Sabtu, 15 November 2008

KALAULAH BUKAN MAHATHIR YANG CAKAP....

Bagi beliau, tindakan membangkitkan persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah bersifat perkauman. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika seseorang itu diterima oleh rakyat Malaysia, dia layak (BUKAN MELAYU) untuk menjadi Perdana Menteri. Ini buktinya kenyataan mantan PM (Dr. Mahahthir) itu ....klik sini.

KULAT: Kenyataan mantan PM itu mendapat reaksi berbeza dari pemerhati politik tanahair terutama kepada panglima2 UMNO dan penjuak2 nya. Namun, kenyataan Mahathir ini sebenarnya pernah diketengahkan oleh PAS sejak sekian lama dahulu. Kini diungkit kembali demi untuk mencari sokongan pengundi bukan melayu. Apakah komen mereka yang begitu menjaga kepentingan 'KETUANAN MELAYU' sehingga kini seolah2 kenyataan mantan PM itu tiada komen panas dari juak2 UMNO. Kulat percaya situasi ini mungkin lebih 'panas' kalau isu 'BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM' ini dinyatakan oleh pihak2 dari Pakatan Rakyat terutama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sering menimbulkan isu 'Orang Melayu'. Penjuak2 UMNO pasti bersilat bersama keris pusaka terus di hunus dan laungan 'TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA' kedengaran seluruh negara. Mereka pasti mengegarkan negara ini bersama2 dengan para pelajar UiTM, pertubuhan Gabungan Melayu Perak, UMNO Pulau Pinang dan lain2 penjuak akan berdemontrasi mempertahankan ketuanan melayu bagi menentang isu kepimpinan negara ini jika ianya dipimpin oleh bangsa lain. Mereka pasti akan mengatakan.. PKR 'Pengkianat Bangsa Melayu'........Wallahualam.

6 ulasan:

mountdweller berkata...

Salam sdr. kulat,

Hakikatnya selagi kita megamalkan demokrasi memang itu hakikatnya. Siapa yang mendapat sokongan majoriti, dia berhak dilantik sebagai PM. Cuma kaedah melaksana demokrasi itu yang menentukan siapa yang boleh dan siapa yang tak boleh.

Jadi toksahlah cari dan jadikan isu untuk meraih sokongan. Bagi saya orang buta fahaman saja yang sibuk bertempik dan meraung.

Kalau kita sudah setuju dengan amalan denokrasi maka terimalah yang terhasil dari demokrasi yang diamalkan itu.

Contohnya, sekiranya seseorang itu mengamalkan ilmu panggil Hantu Raya dan sekiranya Hantu Raya datang, terpaksalah dia membelanya sebab dia yang panggil. Kalau tak mahu bela, janganlah amalkan ilmu itu.

Itulah yang berlaku sekarang. Kalau tidak mahu terima apa yang dihasilkan oleh sistem demokrasi, ubah saja sistem. Tidak payah bertempik terlolong.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,

Tak kiralah SISTEM apa pun yang Malaysia pakai, pada hemat Mak Cik kau yang tak bijak ini, Orang Bukan Melayu susah akan diterima jadi PM.

Sebabnya orang Melayu sendiri walau dari parti apa pun tidak akan dapat menerima hakikat berPM kan seorang Cina, senang cakaplah.
Dan Mak Cik tak dapat bayangkan apa akan jadi pada Malaysia jika PM itu bukan Melayu.

Kamu faham faham sahajalah maksud Mak Cik. Orang Melayu memang lembut dan banyak bertolak ansur tapi jangan PUSH kita sampai kesatu sudut atau tahap melampau, nanti akibatnya KACAU!!

Yes, On PAPER memang boleh. Tapi hakikatnya??

kulatlapok berkata...

salam

1. Tuan Mountdweller: Terima kasih selalu ke titipan cendawan. Mantan PM itu adalah kata orang yg dah pencen dalam politik, tapi bila berkuasa nadanya tidak sama apa yg diungkapkan hari ini.

2. Melayu Angkat: Memang Kulat tak bijak dalam bab2 politik ni. Tapi hakikatnya orang yang macam kita lahni yang merubahkan suasana politik negara kita ini. Kuasa pilitik sebenarnya ditangan kita bukan mereka. Kita (Melayu)-mungkin termasuk Kulat)segelintirnya HIPOKRIT,berlainan nada bila ditampuk kuasa dan hilang kuasa. Cuba lihat gelagat Mr. Ibrahim Katak, sebelum dan selepas menjadi MP, kan berbeza??

tepet berkata...

bendo ni dah banyak kali den pertikai dalam blog den hik hik hik

Tanpa Nama berkata...

apsal ko ni bodoh sangat..kan mahathir sindir kaum lain yg beria nak jadi PM, memang otak ko dan PR ni 3suku la..

kulatlapok berkata...

Tanpa Nama 00:40;

Saya percaya anda penyokong setianya. Anda kena lebih banyak mendalami firasatnya yang berdolak dalik. Terima kasih kerana aanda seorang saja yg mengetahui otak aku ni 3 suku.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN