Khamis, 13 November 2008

AKHIRNYA NAZRI MENGAKU.....

Nazri: Oiii..!! Lu orang ni apa kecoh2, aku cuma tersilap cakap je.........!!!!


Akhirnya Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, mengaku kesilapannya yang membuat pengumuman secara terbuka di Dewan Rakyat. Beliau mendakwa tidak mempunyai niat untuk berbohong atau menyembunyikan fakta mengenai status hakim yang dipecat itu sehingga menemui surat yang diberikan sekretariat Kabinet berhubung perkara berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat. "Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup..... (seterusnya klik sini)

KULAT: Ketelanjuran Nazri itu tetap telah melanggar di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengeluarkan fakta yang mengelirukan Parlimen. Apapun rakyat tetap menunggu keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar itu kepada dewan. Rakyat berharap Dewan Rakyat perlu memandang serius dan tidak akan memilih bulu mengenakan tindakan kepada ahli parlimennya.

2 ulasan:

mountdweller berkata...

Tuan,

Sekurang kurangnya boleh bagi kredit kat nazri ni sebab dia berani mengaku yang dia bodoh.

kulatlapok berkata...

salam Tuan Mountdweller:

Nazri ada agendanya tersendiri, namun kita berharap dia tidak akan terlepas dengan tindakan Dewan Rakyat terhadap pembohongannya dalam dewan yang kerajaan anggap paling mulia itu. Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN