Ahad, 9 November 2008

NAZRI MEMANG PEMBOHONG..??

apa hal engkau orang nak komplen aku, piiraahhh...!!! diaorangpun sama juga...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa ketiga-tiga hakim yang terlibat dalam krisis Kehakiman 1988 memang telah DIPECAT. Kenyataan ini bertentangan dengan pengumuman secara terbuka di parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mendakwa hakim tersebut hanya DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN. "SETAHU SAYA, MEREKA DIPECAT" ini kenyataan terbuka mantan PM itu sekaligus menafikan sekerasnya kenapa Nazri Aziz membuat kenyataan demikian? (seterusnya....klik sini)

Jelaslah bahawa Nazri telah berbohong dalam Dewan Parlimen dan rakyat negara ini telah mendapat suatu jawapan yang mengelirukan dari pihak kerajaan. Kenyataan beliau itu turut dipersoalkan oleh pihak Pakatan Rakyat yang akan membawa usul di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengeluarkan fakta yang mengelirukan Parlimen. Usul ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa untuk diambil tindakan ke atasnya.

"Pada 1998, Dr. Mahathir telah membentuk satu tibunal khas untuk membicarakan Tun Salleh Abas, atas tuduhan salah laku serta mempertikaikan pindaan2 perlembagaan yang dibuat oleh Dr Mahathir yang pada pandangan bekas ketua hakim itu akan MENGHAKIS secara serius kedaulatan kehakiman negara ini. Tribunal itu mengambil keputusan Tun Salleh Abas dipecat. Hakim2 lain (Tan Sri GE Seah Kim Seng dan Tan Sri Wan Sulaiman) yang membantah keputusan Mahathir itu juga turut sama dipecat kerana didakwa bertindak salah laku oleh satu lagi tribunal lain yang dibentuk".

Nazri memang mengelirukan rakyat. Beliau telah memperkosakan janji yang pernah disuarakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Ibrahim semasa berucap di Dewan Rakyat mengulung Rang Undang2 Gaji (Pindaan) 2008 pada 15 Julai lalu. Janji itu dibuat atas nama Kerajaan Malaysia bahawa beliau tidak akan mengumumkan jumlah bayaran ex-gratia kepada mantan Ketua Hakim Negara dan lima lagi bekas hakim yang lain. Namun kali ini Nazri bertindak sebaliknya dan meletakkan para hakim tadi seperti 'mata duitan' dan menjual maruah dengan wang ringgit dan bukannya seperti membalas kesilapan atau hanya sebagai tanda membetulkan satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh pentadbiran pemimpin terdahulu.

KULAT: Apapun "telajak perahu boleh berundur, telajak kata padah nasibnya". Tindakan kerajaan telah menimbulkan tanda tanya kepada rakyat. Bagaimana dengan kes pemecatan DSAI yang ternyata tidak bersalah? Apakah beliau juga layak menerima ex-gratia seperti para hakim tersebut sebagai tanda dan penghargaan sumbangannya kepada kerajaan dan negara? Masyarakat kini dimiliki pemimpin kerajaan yang mengelirukan. Apakah motif Nazri hanya dia sahaja yang mengetahuinya. Wallahualam.

7 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam Bro,

Watak dan perwatakan Nazri ni dari dulu lagi Sumandak tak suka yelah dah berbudi kat orang tapi tak pandai kenang..... sape sangat lah dia ni....

Skang dia buat hal lagi memang talabih bah sudah di Nazri ingat kerajaan ni dia punya sorang ka.... LU PIKIR LA SANDIRI..... padah tetap dengan kerajaan jugak balik Bro walaupun dia bercakap atas kapisiti diri sendiri......

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam mr.kulat..

kalau nazri ni saya gelar dia 'Nazri da tukang belit'...

dia terlupa nak pandang belakang bila buat kenyataan..

wallahualam

melayuangkat berkata...

Mesti Pandai Membohong, Mesti Pandai Temberang..asalkan jangan sampai pecah tembelang..wahai anak ku Cendawan Malaya.

Semoga kita semua diampuni Allah swt. Amin!

Salam.

mountdweller berkata...

Tak tau nak kata apa lagi. Si Nazri ni tidak pernah jadi dewasa. Dari zaman Tun Mahathir sehingga sekarang masih lagi kanak-kanak!

kulatlapok berkata...

salam semua blogger:

1. SUMANDAKBAYU:
2. UMMIANNI:
3. MAKCIK MELAYUANGKAT
4. MOUNTDWELLER:

Terima kasih dia atas titipan kalian. Sebagai pemimpin yang dipilih, Nazri telah menelanjangkan dirinya sendiri pada rakyat yang ianya lupa kepada fakta sejarah. Bagaimana kalau di Dewan Yang Mulia yang dianggap Tertinggi dalam persidangan dia boleh berbohong, apatah lagi dalam ucapan2 hariannya di majlis2 rasmi semua kata2nya memang tak boleh dipercayai. Inilah produk yang dikeluarkan oleh parti yang didominasi oleh orang Melayu. Wallahualam

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam saudara kulat.

Bila mulut membisu, nafsu berbicara. Jadilah seperti janda mengaku dara.
Yang disorok telahpun ke udara.
Baunya busuk tidak terkira.

Salam takzim
.

kulatlapok berkata...

salam Tuan Kerajaan Rakyat:

Ibarat pencuri mencuri teloq, hati gumbira bukan kepalang, teloq yang dicuri dalam gengaman, peduli apa dengan diaorang, asalkan aku dapat habuan, malang tak berbau tiba2 mendatang, tanpa kusedari teloqnya pecah, rupanya teloq tembelang, waduhhhh...busuknya bukan kepalang, akhirnya mereka dah tahu aku rupanya kaki temberang...!!!!!
khahaaak tuiiii...busuk punya olang

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN