Jumaat, 14 November 2008

MAZNAH PULAK SEMACAM TERASA RALATNYA....

Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Maznah Mazlan pula menyelar anggota exco pergerakan itu Datuk Kamilia Ibrahim yang berkeras untuk bertanding jawatan Naib Ketua dan menolak pelan peralihan kuasa pergerakan itu yang dipersetujui pada 4 Ogos lepas. Maznah merasakan jika ada pertandingan di pucuk pimpinan, ini bermakna Datuk Kamiliah akan menang percuma dan situasi ini baginya tidak adil kepada Wanita Umno. (seterusnya......... klik sini)


KULAT: Sebenarnya Maznah juga kepingin untuk menduduki jawatan no. 2 tetapi beliau terlalu setia dengan 'primadona airmata' ketuanya. Beliaupun tidak menyangka akan berlaku teknikal error dan mungkin terasa 'ralat' kalau ada pertandingan, kerana merasakan beliau juga berpeluang. Walau bagaimana pun, Ketua Wanita Umno Pahang itu akan bekerja bermati-matian untuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekiranya beliau ditentang oleh Kamilia bagi jawatan naib ketua. Apapun hasrat Maznah itu rasanya sudah terlewat dan Datuk Kamiliah juga tidak kurang hebatnya berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima. Ini merupakan 'signal' wanita yang mahukan pucuk pimpinan di atas perlukan 'perubahan'. Apakah Mami Izat tetap dengan pendiriannya untuk setia dengan ketuanya atau kini sedang berfikir2 untuk membuat pengumuman penting atau sedang memasang strategi menghadapi Datuk Kamiliah, sama2lah kita tunggu. Jangan sampai tergigit jari sudah......Wallahualam.

3 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Ni semua pompuan bodoh poltik. Nak termuntah den dengar ayat Datuk Maznah.

mountdweller berkata...

Salam sdr. kulat,

Dengkilah tuuuu.............
Dia juga memang nak, bila dah jadi macam ni, dia akan melopong.

Untuk selamatkan diri, terpaksalah buat kenyataan menyokong anak mami pulak.

Isy..isy.. isy tak ada seni langsung. Politik berseni barulah seronok!

kulatlapok berkata...

salam Blogger:

1. Tok Harimau:
2. Tuan Mountdweller:

Macam mana setiapun kita dengan ketua, namun bila tiba masanya pusingan roda, bersedialah untuk laluan orang lain. Belum ada pemimpin politik hari ini memimpin dari dia muda hingga ke liang lahad.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN