Ahad, 10 Mei 2009

KULAT 'KANTOI' KERANA BERBLOGGER DI PEJABAT.??


BIASANYA KALAU BERBLOGGER, KULAT SELALUNYA BUAT DI RUMAH LEBIH SELESA SIKIT DAN YG PENTINGNYA TIADA GANGGUAN. TAPI HARI ITU NTAH KENAPA KULAT GATAL TANGAN UNTUK TINJAU2 BLOG KEKAWAN MASA DI PEJABAT. SEMASA SEDANG ASYIK BERBLOGGER, KULAT DIKEJUTKAN DENGAN KEHADIRAN SEORANG PEGAWAI DI PEJABAT, "HAH...! INI KERJA KAU YA.?? TERPERANJAT BERUK DIBUATNYA KULAT, SEHINGGA MOUSE DI TANGANPUN SAMPAI TERJATUH. ITULAH AKIBATNYA KALAU DAH AYSIK BERBLOGGER DI PEJABAT SEHINGGA PEGAWAI DATANGPUN TAK PERASAN. NASIB BAIK KETIKA ITU WAKTU REHAT, JADI TIDAKLAH JUGA BESARNYA KESALAHAN TU. KALAU TIME KERJA, SUDAH TENTULAH KULAT DAH KENA MEMO.

TAPI TIBA2 KULAT DISERAHKAN SEPUCUK SURAT OLEH PEGAWAI TU. "NAH KO ASYIK BUAT BLOGGER JE, KO AMIK SURAT NI" DENGAN WAJAHNYA SAMBIL TERSENYUM DAN PEGAWAI TU PUN TERUS BERLALU MENINGGALKAN KULAT DALAM TERPINGGA2. SERIYAU JUGA HATI INI BILA DAPAT SURAT TU. KALI NI, KULAT DAH BETUL2 KENA MEMO. AGAKNYA PEGAWAI TU DAH LAMA MEMERHATIKAN KULAT KERANA ASYIK BERBLOGGER DI PEJABAT. NAH! HARI INI KULAT DAH TERTANGKAP OLEH BOSSNYA SENDIRI.

KULAT APA LAGI TERUS JE BUKA SURAT TERSEBUT DAN ISI KANDUNGANNYA BERTULIS "ANDA DIKEHENDAKI MENGHADIRI KURSUS......" PEH..!! KENA PERGI KURSUS RUPANYA. SUSPEN BETUL DIBUATNYA. JUSTERU MULAI ISNIN INI, KULAT AKAN BEREHAT BERBLOGGER SELAMA SEMINGGU (MULAI 11 HINGGA 16 MEI).

KULAT: KATA ORANG KALAU GI KURSUS MEREKA ITU ADALAH UNTUK ORANG YG TERPILIH BAGI MENAMBAH ILMU SERTA MENAJAMKAN LAGI SKILL. ADA SESETENGAH ORANG KATA PULAK, MEREKA YG KENA GI KURSUS NI, ADALAH UNTUK MEREKA YG LEMBAB DALAM MENJALANKAN TUGAS. NTAHLAH..!! DUA-DUAPUN BOLEH PAKAI. WALLAHUA'ALAM.

6 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Kah kah kah...

Selamat Berkursus Bro.

Pi kursus, makan-makan dan lepak-lepak je. Biasalah tu. Nak abiskan peruntukan. heheheh.

melayuangkat berkata...

Tahniah dan Selamt Berkursus. Semoga dengan Penambahan Ilmu ilmu akan menyuntik semangat baru untuk bertugas dan membolehkan Cendawan Melayu memberikan sumbangan yang lebih baik dan productif buat semua.

Salam.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

nasib baik kena gi kursus..kalau surat tu tertulis "oleh kerana anda didapati sedang blogging...anda dikehendaki ajar saya buat blog."

hehe selamt berkursus mr kulat lapok

pen buruk ™ berkata...

salam bro. selamat berkursus. hahahahaha betul betul suspend. nasib baik bro x terkucil dalam seluar hahahhahahahaha

Unknown berkata...

Bagus juga berkursus. Boss saya kata boleh rehatkan minda!

Blog saya dah jadi blog popular pula kat pejabat. Tak kira boss ker tak boss.

kulatlapok berkata...

salam:

1. Tuan Harimau
2. Melayuangkat
3. Puan UmmiAnni
4. rasasayang79
5. Tuan Mountdweller

terima kasih menitip ke sini, betul juga kata tuan Mountdweller, adakalanya berkursus itu seperti juga merehatkan minda, tetapi ada betulnya juga seperti kata Tuan Harimau, dok makan2 rehat2 dan lepak sampai kembung perut,asyik makan aje.

Terima kasih kalian semua, namun apa boleh buat lahni aku masih di sini macam kena kurung, esok baru boleh berambus...hek hek.. hek.. tak sabar nak balik..

PS: nasib baik member ada broadband dan bawa laptop kat sini, apa lagi tumpang le sekaki. he he he tak tahu malu...!!!

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN