Khamis, 28 Mei 2009

Sebagai RAKYAT, Yang Mana Satukah Pemimpin Yang Anda Pilih?

Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan seperti apa yang telah termaktub dalam hukum perlembagaan, kita telah diberi 'hak' untuk memilih dalam proses pilihanraya. Maksudnya tanpa dipaksa kita 'bebas' memilih seorang pemimpin yang boleh menjadi 'wakil' kepada rakyat serta diamanahkan dan bertanggungjawab untuk membawa segala pemasalahan rakyat di dalam DUN atau Parlimen.

Justeru sebagai rakyat yang diberi 'kuasa' memilih, kreteria pemimpin yang bagaimanakah yang akan anda pilih? Untuk kita melihat kreteria pemimpin, sebagai contoh mari kita lihat bagaimanakah pendirian dan pendekatan dua pemimpin ini.

1. YB. Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin (Mantan MB Perak). -

Setelah diumumkan oleh Mahkamah Tinggi bahawa YB. Dato’ Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah, beliau terus membuat kenyataan pada media dan hasrat utamanya iatu akan mengadap YTM Raja Muda Perak untuk memaklumkan keputusan mahkamah dan memohon agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan. Ini bermakna tanpa berlengah lagi beliau terus tidak mempertahankan jawatan Menteri Besar dan menyerahkan kepada proses demokrasi untuk memilih semula sebuah kerajaan baru yang ditentukan oleh rakyat sendiri.

2. YB. Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (MB Perak) -

Setelah mendapat tahu keputusan Mahkamah Tinggi, tanpa berlengah lagi terus membuat rayuan pada Mahkamah Rayuan dan perolehi keputusan penangguhannya kurang dari 24 jam iaitu antara yang terpantas dalam sejarah merayu dan akhirnya berjaya mengekalkan status Menteri Besarnya. Beliau terus membuat kenyataan dengan rasa syukur kerana masih menjadi MB dan merayu supaya diberi peluang. Meminta kepada rakyat Perak agar yakin dengannya akan menjadi Menteri Besar kepada semua Rakyat Perak dan memohon sokongan dari semua pihak. Bangga dan puashati dapat mempertahankan statusnya sebagai Menteri Besar.

Daripada kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut, sebagai rakyat yang diberi hak dan kuasa untuk membuat pilihan, siapakah sebenarnya yang layak untuk dipilih menjadi MB Perak? Kenapa..?

7 ulasan:

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Nampaknya hujah dan persoalan yg saudara utarakan benar2 memberi impak kepada penyokong2 fanatik kedua2 parti. Kepada penyokong2 fanatik semestinya mereka akan masih dgn pendirian mereka ttp buat rakyat yg tidak fanatik kpd mana2 parti akan memikirkannya atau jika mampu akan menyelidikinya sebelum membuat keputusan.

Politik kita sekarang bukan lagi politik kekampungan zaman2 60an dan 70an dimana pemimpin dipilih berdasarkan kriterianya dan kriterianya itu bukan pula lakonan atau kepura-puraan. Mereka ikhlas dalam memperjuangkan rakyat dan negara.....ttp kini zaman sudah berubah...ini zaman IT...ini era globalisasi.....manusia sudah panjang akal.....politik sendiri sudah mengalami banyak revolusi dan reformasi serta idea2 baru yg direka-cipta oleh kepala otak manusia sendiri demi kejayaan dan kelangsungan dunia politik mereka.

Perjuangan politik kini bukan idea 1 kepala lagi ttp ia melibatkan banyak kepala2 yg bergabung atas dasar perjuangan parti.....ia kini bukannya perjuangan individu ttp adalah perjuangan parti politik.

Jadi untuk menjawab persoalan ini, rakyat perlu menilai dan memilih samada mereka menyokong individu(pemimpin) ataupun parti.....ada rakyat yg memilih calon dan ada juga rakyat yg memilih parti. Seseorang calon itu mungkin terpaksa berpura2 atas arahan parti manakala parti tidak akan bersendiwara hanya kerana calonnya.

Sesungguhnya persoalan yg diutarakan ini sukar dijawab oleh golongan yg tidak memihak kpd sesiapa......nampaknya kena solat istiqarah!

Wallahu'alam.

kulatlapok berkata...

salam Mohd. Rizal

Terima kasih atas pandangan anda. Kesimpulannya ialah soal pendirian individu itu sendiri samada sanggup berkorban demi untuk kepentingan rakyat atau kepentingan jawatan yg sememangnya menjadi idaman setiap wakil rakyat.

Dr DKK berkata...

selepas Mahkamah tinggi umumkan Nizar MB yg sah, Zambry menjadi seperti cacing kepanasan dan berusaha untuk mempertahankan jawatan kesayangannya itu berbanding dengan Nizar tidak heran dengan jawatan MB untuk diserahkan kepada rakyat yg memilihnya. Jelas siapa yg tamakkan jawatan??

Sangkelembit berkata...

salam Bro;

Dua-dua tak sesuai menjadi MB Perak. Mereka yg sesuai jadi Mb Perak ialah Sangkelembai.. he he he

Zambri Kadiaq berkata...

Mahmkamah Rayuang hanya membenarkan penangguhan sementara Mahkamah Tinggi. Bermakna
zambry sekarang menjadi Mb pilihan sultan sementara. Lepas tu keputusan dari Mahkamah Persekutuan Pulak, kalau ianya memihak ppula pada Nizar, aku rasa Zambry akan jadi MEROYAN tak tentu hala. waakkahkahkah...........

Tanpa Nama berkata...

Umno tak boleh kata dia menguasai kemenagan PRU12 di Perak jika tidak disokong parti kompenannya. Begitu juga DAP dan lain parti kompenannya. Namun undang2 Tubuh Perak yg menyelamatkan Perak mesti dipimpin oleh orang Melayu.

Unknown berkata...

Kenapa Nizar mengadap DYTM Raja Muda hendak bubarkan DUN selepas Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau MB Perak? Congak sifir politik macam ini cukup senang dibuat oleh mana-mana pengamat politik secara waras :
1) Nizar tahu dia tidak akan kekal lama jadi MB sebab tidak punya majoriti dalam DUN. Paling lama enam bulan sehingga Sidang DUN berikutnya, pasti dia kecundang akibat undi tidak percaya.
2) Dengan enam kerusi PAS tak boleh ke mana2. Apa nak dibanggakan kemenangan 6 kerusi berbanding UMNO 27 kerusi? Dia berangan-angan nak menang lebih banyak kerusi bagi PAS jika pilihanraya diadakan.
3) Yang paling mudah...tindakan Nizar itu akibat tunduk pada desakan dan nasihat Ngeh dan Nga. Biasalah bila dah jadi boneka, kena ikutlah cakap big bosses.
4) Kenapa pula seorang yang ada majoriti nak bubarkan DUN? Jika dalam kedudukan majoriti bubarkan DUN, semua akan tertawa kata MB bodoh. Nizar sepatutnya pada 2008 lagi dah bubarkan DUN sebab hanya menang 6 kerusi, tak sesuai jadi MB. Lagipun rakyat memilih BN memerintah Perak pada 2008 kerana BN menang lebih banyak kerusi berbanding DAP, PKR dan PAS.
Wassalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN