Ahad, 31 Mei 2009

KESIAN KAK MIN JUAL CD CETAK ROMPAK RUPANYA..



Kesian pada Kak Min, jualan CDnya dikatakan mengalami kerugian teruk kerana tak laku. Kak Min terlalu sangat nak menjual CDnya tu kepada pengundi2 UMNO supaya menyokongnya dalam PRK Penanti tapi sayangnya langsung tak dapat sambutan. Apatah lagi peratus pengundi PRK kali ini adalah yang terburuk dan terendah sekali dalam sejarah PRK.

Kesemua calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hilang wang pertaruhan selepas tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman. Nai Khan Ari memperoleh 494 undi diikuti oleh Aminah Abdullah (392 undi) dan Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 56 undi daripada 7,100 pengundi yang membuang undi hari ini. Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,558 undi selepas memperoleh 6,052 undi.

"Dengarlah keluhanku........"
1. AMINAH ABDULAH (BEBAS)
"Kak Min (Aminah) menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Kak Min sedikit pun tak rasa kecewa dengan keputusan ini. "Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan... Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat). "Bagi Kak Min, jumlah orang keluar mengundi yang kecil ini ialah kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi."


2. NAI KHAN ARI (BEBAS)
"Saya tidaklah terlalu kecewa, tapi saya rasa sedikit kecewa kerana kalah di kampung saya sendiri iaitu di peti undi Telok Wang dan Sungai Lembu.

3. KAMARUL RAMIZU IDRIS (BEBAS)
"Nampaknya dari jumlah undi yang saya dapat, jelas menunjukkan masyarakat di sini menolak konsep keimanan yang ingin saya bawa. "Mereka lebih mahukan pembangunan yang dijanjikan oleh calon-calon lain...


Kulat: Kesian Kak Min, berkecai harapannya untuk mendedahkan kepincangan yang didakwa berlaku dalam kepimpinan PKR. Diaorang kata Kak Min silap buat perancangan kerana jual CD cetak rompak? Betul ke? Lagi satu Kak Min jual satu CD je macam mana pengundi UMNO nak beli? Tapi diaorang kata pula, SPR silap pilih tarikh mengundi, kerana hari 31 Mei banyak orang buat kenduri kahwin, so itu pasal lah peratus mengundi rekod antara yang terendah sekali dalam sejarah PRK. Apa tidaknya kalau seorang dah pergi 5 buah rumah, macamana nak mengundi, perut dah mengening, baik balik rumah pergi tidor.....!!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kak Min perlu di dakwa kerana menjual CD cetak rompak.

Papa Ronggeng berkata...

Macamana ni Bro, ajak member makan kat rumah pas tu awal2 lagi dah tahu yg datang tu nak bagi Kak Min rasuah tupasal dia dah stanby buat rakaman curi2. Pastu pi pastekan pulak kat CD. Banyak kerja tu Bro, handal betul Kak Min, dasyatlah usaha dia siap dengan CD lagi bagilah yg ori punya barulah leh caya..!!

Tanpa Nama berkata...

Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan... Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat). "

Ko 2 dapat nombor 3.. Ngan Nai Khan Ari pun kalah..

BARISAN RAKYAT berkata...

harap kak min terus mencuba......mcm sdr KAMARUL RAMIZU IDRIS...

Atuk Ronggeng berkata...

salam Bro Kulat..... Sayangnya Kak MIn tak buat CD 18SX, kalau tidak mesti macam goreng pisang panas punya. Kesian.....Kak Min dalam proses nak balas dendam rupanya pasal dalam PKR tak di calonkan jadi YB dalam PRU12, agaknyalah....

Wang Kelian berkata...

Pilihan BN untuk tidak bertanding memnag tepat. Buat apa nak layan korang semua buang masa aje, membazirkan lagi ada le..Korang semua kena tipu dengan PKR kah kah kah....waahhhhaaakakkahkah......

Tanpa Nama berkata...

Kak Min Salah bagi CD kat PSRM, dia terbagi CD kartun Sin Can cucu dia punya..... waaakakahkahkah......!!

Mami Karat berkata...

Sebenarnya pada awal perancangan, Kak Min nak jual PASEMBOR, oleh kerana pasembor kena tolak stall jadi Kak Min rasa takkan bakal YB nak tolak stall pula, tu yg tak jadi tu, kalau tidak TERSEMBOQ semua orangg2 PKR.

Tanpa Nama berkata...

Sayang harapan Kak Min nak bersihkan namanya semasa berada dalam PKR tak kesampaian, hajat dihati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN