Isnin, 28 Jun 2010

PKR SELANGOR "AYAM TERLEPAS TANGAN BERBAU TAHI"

Kekalutan isu dalaman PKR kini semakin nampak ketara apabila krisis dalamannya kini diterjemahkan melalui kepimpinan tertinggi mereka. Sebelum ini sudah ramai pemimpin kanan PKR dan yang tidak kanan juga telah pun mengakhiri perjuangan mereka bersama PKR dengan meninggalkan terus parti keramat itu.
Terbaru, Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta dan jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. Walaupun itu dianggap sebagai suatu perubahan biasa, adalah agak mustahil apabila seorang MB tidak mampu untuk meneruskan kepimpinan negeri dalam parti.
Hal demikian menurut pemerhati adakah ini sebagai tanda dan alamatnya bahawa PKR bakal tersembam dan terlepas menguasai negeri maju itu. Ibarat "ayam terlepas tangan berbau tahi".

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN