Siapa yang tak kenal dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau adalah bekas pensyarah UiTM yang suatu ketika dulu begitu sinonim dengan program Forum Perdana terbitan RTM yang akhirnya dipecat menjadi ahli panel jemputan bersama rakan yang seangkatan dengannya seperti Dato Ismail Kamus, Dato' Hassan Ali dan ramai lagi penceramah popular ketika itu kerana tidak mahu bersekongkol dan berkrompomi dengan program yang mereka dakwa suara mereka disekat dari menyatakan yang benar.
Hari ini, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga rakan baik kepada Kapten Datuk Jamil Khir Baharom yang juga sama2 berjuang menyebarkan syiar Islam telah mengutuskan surat khas untuk rakannya itu. Apa yang menarik isi surat tersebut adalah nasihat yang begitu signifisikan kepada mereka yang benar2 berdakwah dan tidak berkompromi dengan sistem yang menghalalkan cara. Wallahuaalam.
WARKAH BUAT SAHABAT LAMAKU KEPTEN JAMIL KHIR : DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Assalamualaikum wrh wbt.
Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom, Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu. Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka.
Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu. Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.
Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.
Wassalam.
Sahabat Lama;TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
sumber oleh:MTD Sura, Tranungkite Online
7 ulasan:
Bro, mendalam nasihat dia tu bro.
Insaf den baco.
apa nak buat kan lagi Ustaz Dato Tuan Ibrahim..! Rakan Dato tu kan dah nampak UMNO itu adalah Indah. Itulah kenyataan pertamanya semasa dilantik menjadi Menteri. Saya juga turut simpati kepadanya kalau tugas2nya nanti KERANA TERPAKSA' itu yg agak dikesalkan sekali.
betul tu Bro.. Dah lama dia nampak UMNO itu Indah, bila kena offer apa lagi tunggu, sapu ajelah beb... soal dia nak menentang kezaliman , tegaklah makruf dan kemungkaran dari dalaman UMNO, terpulanglah pada dia, tepuk dada tanya selera.
tak pa lah ustaz.. biarlah dia buat kerjanya dulu. nanti dia tahulah tanggungjawabnya macam mana. kalau tak betul nanti dialah yg kena tanggung. kita yg dok luar ni jaga pulak masyarakat yg di sekeliling kita pulak. Kan masing2 semuanya ada peranan. jangan nak salahkan pihak atasan aje. nyampahh betullah aku...
Assalam wbt.
Tujuan ustaz Tuan Ibrahim ini sungguh mulia tetapi harus diingat ustaz ini dulu pun ex-BN dan dulu turut cuba mem'bersih'kan BN dari dalam tetapi gagal ( sama modus operandi dgn Dato' Sri Anwar ). Setelah gagal, keciwa dan disingkirkan maka ustaz Tuan Ibrahim membawa diri dan memperjuangkan kemurniaan Islam ini dari luar melalui PAS ( berbeza sikit dgn Dato' Sri, sebab beliau memperjuangkan keadilan semata2 melalui PKR ( parti baru pulak! Mengapa beliau tak sertai PAS! Perjuangan berbeza! ).
Disebabkan Ustaz Jamil kita ini ada ternampak 'indah'nya UMNO dan BN ini, maka beliau teringin juga untuk sama2 meng'indah'kannya melalui cara dan kaedah beliau. Semoga perjuangan beliau mencapai matlamatnya. Walaubagaimanapun, nasihat dari kawan lama jgnlah disisihkan begitu sahaja kerana mereka sudah lama nampak ke'indah'an itu, me'nikmat'inya dan merasai 'asam-garam'ya.
Akhir kata selamat berjuang untuk ustaz Jamil moga Allah SWT membantu anda di dalam menempuh ranjau dan onak ini.
Wassalam.
memnag ada betulnya pandangan dari sdr. Moh Rizal kita ni..
Kebanyaakannya mereka gagal melaksanakan mengikut hukum2 yg telah pun ditetapkan oleh Agama kerana kebiasaannya tindakan mereka terhalang oleh situasi masa kini terutama berkaitan dengan kaum lain.
insaf aku baca
dalam maksud dia. itulah gunanya sahabat, saling ingat mengingati sementara hayat masih ada dan agar tidak dipersalahkan di akhirat kelak...
Catat Ulasan