Jumaat, 22 Mei 2009

Bukan Kehendak Zambry dan Bukan Salah Nizar


Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih lagi belum berakhir! bilamana Datuk Seri Mohammad Nizar dikatakan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah. Keputusan yang diumumkan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan petang tadi sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Isu politik perak dijangka tidak akan ada kesudahannya walaupun Dr. Zambry kini diistiharkan MB Perak yang sah. Ramai berpendapat keputusan tersebut lebih merupakan satu keputusan kuasa ekskutif tetapi bukan atas dasar kuasa rakyat. Isu politik Perak yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik negara sebenarnya hanyalah masalah dari segi teknikalnya sahaja iaitu berpunca dari 3 Adun PR yang mereka dakwa tiada istilahkan melompat parti. Walau bagaimana pun, pengakuan bekas 3 Adun PR itu ibarat 'berdiri tegak tetapi bebayang hitamnya tetap jatuh ke kawasan BN'.

Dalam isu ini Dr. Zambry juga, tidak boleh dipersalahkan juga kerana perlantikan beliau ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal'. Rasanya ramai YB yang lain pasti juga teruja bila mendapat offer menjadi MB dan ianya juga tidak terkecuali kepada YB dari Pakatan Rakyat. Sementara Ir. Mohd. Nizar pula tidak juga boleh dianggap penderhaka kerana mantan MB Perak ini tidak pernah menerima usul undi tidak percaya melalui proses dalam Dewan Undangan Negeri. Beliau dikatakan bertindak semata2 bersandarkan undang2 DUN Perak serta mempertahankan prinsip hak dan kuasa rakyat.

Inilah wajah2 yg menjadi puncanya politik negeri Perak menjadi juru-hara.

10 ulasan:

melayuangkat berkata...

To all - Get back to WORK!!!

Unknown berkata...

Entah bila nak sudah dan apakah kesudahannya nanti agaknya.

kulatlapok berkata...

Makcik...

Itu sudah pasti agar rakyat menerima faedah kesinambungan agenda parti yg memerintah tidak kira samada dari BN atau PR.

kulatlapok berkata...

Tuan Mountdweller

Raakyat semacam jadi penonton kepada antara dua pertarungan boxing yg ada kalah ada menang dan menang kalah akan bertukar ganti mengikut startegi dan kekuatan lawan masing2.

Sangkelembit berkata...

salam Bro, PRU13 akan meyaksikan BN Perak akan mendapat kekalahan paling teruk dari PRU12. Kata pengnalisis le...

Tanpa Nama berkata...

apakhabar dengan 3 adun PR tu, cayalah korang huruhara kan negeri Perak sehingga tak keruan dibuatnya. Tapi nasib ko nanti dah sampai ko siap ajelah...

Tanpa Nama berkata...

apayang korang susah2kan. kalau betul rakyat sokong perjuangan PR tunggu jelah PRU13 nanti yg tinggal tak berapa thun lagi. Baru kita tahu rakyat akan buktikan mreka sokong sapa nanti. sekarang ni masa untuk berkerja, berkerja, berkerja untuk rakyat bukan nak bertekak yg tak habis2 ni..

Kulup Ayor berkata...

watpe nak bagi nizar jadi MB. Dia tu lebih ambil hati DAP je. pas tu ada dengar berita Ngeh ni dengan Nizar ada ikatan keluarga betul ke??

KOLOP ANU... berkata...

untuk KULUP AYOR

Kalau kita soal nak ambil hati DAP, cuba kita tanya pulak kenapa UMNO tak memerintah Pulau Pinang sedangkan parti MCA dan Gerakan semuanya kalah pada PRU10??

Soalan disini sila rujuk dan jawab seperti artikel yg telah dipostkan oleh cendawan Malaya iaitu sebenarnya jalan terbaik adalah dengan MEMBUBARKAN dewan. Walaupun bukan kehendak perlembagaan, tetapi ianya tidak dihalang.

Apa yg penting tindakan membubarkan akan menyelamatkan istana dan mahkamah daripada TERPALIT dan TERJEBAK dalam politik.

Kita jangan lupa bahawa majoriti rakyat telah pun menzahirkan KEHENDAK mereka atau dengan kata lain ISYARAT lampu jalan dihadapan sudah cukup JELAS. HANYA YG PEKAK DAN BUTA SAHAJA YG TIDAK NAMPAK MACAM KULUP AYOR NI...

Unknown berkata...

Kehendak dan istyarat rakyat sudah jelas dalam PR12. Mereka memberi kemenangan kepada BN, khususnya UMNO sebanyak 28 kerusi. DAP hanya 18, PKR 7 dan PAS hanya secuit 6 sahaja.

28-18= BN lebih 10 dari DAP. 28-7 = BN lebih 21 dari PKR. 28-6= BN lebih 22 dari PAS. Takkan le ada 6 kerusi nak eksyen kononnya rakyat pilih dia jadi MB? DAP, PKR dan PAS tidak ada pakatan halal, yang ada pakatan haram, ibarat kahwin tak berdaftar di pejabat kadhi.

Itulah kehendak rakyat. Tak perlu kembali kepada rakyat masa ini. Rakyat dah buat keputusan jelas tahun 2008 lagi.

Pikio le yeop.... buat aje kerja sekarang. Dah dekat PR13 nanti bergasak lah.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN