Memang benar bagai dikata dan telah dijangka, bila ada sahaja PRK, seperti ada suatu kemestian ramai ahli pembangkang yang keluar dan buat statment khusunya dari kalangan ahli PKR. Terbaru bekas Dr peribadi DSAI pula membuat statement kat TV3 iaitu slot yang memang ditunggu2kan oleh media TV3suku untuk mereka turut sama berkempen.
Dr. Halili Rahmat, bekas Bendahari PKR Hulu Selangor yang juga bekas Dr. Peribadi DSAI telah mengumumkan keluar parti PKR kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR. Dengan nada yang tergagap-gagap seperti membaca sebuah skrip, Dr. Halili terus mengumumkan dengan rasminya MEMASUKI UMNO.
Kkah kah kah... memang statment yang ditunggu-tunggu tepat pada masanya. Akhirnya Halili dengan lapang dada dapat juga masuk parti UMNO yang selama ini dinantikannya. Syabas Halili,syabas. Tapi beliau tidak pula menyatakan UMNO cawangan mana yang menerimanya.
Memang orang2 UMNO akan menerima sesiapa saja disaat2 genting seperti ini. Tapi untuk pengetahuan Halili, beliau perlu menjadi ahli biasa dahulu dalam mana2 cawangan. Kalau nak jawatan..tunggguuu duluuu. Yang dah dok ada lahni semuanya dah penuh. Tapi untuk kali ini, nama Halili mungkin menjadi sebutan dan hero bagi BN kerana berani meninggalkan perjuangan dalam PKR yang beliau dakwa selama ini hanya angan2 kosong.
Tapi Dr. Halili perlu ingat, sudah berapa ramai ahli2 PKR yang telah menjadi hero semasa dalam beberapa siri PRK yang lalu, kini telah HILANG entah kemana. Mereka (BN) semua telah melupakannya. Lebih2 lagi semua jawatan penting dalam UMNO telah penuh diisi dan mereka semua sedang memperjuangankan nasib bersama jawatan mereka untuk dijadikan sandaran sebagai CALON PRU13 nanti.
Selepas itu, nama Dr. Halili Rahmat dan beberapa lagi bekas ahli2 PKR yang menjadi wira pada PRK ini entah berapa lama akan dingat semula atau lenyap terus bersama kemegahan menghiasi hamparan dada media. Wallahuaalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan