RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Ahad, 31 Mei 2009

KESIAN KAK MIN JUAL CD CETAK ROMPAK RUPANYA..



Kesian pada Kak Min, jualan CDnya dikatakan mengalami kerugian teruk kerana tak laku. Kak Min terlalu sangat nak menjual CDnya tu kepada pengundi2 UMNO supaya menyokongnya dalam PRK Penanti tapi sayangnya langsung tak dapat sambutan. Apatah lagi peratus pengundi PRK kali ini adalah yang terburuk dan terendah sekali dalam sejarah PRK.

Kesemua calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hilang wang pertaruhan selepas tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman. Nai Khan Ari memperoleh 494 undi diikuti oleh Aminah Abdullah (392 undi) dan Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 56 undi daripada 7,100 pengundi yang membuang undi hari ini. Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,558 undi selepas memperoleh 6,052 undi.

"Dengarlah keluhanku........"
1. AMINAH ABDULAH (BEBAS)
"Kak Min (Aminah) menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Kak Min sedikit pun tak rasa kecewa dengan keputusan ini. "Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan... Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat). "Bagi Kak Min, jumlah orang keluar mengundi yang kecil ini ialah kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi."


2. NAI KHAN ARI (BEBAS)
"Saya tidaklah terlalu kecewa, tapi saya rasa sedikit kecewa kerana kalah di kampung saya sendiri iaitu di peti undi Telok Wang dan Sungai Lembu.

3. KAMARUL RAMIZU IDRIS (BEBAS)
"Nampaknya dari jumlah undi yang saya dapat, jelas menunjukkan masyarakat di sini menolak konsep keimanan yang ingin saya bawa. "Mereka lebih mahukan pembangunan yang dijanjikan oleh calon-calon lain...


Kulat: Kesian Kak Min, berkecai harapannya untuk mendedahkan kepincangan yang didakwa berlaku dalam kepimpinan PKR. Diaorang kata Kak Min silap buat perancangan kerana jual CD cetak rompak? Betul ke? Lagi satu Kak Min jual satu CD je macam mana pengundi UMNO nak beli? Tapi diaorang kata pula, SPR silap pilih tarikh mengundi, kerana hari 31 Mei banyak orang buat kenduri kahwin, so itu pasal lah peratus mengundi rekod antara yang terendah sekali dalam sejarah PRK. Apa tidaknya kalau seorang dah pergi 5 buah rumah, macamana nak mengundi, perut dah mengening, baik balik rumah pergi tidor.....!!

Khamis, 28 Mei 2009

Sebagai RAKYAT, Yang Mana Satukah Pemimpin Yang Anda Pilih?

Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan seperti apa yang telah termaktub dalam hukum perlembagaan, kita telah diberi 'hak' untuk memilih dalam proses pilihanraya. Maksudnya tanpa dipaksa kita 'bebas' memilih seorang pemimpin yang boleh menjadi 'wakil' kepada rakyat serta diamanahkan dan bertanggungjawab untuk membawa segala pemasalahan rakyat di dalam DUN atau Parlimen.

Justeru sebagai rakyat yang diberi 'kuasa' memilih, kreteria pemimpin yang bagaimanakah yang akan anda pilih? Untuk kita melihat kreteria pemimpin, sebagai contoh mari kita lihat bagaimanakah pendirian dan pendekatan dua pemimpin ini.

1. YB. Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin (Mantan MB Perak). -

Setelah diumumkan oleh Mahkamah Tinggi bahawa YB. Dato’ Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah, beliau terus membuat kenyataan pada media dan hasrat utamanya iatu akan mengadap YTM Raja Muda Perak untuk memaklumkan keputusan mahkamah dan memohon agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan. Ini bermakna tanpa berlengah lagi beliau terus tidak mempertahankan jawatan Menteri Besar dan menyerahkan kepada proses demokrasi untuk memilih semula sebuah kerajaan baru yang ditentukan oleh rakyat sendiri.

2. YB. Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (MB Perak) -

Setelah mendapat tahu keputusan Mahkamah Tinggi, tanpa berlengah lagi terus membuat rayuan pada Mahkamah Rayuan dan perolehi keputusan penangguhannya kurang dari 24 jam iaitu antara yang terpantas dalam sejarah merayu dan akhirnya berjaya mengekalkan status Menteri Besarnya. Beliau terus membuat kenyataan dengan rasa syukur kerana masih menjadi MB dan merayu supaya diberi peluang. Meminta kepada rakyat Perak agar yakin dengannya akan menjadi Menteri Besar kepada semua Rakyat Perak dan memohon sokongan dari semua pihak. Bangga dan puashati dapat mempertahankan statusnya sebagai Menteri Besar.

Daripada kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut, sebagai rakyat yang diberi hak dan kuasa untuk membuat pilihan, siapakah sebenarnya yang layak untuk dipilih menjadi MB Perak? Kenapa..?

Selasa, 26 Mei 2009

Zambry: PR Perlu Hormati Keputusan Mahkamah. Manakala BN? Tak Payahlah...



Datuk Seri Dr Zambry Kadir kini sudah boleh tersenyum puas sedikit setelah isu MB Perak yang menyebelahi beliau meredakan sedikit ketegangan walaupun krisis tersebut dijangka belum lagi mencapai noktahnya. Keputusan Mahkamah Rayuan itu memang sudah dijangka malah sedikitpun tidak memeranjatkan pengundi Pakatan Rakyat.
Keputusan Mahkamah Rayuan tidak langsung memeranjatkan walaupun ianya berkaitan dengan soal teknikal dan undang2, namun yang memeranjatkan ialah TINDAKAN KILAT Makamah Rayuan menangguh kan keputusan Mahkamah Tinggi yg pada asal menyebelahi Dato Seri Nizar sebenarnya telah memberi 'petanda' awal apa seterusnya tindakan yg akan menyususl.
Selepas disahkan sebagai MB Perak, Zambry dan BN berkata Nizar dan Pakatan Rakyat perlu 'hormati, dan terima keputusan mahkamah. Bagaimana pun Zambry sendiri yang secara rasminya mengatakan perlu hormati keputusan mahkamah bertindak TIDAK MENGHORMATI keputusan Mahkamah Tinggi untuk membuat permohonan ke Mahkamah Rayuan yg akhirnya beliau memperolehi keputusan yang boleh dikatakan memeranjatkan iaitu kurang dari 24 jam.
Ramai para pengamal dan pakar undang2 di negara ini berpendapat keputusan dan pendekatan yang diambil oleh Hakim Mahkamah Rayuan itu tidak berapa sesuai. Antara maksudnya ialah apa yg dipohon oleh Nizar bukanlah sesuatu yg mandatori - ertinya mesti dilakukan oleh Sultan untuk membubarkan DUN. Jelas di sini Hakim hanya melihat perkara 16(2) Undang2 Tubuh Perak dan TIDAK MELIHAT KERANGKA keseluruhannya. Maksud yg jelas iaitu konsep kerajaan yg bertanggungjawab (responsible government) dalam sistem Westminster. Hanya dengan mendalami konsep ini sahaja, rakyat dapat menduga batasan kuasa Sultan dalam soal membubarkan DUN yg disebut oleh peruntukan di atas tadi. Justeru Mahkamah Rayuan seolah2 gagal melaksanakan tugas mengikut konsep tersebut kerana INTISARI PERLEMBAGAAN IALAH DEMOKRASI DAN BUKAN MEMBESARKAN KUASA SULTAN.
Suruhanjaya Reid dengan tegas mengatakan bahawa meskipun sistem beraja dikekalkan kedudukan dan kuasanya hendaklah dilihat dalam konteks demokrasi berparlimen. Iaitu kerajaan bertanggung jawab kepada dewan dan dengan itu sokongan majoriti dan undi tidak percaya amat penting dan yg pastinya Sultan TIDAK BOLEH MENGHALANG PROSES ini. Jadi persoalannya disini bagaimana BN dakwa mereka ada majoriti dalam dewan? Bagaimana sokongan itu diperolehi?
Sebab itu untuk merungkai semua persoalan tersebut, jalan terbaik adalah dengan MEMBUBARKAN dewan. Walaupun bukan kehendak perlembagaan, tetapi ianya tidak dihalang. Apa yg penting tindakan membubarkan akan menyelamatkan istana dan mahkamah daripada TERPALIT dan TERJEBAK dalam politik. Kita jangan lupa bahawa majoriti rakyat telah pun menzahirkan KEHENDAK mereka atau dengan kata lain ISYARAT lampu jalan dihadapan sudah cukup JELAS. HANYA YG PEKAK DAN BUTA SAHAJA YG TIDAK NAMPAK.
Sumber maklumat dari Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang2 UIAM, Gombak. sebahagian petikan dari Cetusan-SinarharianN17-25Mei2009

Jumaat, 22 Mei 2009

Bukan Kehendak Zambry dan Bukan Salah Nizar


Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih lagi belum berakhir! bilamana Datuk Seri Mohammad Nizar dikatakan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah. Keputusan yang diumumkan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan petang tadi sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Isu politik perak dijangka tidak akan ada kesudahannya walaupun Dr. Zambry kini diistiharkan MB Perak yang sah. Ramai berpendapat keputusan tersebut lebih merupakan satu keputusan kuasa ekskutif tetapi bukan atas dasar kuasa rakyat. Isu politik Perak yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik negara sebenarnya hanyalah masalah dari segi teknikalnya sahaja iaitu berpunca dari 3 Adun PR yang mereka dakwa tiada istilahkan melompat parti. Walau bagaimana pun, pengakuan bekas 3 Adun PR itu ibarat 'berdiri tegak tetapi bebayang hitamnya tetap jatuh ke kawasan BN'.

Dalam isu ini Dr. Zambry juga, tidak boleh dipersalahkan juga kerana perlantikan beliau ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal'. Rasanya ramai YB yang lain pasti juga teruja bila mendapat offer menjadi MB dan ianya juga tidak terkecuali kepada YB dari Pakatan Rakyat. Sementara Ir. Mohd. Nizar pula tidak juga boleh dianggap penderhaka kerana mantan MB Perak ini tidak pernah menerima usul undi tidak percaya melalui proses dalam Dewan Undangan Negeri. Beliau dikatakan bertindak semata2 bersandarkan undang2 DUN Perak serta mempertahankan prinsip hak dan kuasa rakyat.

Inilah wajah2 yg menjadi puncanya politik negeri Perak menjadi juru-hara.

Khamis, 21 Mei 2009

Makan Ikan Keli Rasa Babi?

Para pengemar ikan keli kini perlu berhati membelinya terutama pastikan ikan keli itu mempunyai cop halal di badannya. Hal ini dikuatiri ikan keli terutama sekali disekitar Ipoh telah diternak dan membiak hasil daripada air sisa kumbahan babi. Lebih 10 kolam ternakan ikan keli di Ipoh didakwa telah tercemar oleh sisa kumbahan tersebut.
Pastikan ikan keli yang dibeli dah ada LOGO HALAL.

Selasa, 19 Mei 2009

DAH DAPAT JADI MENTERI BARU NAK PECAH LOBANG?


"Dia cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan SAYA SENDIRI DITAWARKAN untuk MELOMPAT kepada pembangkang dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri". Ini kenyataan Menteri Luar Datuk Anifah Aman di Washington bahawa beliau ditawarkan jawatan TPM sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008. Beliau membuat kenyataan tersebut pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington. Secara peribadi beliau mendakwa telah dipelawa menyertai Pembangkang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kulat: Steadylah Datuk Anifah... Setelah setahun berlalu, barulah nak pecah lobang? Kenapa tidak dari dulu hebohkan kan senang. Barulah rakyat tahu pendirian ahli2 YB dari Sabah yang dikatakan ramai akan melompat parti. Mungkin ketika itu mereka lebih banyak tunggu dan lihat reaksi dari pucuk pimpinan kerajaan pusat. Sebelum itu ahli2 YB Sabah mendakwa mereka sering keciciran dan menuntut diberikan lebih banyak tempat dalam kerajaan pusat memandangkan BN Sabah mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU12.
Kini mereka semua boleh merasa lega apabila Dato Seri Najib memberi peluang kebanyakan mereka dari Sabah menganggotai barisan kabinet. Jika itulah alasannya, serta kedudukan selesa Datuk Anifah setelah dilantik menjadi menteri penuh kabinet Najib, kini barulah beliau konsisten dengan apa yang beliau cakap sebelum ini setelah setahun lebih berlalu. Wallahua'alam.

Ahad, 17 Mei 2009

Apakah Negara Ini Sudah Sampai Masanya Untuk Dibinasakan??

Negara kita kini dikejutkan dengan beberapa jenis virus yang menyerang rakyat negara ini. Keadaan yang berlaku agak mengejutkan kerana merebak begitu cepat dan anehnya beberapa jenis virus yang berlainan menyerang mangsanya sehingga membawa maut. Beberapa kes virus yang telah dikesan dan berlaku adalah:
1. Virus Diplococci yang mengakibatkan radang selaput otak (meningitis) telah menyerang seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka sehingga membawa kematian dan beberapa pelatih yang lain dikuarantinkan.
2. Virus Acute Pericarditis yang dikesan berlaku di Pusat Latihan Asas Polis (PULAPOL) di Jempol, Negeri Sembilan yang mengkibatkan seorang pelatih berasal dari Sabah maut. Kementerian Kesihatan telah mengesahkan tetapi memaklumkan puncanya belum diketahui.
3. Virus Leptospirosis yang dikesan menyerang seorang pendatang tanpa izin (PATI) di Depo Tahanan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mangsa seorang warga Myanmar meninggal dunia semasa dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam. Siasatan awal didapati puncanya melalui air yang dicemari air kencing tikus.
4. Terbaru kini ialah virus yang terkenal dan yang paling ditakuti di seluruh dunia iaitu Influenza A (H1N1) atau 'selsema babi' yang kini sudah mula dikesan merebak masuk ke negara ini.
Apakah makna musibah ini semua? Adakah Allah swt telah murka kepada umatnya yang tidak mahu mengikut ajarannya. Apakah sudah sampai masanya negara ini diuji oleh Allah swt atau balasan kepada umatnya yang suka mengundang bala di sini? Atau disebabkan pelbagai lagi perkara yang bercelaru di sini dan banyak lagi hal berkaitan keagamaan yang tidak dapat keadilan serta masih tidak diselesaikan oleh pihak2 yang berwajib? Wallahuaalam.

Marlah kita semua 'Cegah Sebelum Terlambat' seperti maksud Hadith di bawah :
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

(Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Sabtu, 16 Mei 2009

Kisah 'TELOR' dari Sang Harimau........


Ini Glosari dari Harimau Menaip yg memberi maksud TELOR:


Telor/telur = semangat perjuangan

Angin Pasang = ujian besar

Kecut = meluntur

Asam Kecut = orang yang takut

Hitam = buat-buat berani.

Nak cerita pasal telor ni, ada sebuah hotel dalam negeri antahberanta yg pekerjanya semuanya tak boleh berkata2 tetapi tahu bahasa isyarat saja (body language). Suatu hari ada dua pelancong seorang Mat Salleh dan seorang lagi Negro sedang mandi-manda dalam kolam disebuah hotel tersebut. Sambil mandi Mat salleh tupun terasa nak sarapan dan terus panggil waiter hotel tersebut nak tunjukan anunya. Waiter tupun faham dan diapun bawaklah telor setengah masak pada Mat Salleh tu.

Pastu yg Negro tupun teringin nak makan telor setengah masak. Negro tupun buat perkara yg sama seperti kawannya Mat Salleh tu dan dengan bangganya menunjukan anunya pada waiter tersebut. 5 minit kemudian waiterpun bawalah telor yg dipesannya dan Negro tupun menyantaplah telor setengah masak tersebut tetapi setelah merasanya, Negro tersebut menjadi berang dan mengadu kepada pengurus hotel tersebut.
Waiter yg menghantar telor pada Negro itu dipanggil dan menerangkan hal yg sebenar kepada pengurusnya . Pengurus hotel tersebut dengan tegas mempertahankan tindakan pekerjanya kerana mendakwa Negro tersebut telah memesan menu yg betul melalui anunya itu. Jadi memang tak salahlah kalau waiter tu sebenarnya menghantar pesanan yg betul seperti yg diminta oleh Negro tersebut iaitu TELOR ASIN.
Info: Kata orang, ada setengah telor asin yg disalut 'arang hitam' dan 'tanah liat' dikatakan lebih enak dari telor asin yg direndam dengan garam.
Kulat: Seperti kata Harimau-Menaip, anugerah telor paling kecut sudah tentu milik ahli-ahli MIC. Bukan itu saja namun rasanya TELOR ASIN juga mungkin jadi milik mereka. Selain daripada itu, TELOR ASIN ini juga didakwa dimiliki oleh pemimpin Perak yg sedang bergolak lahni? Sapalah pemimpin tu agaknya ya..?? Wallahuaalam

Ahad, 10 Mei 2009

KULAT 'KANTOI' KERANA BERBLOGGER DI PEJABAT.??


BIASANYA KALAU BERBLOGGER, KULAT SELALUNYA BUAT DI RUMAH LEBIH SELESA SIKIT DAN YG PENTINGNYA TIADA GANGGUAN. TAPI HARI ITU NTAH KENAPA KULAT GATAL TANGAN UNTUK TINJAU2 BLOG KEKAWAN MASA DI PEJABAT. SEMASA SEDANG ASYIK BERBLOGGER, KULAT DIKEJUTKAN DENGAN KEHADIRAN SEORANG PEGAWAI DI PEJABAT, "HAH...! INI KERJA KAU YA.?? TERPERANJAT BERUK DIBUATNYA KULAT, SEHINGGA MOUSE DI TANGANPUN SAMPAI TERJATUH. ITULAH AKIBATNYA KALAU DAH AYSIK BERBLOGGER DI PEJABAT SEHINGGA PEGAWAI DATANGPUN TAK PERASAN. NASIB BAIK KETIKA ITU WAKTU REHAT, JADI TIDAKLAH JUGA BESARNYA KESALAHAN TU. KALAU TIME KERJA, SUDAH TENTULAH KULAT DAH KENA MEMO.

TAPI TIBA2 KULAT DISERAHKAN SEPUCUK SURAT OLEH PEGAWAI TU. "NAH KO ASYIK BUAT BLOGGER JE, KO AMIK SURAT NI" DENGAN WAJAHNYA SAMBIL TERSENYUM DAN PEGAWAI TU PUN TERUS BERLALU MENINGGALKAN KULAT DALAM TERPINGGA2. SERIYAU JUGA HATI INI BILA DAPAT SURAT TU. KALI NI, KULAT DAH BETUL2 KENA MEMO. AGAKNYA PEGAWAI TU DAH LAMA MEMERHATIKAN KULAT KERANA ASYIK BERBLOGGER DI PEJABAT. NAH! HARI INI KULAT DAH TERTANGKAP OLEH BOSSNYA SENDIRI.

KULAT APA LAGI TERUS JE BUKA SURAT TERSEBUT DAN ISI KANDUNGANNYA BERTULIS "ANDA DIKEHENDAKI MENGHADIRI KURSUS......" PEH..!! KENA PERGI KURSUS RUPANYA. SUSPEN BETUL DIBUATNYA. JUSTERU MULAI ISNIN INI, KULAT AKAN BEREHAT BERBLOGGER SELAMA SEMINGGU (MULAI 11 HINGGA 16 MEI).

KULAT: KATA ORANG KALAU GI KURSUS MEREKA ITU ADALAH UNTUK ORANG YG TERPILIH BAGI MENAMBAH ILMU SERTA MENAJAMKAN LAGI SKILL. ADA SESETENGAH ORANG KATA PULAK, MEREKA YG KENA GI KURSUS NI, ADALAH UNTUK MEREKA YG LEMBAB DALAM MENJALANKAN TUGAS. NTAHLAH..!! DUA-DUAPUN BOLEH PAKAI. WALLAHUA'ALAM.

Rabu, 6 Mei 2009

Laut Ditambak, Tanah Rakyat Di Darat Tergadai??

Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk membangunkan kawasan tambak laut seluas 280 hektar di pantai Klebang sekali gus menukar wajah lokasi di situ sebagai satu projek 'pelancongan'. Menurut Ketua Menteri Melaka, antara landskap baru yang merubahkan kawasan Pantai Klebang itu ialah pembinaan hospital pakar, sukan rekreasi laut, sebuah marina dan pembinaan hotel bertaraf antarbangsa selain dilengkapi dengan kemudahan lebuhraya baru yang menghubungkan laluan pesisir pantai dari Masjid Tanah ke pusat bandar.
Kerajaan negeri mendakwa pembangunan yang pesat ini sekali gus meningkatkan lagi populariti kawasan Pantai Klebang dan kawasan2 yang berdekatan dengannya kepada pengungjung luar yang datang ke negeri Hang Tuah ini dan secara tidak langsung ianya akan dapat merancakkan lagi ekonomi serta faedah kepada penduduk tempatan di situ.
Namun begitu apa yang dihasratkan oleh Ketua Menteri Melaka itu mungkin tidak dapat disahut sebahagian daripada rakyatnya sendiri yang menetap Lot 137, Seksyen 1, Kampung Batang Tiga Timur, Klebang yang diarah berpindah dan mengosongkan tanah yang diduduki sebelum 1 Jun depan. Jika arahan tersebut dilaksanakan, ini akan membabitkan sejumlah 22 rumah yang masih dihuni sejak 1940an di atas tanah tersebut.
Menurut beberapa penduduk yang terbabit, pada Julai tahun lepas, mereka terkejut apabila menerima notis meminta mereka mengosongkan tanah seluas 1.21 hektar berkenaan kerana dikatakan sudah dijual kepada sebuah syarikat pemaju. Masalah mereka telah dibawa kepengetahuan ADUN Klebang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Yaakub Md Amin namun beliau mendakwa tidak dapat berbuat apa2 kerana tanah mereka telah dimiliki oleh pihak lain.

Keratan akhbar KOSMO 2 Mei 2009.

Kulat: Memang tidak dinafikan pembangunan negeri Melaka antara yang terpantas membangun di negara ini. Justeru ianya memperlihatkan kecekapan pemimpin negeri mentadbirkan negerinya sehingga menjadi antara negeri yang termaju dan terkenal kepada pengunjung dari luar Melaka dan juga luar negara. Namun dalam kegairahan tersebut, apalah ertinya kemajuan dan pembangunan di situ jika rakyatnya sendiri bakal merempat di tanah tumpah darahnya sendiri yang telah melahirkan beberapa generasi di situ? Apa ertinya kemajuan pelancongan jika rakyatnya sendiri menanggung kesempitan hidup akibat daripada kerakusan pembangunan. Apalah ertinya slogan keramat "Tradisi Membela Rakyat" yang telah menjadi sebati dan resepi rakyat Melaka yang setia kepada kerajaannya jika masalah mereka tidak dibela? Wallahuaalam.

sumber maklumat: MMalaysia-1Mei, Kosmo-2Mei.

Ahad, 3 Mei 2009

WARKAH KHAS BUAT DATUK JAMIL KHIR BAHAROM

Siapa yang tak kenal dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau adalah bekas pensyarah UiTM yang suatu ketika dulu begitu sinonim dengan program Forum Perdana terbitan RTM yang akhirnya dipecat menjadi ahli panel jemputan bersama rakan yang seangkatan dengannya seperti Dato Ismail Kamus, Dato' Hassan Ali dan ramai lagi penceramah popular ketika itu kerana tidak mahu bersekongkol dan berkrompomi dengan program yang mereka dakwa suara mereka disekat dari menyatakan yang benar.
Hari ini, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga rakan baik kepada Kapten Datuk Jamil Khir Baharom yang juga sama2 berjuang menyebarkan syiar Islam telah mengutuskan surat khas untuk rakannya itu. Apa yang menarik isi surat tersebut adalah nasihat yang begitu signifisikan kepada mereka yang benar2 berdakwah dan tidak berkompromi dengan sistem yang menghalalkan cara. Wallahuaalam.

WARKAH BUAT SAHABAT LAMAKU KEPTEN JAMIL KHIR : DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom, Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu. Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka.
Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu. Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.
Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.
Wassalam.
Sahabat Lama;TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
sumber oleh:MTD Sura, Tranungkite Online

Sambutan Hari Pekerja Sedunia Yang Tidak Memberi Makna

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja. Namun setelah hampir 123 tahun dunia menyambutnya, Badan pertubuhan Dunia, PBB sehingga kini masih lagi gagal menangani pula masalah buruh kanak-kanak yang semakin serius terutama di negara2 miskin di dunia seperti India, Bangladesh, Myanmar dan Kemboja akibat kesempitan hidup.

Eight-year-oldMunna works in a rickshaw factory. He earns about 500 taka (7 USD) amonth, working 10 hours a day. When the production often stops due tolack of electricity, he has time to play. Dhaka 2007

A young girl working in a brick crushing factory in Dhaka.


Children at a brick factory in Fatullah. For each 1,000 bricks they carry, they earn the equivalent of 0.9 USD. Handsof 8-year-old Munna while working in a rickshaw parts making factory.He works 10 hours a day and gets 8 USD for a month. Dhaka 2007.


Children at a brick factory in Fatullah. For each 1,000 bricks they carry, they earn the equivalent of 0.9 USD.


7-year-oldJasmine collects rubbish from a steaming rubbish heap on a cold wintermorning. She earns money to support her family by scavenging for itemson the Kajla rubbish dump. It is one of three landfill sites in a cityof 12 million people. Around 5,000 tons of garbage are dumped here eachday and more than 1,000 people work among the rubbish, sorting throughthe waste and collecting items to sell to retailers for recycling.



Eight-year-oldRazu works in a rickshaw factory. He earns about 500 taka (7 USD) amonth, working 10 hours a day. When the production often stops due tolack of electricity, he has time to play.

13-year-oldLiyakot Ali works in a silver cooking pot factory in Old Dhaka. Thechildren work 10 hour days in hazardous conditions, for a weekly wageof 200 taka (3 USD). Dhaka. Bangladesh. June 2008


A young laborer making metal components at a factory. Dhaka.Bangladesh


Jainalworks in silver cooking pot factory. He is 11 years old. He has beenworking in this factory for three years. His work starts at 9 a.m. andends at 6 p.m. For his work he gets 700 taka (10 USD) for a month. Hisparents are so poor that they can not afford to send him to school.According to the factory owner, the parents do not care for theirchildren; they send their kids to work for money and allegedly don'tfeel sorry for these small kids. Dhaka 2008


17.5percent of children in the aged 5?5 are engaged in economicactivities. Many of these children are engaged in various hazardousoccupation s in manufacturing factories. Dhaka 2006

Jumaat, 1 Mei 2009

Mesir Hapuskan Babi, Melaka Hanya Memantau Aje



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema kepada fasa lima atau kurang setingkat di bawah tahap maksimum. Peningkatan itu menandakan dunia di ambang wabak besar-besaran atau pandemik berikutan wabak selesema babi yang telah meletus di Mexico dan kini mula merebak ke seluruh dunia.
Sementara itu Mesir hari ini merupakan negara pertama mengambil langkah drastik dan mengakui keputusannya untuk membunuh 250,000 ekor babi di sini merupakan langkah kesihatan awam dan bukan tindakan pencegahan wabak selesema babi. Pengakuan itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tidak ada bukti menunjukkan babi menjadi punca selesema tersebut.
Manakala di negara ini iaitu negeri Melaka pula hanya mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau sahaja ternakan yang pernah menjadi isu seketika dulu. Sekiranya ada barulah langkah kedua untuk menghapuskannya akan diambil. Pengerusi J/Kuasa Khas Bertindak Menangani Isu Babi di Melaka, Datuk Gan Tian Loo menasihati rakyat negeri itu 'tidak perlu' bimbang kerana kerajaan telah negeri telah bersedia menanganinya. Walau bagaimanapun ternakan babi di negeri itu tidaklah sebesar mana cuma tinggal 39,000 ekor sahaja setakat ini.
Kulat: Cuba kita bayangkan jumlah babi yang dihapuskan oleh kerajaan Mesir berbanding dengan jumlah ternakan yg ada di Melaka. Kerajaan Mesir sanggup berkorban menghapuskan jumlah babi yang besar yg mungkin mengalami jumlah kerugian yang agak besar berbanding dengan kerajaan negeri Melaka yang hanya berjaga2 dan memantau sahaja. Kerajaan Mesir sanggup menanggung risiko ekonomi ternakan babi walaupun wabak tersebut belum lagi disahkan menular di Mesir. Manakala di Melaka langkah penghapusan dijangka akan dilaksanakan sekiranya rakyat negerinya akan menjadi mangsa dan terkorban oleh selesema babi. Cegah sebelum parah.