di Malaysia tercinta ini semuanya sibuk!sibuk mengatakan dia yg benar,sibuk kata org tu salah,org ni salah.sibuk nk buat hudud.sibuk ngan hadhari.ada masalah je,tunjuk org tu,org ni.mana ada masa nk berdakwah!nanti bila negara Islam jadi,hudud jadi,rakyatnya dh separuh murtad!

melayuangkat berkata...

Anakku Cendawan Melayu, Assalamualaikum,

Inilah KEBESARAN Allah swt. Dan HIDYAH itu HAK MUTLAK DIA, sebab itu kita selalu berdoa supaya tidak putus mendapat hidayah darinya dan tidak ditarik semula hidayah yang telah pun diberikan pada kita.

Ya, dah banyak cerita macam ini kita dengar. Bersyukurlah kita semua tergolong dalam yang mendapat hidayahNYA!!

Mak Cik pernah ke Vatican City, masuk di sana dan lihat kelilingnya. Semua kena pakaian sopan dan tutup kepala. Mak Cik pass lah sebab memang bertudung.

Tidak ada apa yang hebat pun pasal Vatican city, biasa saja Mak Cik tengok, tempat Pope dan tempat suci orang Christian Catholic.

Kita pun tak payah takut pada holy water dia orang. InsyaAllah, kalau kita yakin pada Allah swt termimum pun tak jadi apa apa. Bukannya hebat mana pun holy water tu, kita sahaja yang tak 'kuat'.

WaAllahuAlam.

sumandak bayu berkata...

Salam....

Ni antara cerita 1 daripada 1000 daripada Sabah.... sebenarnya banyak lagi ceta bila bersentuh dengan mualaf......di Sabah sebuah negeri yang unik dan pasti akan banyak ceta lagi yang keluar..... SUMANDAK yakin sangat

Tanpa Nama berkata...

Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Katakanlah (wahai Muhammad):
"Hai orang-orang Kafir!

2. "Aku tidak akan menyembah apa
yang kamu sembah.

3. "Dan kamu tidak mahu menye-
bah (Allah) yang aku sembah.

4. "Dan aku tidak akan beribadat
secara kamu beribadat.

5. "Dan kamu pula tidak mahu ber-
ibadat secara aku beribadat.

6. "Bagi kamu ugama kamu, dan
bagiku ugamaku",


Surah ini diturunkan di Mekah,mengandung 6 ayat. Dinamakan surah "Al-Kaafiruun" (orang-orang kafir), kerana pada awal surah ini, Allah Ta'ala perintahkan Nabi Muhammad (s.a.w) menegaskan kepada kaum kafir umumnya mengenai soal ibadat yang sebenarnya.
Intisari kandungan surah ini: Menegaskan amal ibadat secara islam dan menolak sebarang penyembahan dan amalan syirik.

Juga mengigatkan kita supaya tetap diatas dasar tauhid dan cara-cara beribadat menurut yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w), sekalipun banyak godaan dan tipu helah pihak musuh-musuh islam dan orang-orang yang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng dari jalan yang benar.

Tanpa Nama berkata...

shlom,
saya ada pertanyaan ckit saya harap d bls soalan saya...sblum tu,farhan b.abdullah,sblum kau memeluk islam kau kristian apa,kristian bknnya 1 tapi bnyk..apa yg ustaz soalkan saya bleh jawab soalan nya..apakah bleh manusia mengampunkan dosa manusia lain?? menurut ajaran katolik,paderi d pakai untk mengampuni dosa manusia secara jasmani,msa tu jga jesus hdir secara roh,yg mengampuni dosa manusia adlh jesus bkn paderi,paderi hanya d pakai,kerna jesus tidak dpt bersama manusia secara jasmani tpi secara roh jesus ada bersama manusia kerna manusia tidak dpt melihat jesus.. soalan yg kedua,ketuhanan 3 dlm 1??dlm nama bapa,putra,dan roh kudus adalh satu maksudnya,satu tuhan 3 pendirian,dia bapa,dia putra dan dia roh kudus itulh mksdnya 3 in 1..soalan yg ke3 konsep ketuhanan jesus??hnya setngh yg mengerti apa yg jesus mksdkan,semua org kristian tau,jesus wafat d kayu salib untk menebus dosa manusia.perjlnan hidup jesus hnya setngh yg mengerti..klu bleh saya mau ceritakn perjalnan hidup jesus tpi masa tak mengizinkn jd cukup lah smpai d cni...oh ya,kau blang da mimpi 3 org berjubah,ingat ilbis boleh jd malaikat terang dan zaman skrng bnyk nabi palsu...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN