Selasa, 26 Mei 2009

Zambry: PR Perlu Hormati Keputusan Mahkamah. Manakala BN? Tak Payahlah...



Datuk Seri Dr Zambry Kadir kini sudah boleh tersenyum puas sedikit setelah isu MB Perak yang menyebelahi beliau meredakan sedikit ketegangan walaupun krisis tersebut dijangka belum lagi mencapai noktahnya. Keputusan Mahkamah Rayuan itu memang sudah dijangka malah sedikitpun tidak memeranjatkan pengundi Pakatan Rakyat.
Keputusan Mahkamah Rayuan tidak langsung memeranjatkan walaupun ianya berkaitan dengan soal teknikal dan undang2, namun yang memeranjatkan ialah TINDAKAN KILAT Makamah Rayuan menangguh kan keputusan Mahkamah Tinggi yg pada asal menyebelahi Dato Seri Nizar sebenarnya telah memberi 'petanda' awal apa seterusnya tindakan yg akan menyususl.
Selepas disahkan sebagai MB Perak, Zambry dan BN berkata Nizar dan Pakatan Rakyat perlu 'hormati, dan terima keputusan mahkamah. Bagaimana pun Zambry sendiri yang secara rasminya mengatakan perlu hormati keputusan mahkamah bertindak TIDAK MENGHORMATI keputusan Mahkamah Tinggi untuk membuat permohonan ke Mahkamah Rayuan yg akhirnya beliau memperolehi keputusan yang boleh dikatakan memeranjatkan iaitu kurang dari 24 jam.
Ramai para pengamal dan pakar undang2 di negara ini berpendapat keputusan dan pendekatan yang diambil oleh Hakim Mahkamah Rayuan itu tidak berapa sesuai. Antara maksudnya ialah apa yg dipohon oleh Nizar bukanlah sesuatu yg mandatori - ertinya mesti dilakukan oleh Sultan untuk membubarkan DUN. Jelas di sini Hakim hanya melihat perkara 16(2) Undang2 Tubuh Perak dan TIDAK MELIHAT KERANGKA keseluruhannya. Maksud yg jelas iaitu konsep kerajaan yg bertanggungjawab (responsible government) dalam sistem Westminster. Hanya dengan mendalami konsep ini sahaja, rakyat dapat menduga batasan kuasa Sultan dalam soal membubarkan DUN yg disebut oleh peruntukan di atas tadi. Justeru Mahkamah Rayuan seolah2 gagal melaksanakan tugas mengikut konsep tersebut kerana INTISARI PERLEMBAGAAN IALAH DEMOKRASI DAN BUKAN MEMBESARKAN KUASA SULTAN.
Suruhanjaya Reid dengan tegas mengatakan bahawa meskipun sistem beraja dikekalkan kedudukan dan kuasanya hendaklah dilihat dalam konteks demokrasi berparlimen. Iaitu kerajaan bertanggung jawab kepada dewan dan dengan itu sokongan majoriti dan undi tidak percaya amat penting dan yg pastinya Sultan TIDAK BOLEH MENGHALANG PROSES ini. Jadi persoalannya disini bagaimana BN dakwa mereka ada majoriti dalam dewan? Bagaimana sokongan itu diperolehi?
Sebab itu untuk merungkai semua persoalan tersebut, jalan terbaik adalah dengan MEMBUBARKAN dewan. Walaupun bukan kehendak perlembagaan, tetapi ianya tidak dihalang. Apa yg penting tindakan membubarkan akan menyelamatkan istana dan mahkamah daripada TERPALIT dan TERJEBAK dalam politik. Kita jangan lupa bahawa majoriti rakyat telah pun menzahirkan KEHENDAK mereka atau dengan kata lain ISYARAT lampu jalan dihadapan sudah cukup JELAS. HANYA YG PEKAK DAN BUTA SAHAJA YG TIDAK NAMPAK.
Sumber maklumat dari Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang2 UIAM, Gombak. sebahagian petikan dari Cetusan-SinarharianN17-25Mei2009

4 ulasan:

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Melayuku,

Apa khabar?

Comel orang Utan ni.

Tanpa Nama berkata...

Dengan jelas majoriti rakyat telah pun menzahirkan KEHENDAK mereka seperti post kulat, dengan kata lain ISYARAT lampu jalan dihadapan sudah cukup JELAS. HANYA YG PEKAK DAN BUTA SAHAJA YG TIDAK NAMPAK.

kenyataan yg cukup signifikan.

Tanpa Nama berkata...

SALAM kULAT

SUATU FAKTA YG TAK BOLEH DISANNGAH LAGI. HANYA MEREKA YG PEKAK MATA DAN BUTA TELINGANYA SAHAJA YG MEMPERTIKAIKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI. NIZAR BERDIRI ATAS ALASAN YG BETUL.

Tanpa Nama berkata...

apa boleh buat Bro,
udah kehendak sultanya begitu.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN