Isnin, 31 Mei 2010

PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN MIC DENGAN PKR


Politik Malaya semakin menarik. Krisis dari satu parti ke satu parti seperti mengikut giliran. Boleh dikatakan kesemuanya tidak dapat lari dari masalah dalaman. Tak kira dari mana baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional. Tapi dalam banyak2 krisis paling menariknya sekali sudah tentulah parti MIC. Parti ini dikatakan presidennya paling sensitif dan memiliki kuasa 'hitler'. Langsung tak boleh ditegur.
Baru nak kata ahh..!! saja terus hilang pangkat dalam parti. Dalam masa tidak sampai beberapa minggu, lima pemimpin MIC dipecat yang mendakwa boleh merosakkan kestabilan MIC tapi agenda sebenarnya mengikut cita rasanya mengugat kedudukannya sebagai presiden. Bila melihat keletah parti kompenan Barisan Nasional ini, kita dapat membezakan perjuangan pemimpin mereka terlalu berbeza dengan Parti Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat. Cuba kita sama-sama lihat perbezaan yang paling ketara yg boleh kita buat perbandingan ialah contohnya seperti berikut:-
1. BEBERAPA PEMIMPIN KEADILAN SEPERTI YG KITA SEMUA TAHU, TELAH KELUAR DARI PARTI TERSEBUT KERANA MENDAKWA TEGURAN MEREKA KEPADA KETUA MEREKA TIDAK DIAMBIL PUSING OLEH PEMIMPIN MEREKA. LALU MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN KELUAR PARTI. APA YANG MENARIKNYA AHLI2 NYA YG MENGKRITIK PEMIMPIN MEREKA SENDIRI LANGSUNG TIDAK DIPECAT TETAPI MEREKA SENDIRI YG MENGAMBIL KEPUTUSAN KELUAR PARTI
2. MANAKALA PARTI (MIC) KOMPENAN BN INI DULU KINI DAN SELAMANYA INI TERLALU BERLAINAN SEKALI. BARU SAJA AHLINYA NAK MENEGUR PEMIMPIN, MEREKA TERUS SAJA DIPECAT TANPA DIBAWA KE MESYUARAT DISIPLIN TERLEBIH DAHULU.
INILAH PERBEZAAN DAN PERBANDINGANNYA YG PALING KETARA SEKALI ANTARA DIKTAKTOR PEMBANGKANG DENGAN DIKTAKTOR KERAJAAN. JUSTERU ITU JUGA MIC DIJANGKA AKAN KEHILANGAN 5000 AHLINYA BAKAL DIPECAT KERANA MENYERTAI PERHIMPUNAN 'GAS' .

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN