Ahad, 23 November 2008

6 KETUA MENTERI, 6 ADUN, BABI TETAP TERPELIHARA

Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Kerajaan negeri sanggup menganyang khasnya orang melayu itu sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka yang hidup bergelomang dengan bau najis babi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan seorang anak jati kelahiran di situ yang sekarang sudahpun berusia 42 tahun, penternakan babi di kawasan itu masih lagi beroperasi seusia pemuda tersebut.
Ini bermakna ternakan babi di situ sudah ada sejak sebelum pemuda itu lahir lagi. Siapa sebenarnya yang hendak masyarakat persalahkan? Penternak atau pihak-pihak yang terbabit seperti pengeluar lesen, Pejabat Tanah, Jabatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Pihak Majlis Perbandaran dan apa sahaja yang berkaitan. Apa yang pastinya agensi-agensi ini ada hubungan langsung dengan pihak kerajaan negeri. Mengapa mereka ini tidak mengambil tindakan sewajarnya dari dahulu lagi? Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka pada tahun lepas adalah merupakan peluang terbaik kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan rakyat.
Namun ianya terpaksa ditangguhkan apabila berlaku ketegangan di antara penternak dengan pihak berkuasa. Namun pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang.
Apakah maknanya semua ini yang timbul berbagai persoalan dari rakyat kenapa dan mengapa kerajaan negeri takut untuk bertindak? Kini sudah 6 Ketua Menteri Melaka dan beberapa ADUN kawasan tersebut telah bertukar tangan, namun babi di situ tetap gagah berdiri dan Melaka tetap akan terkenal lagi sebagai pengespot utama babi di Asia Tenggara. Syabas, kerajaan negeri dan bertepatan dengan slogannya Melaka Dimana Segalanya Bemula.!!
Demontrasi oleh UMNO DUN Kuala Linggi yang dibuat di Pekan Kuala Sungai Baru pada 23 November 2008 (Ahad), yang turut disertai perbagai pertubuhan kawasan tersebut.














Inilah Sungai Tuang, saluran utama sisa najis babi yang mengalir ke laut


Sisa-sisa najis babi terus mengalir keluar ke pantai Sungai Tuang sejak sedekad lalu


Inilah "Pahlawan Babi"- Operasi kerajaan negeri yang gagal, hanya kerana semata-mata untuk mengambil hati pengundi kaum Cina. Mereka akhirnya berjaya menghalang pihak kerajaan bertindak ke atas mereka dan sehingga kini BABI tersebut dapat hidup aman dan damai di Kampung Paya Menkuang, Kuala sungai Baru...


KULAT: Hairan juga dengan kepimpinan kerajaan negeri Melaka ni terutama Calon Timbalan Presiden UMNOnya . Kisah babi yang belum dilaksanakan di negeri Selangor dan Kedah, bukan main kritik lagi. Tapi di negeri sendiri yang sudah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu tak dapat diselesaikannya walau 5 Ketua Menteri sudahpun bertukar tangan . Apa dah jadi dengan ADUN kawasannya?? Bagaimana dengan perbelanjaan pilihanraya kawasan?? Adakah kerajaan negeri atau YB2 kawasan ini suatu ketika dulu pernah mendapat sumbangan dari mereka?? Wallahualam.

15 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Babi Melingkau Di bawah Pagau,
Terus Melingkau Ke Pasau Besau.

Penyapu!

ps: Tuan kulat, satu Malaysia nak di'babi'kan.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro....

isu ni dah hangat dipasaran perlu ada penyelesaian yang terbaik demi rakyat Malaysia secara keseluruhannya

Zackry berkata...

Salam Bro,

Bukit Beruang tu sepatunya dinamakan Bukit BABI. Macamana nak tutup ladang BABI tu, sebab kemungkinan besar orang um-NO pemegang saham terbesarnya. Sebagamiana Isa Samad di Bukit Pelanduk dan Sepang pun hasil murni orang um-NO.

aku berkata...

salam tuan..
babi,babi,babi hahaha.
kita tengok nanti,kandang babi sapa paling besar,paling canggih.pembesar2 skrg masing2 nak lawan,babi sape paling hebat..

dugong_darat@9w2DGG berkata...

bulan puasa tahun lepas...
teman ader sembang ng sorang PTD muda yang berkerja di daerah tersebut... bila di tanyer soal BABI nih... tiba-2 dia emo pastu hentak meja... tinggai lagi dia tu member jer... kalau tak dah lame teman hempuk ke meja... sbb dia mati-2 mempertahankan BABI-2 tu... syok tui BABI-2 tu... sbb ader orang defend deme...
hehehehe...
masa nak blah... teman cakap...
HIDUP BABI....
hehehehehe

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Saudara Kulat.

Saya tidak tahu, maka saya bertanya.
Ketam Batu makan bangkai babi ke tak?

Salam takzim.

mountdweller berkata...

Salam sdr. kulat,

Bukankah itu yang dimahukan oleh mereka?

Bela babi manyak laba ooo...

tiamia berkata...

oink..oink oink oink...alahai, kasi can sama Ali Rustam. kena kumpul duti nak raih undi perwakilan.... oink oink oink.

Pemimpin UMNO taka makan babi tetapi dah 42 tahun sekongkol bela babi bukan di melaka je.....

melayuangkat berkata...

Assalamaualikum anakku Cendawan Melayu,

Apa khabar dan apa khabar Puteri Nabilah kita?

Orang Melayu sana sini sekarang, dicabar. Malah Agama suci kita pun dicabar. Inilah realitinya.

Mak Cik ni tak pandai pasal bab politik, tegur sekali sekala dan setakat baca sikit sana sini sahaja tetapi pendapat peribadi Mak Cik mengatakan bukan soal Ba Alif Ba Ya ini sahaja yang menghantui kita sejak merdeka lagi, banyak lagi yang kita semua telah berkompromi.

Apa-apa pun Simpati Mak Cik pada penduduk di Melaka ini. Sabarnya mereka. Kalau kita agaknya dah lama bubuh racun bagi semua babi itu makan biar mampus sahaja. Tapi tak bolehlah ikut perasaan sangat kan. Babi-babi tu tak bersalah. Orang Bela mereka membiaklah. Berdosa aniya haiwan walaupun babi kalau dia tak kacau kita.

Tapi kalau dah penternakkan mereka mengganggu gugat hidupan harian kita macam mana pulakkan? Inilah tanda kuasa Melayu tak kuat mana di Melaka. Kalau UMNO dominan tentu sesuatu telah boleh dilakukan sejak dulu lagi.

Inilah Politik. Amat belit belit macam ular, amat busuk macam najis babi itu sendiri.

WaAllahuAlam.

Ajeem berkata...

inilah nasib malang melayu...majoriti tapi dikuasai dan diperbudakkan oleh minoriti...semua ini akan terhenti apabila kesatuan dalam kalangan melayu dan islam menjadi kukuh...

kulatlapok berkata...

salam Blogger semua:

Terima kasih di atas titipan semua.

Apa yang pastinya politik Melayu hari ini seperti yang dinyatakan oleh Makcik dan Ajeem adalah sebuah kenyataan yang nyata iaitu

"Tanda kuasa Melayu tak kuat mana di Melaka. Kalau UMNO dominan tentu sesuatu telah boleh dilakukan sejak dulu lagi" dan..
inilah nasib malang melayu...majoriti tapi dikuasai dan diperbudakkan oleh minoriti...
Wallahualam.

mamat berkata...

Lu olang apa tau, gua
bikin ini kandang moden punya,
bukan free, dulu punya gomen
gua ada kasi monthly sher, sekalang
balu punya gomen pelintah, apapasai
lama gomen mau bising2 ma, dulu
gua kasi sama lu, sekalang punya gomen,aikya wa kasi,dia tatak mau ma,
gua lagi sinang busines dgn sekalang
punya gomen, manyak bagueh, talak
lasuah.

add berkata...

Bela je ladang babi ni sebelah kediaman ali rustam tu. ali rustam memang samdol

Melayu - Kini berkata...

eleh..
apa nak dihairankan..
pkr pas dap lagi nak jadi popular,guna isu babi..

eleh kulat

kulatlapok berkata...

salam blogger:

1.mamat: Habis madu sepah dibuang, dema nak guna untuk belanja pilihanraya je.

2.add: Bukan samdol tapi kuat dia pakai sondol je.

3. Melayu-Kini: Mereka popularkan isu BABI yg belum dilaksanakan. Tapi camne yg dah keluarkan hasil bertahun2 ni.?? Hidungpun dah mangli bau BABI. tu yg maju tu MELAKA.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN