Rabu, 6 Mei 2009

Laut Ditambak, Tanah Rakyat Di Darat Tergadai??

Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk membangunkan kawasan tambak laut seluas 280 hektar di pantai Klebang sekali gus menukar wajah lokasi di situ sebagai satu projek 'pelancongan'. Menurut Ketua Menteri Melaka, antara landskap baru yang merubahkan kawasan Pantai Klebang itu ialah pembinaan hospital pakar, sukan rekreasi laut, sebuah marina dan pembinaan hotel bertaraf antarbangsa selain dilengkapi dengan kemudahan lebuhraya baru yang menghubungkan laluan pesisir pantai dari Masjid Tanah ke pusat bandar.
Kerajaan negeri mendakwa pembangunan yang pesat ini sekali gus meningkatkan lagi populariti kawasan Pantai Klebang dan kawasan2 yang berdekatan dengannya kepada pengungjung luar yang datang ke negeri Hang Tuah ini dan secara tidak langsung ianya akan dapat merancakkan lagi ekonomi serta faedah kepada penduduk tempatan di situ.
Namun begitu apa yang dihasratkan oleh Ketua Menteri Melaka itu mungkin tidak dapat disahut sebahagian daripada rakyatnya sendiri yang menetap Lot 137, Seksyen 1, Kampung Batang Tiga Timur, Klebang yang diarah berpindah dan mengosongkan tanah yang diduduki sebelum 1 Jun depan. Jika arahan tersebut dilaksanakan, ini akan membabitkan sejumlah 22 rumah yang masih dihuni sejak 1940an di atas tanah tersebut.
Menurut beberapa penduduk yang terbabit, pada Julai tahun lepas, mereka terkejut apabila menerima notis meminta mereka mengosongkan tanah seluas 1.21 hektar berkenaan kerana dikatakan sudah dijual kepada sebuah syarikat pemaju. Masalah mereka telah dibawa kepengetahuan ADUN Klebang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Yaakub Md Amin namun beliau mendakwa tidak dapat berbuat apa2 kerana tanah mereka telah dimiliki oleh pihak lain.

Keratan akhbar KOSMO 2 Mei 2009.

Kulat: Memang tidak dinafikan pembangunan negeri Melaka antara yang terpantas membangun di negara ini. Justeru ianya memperlihatkan kecekapan pemimpin negeri mentadbirkan negerinya sehingga menjadi antara negeri yang termaju dan terkenal kepada pengunjung dari luar Melaka dan juga luar negara. Namun dalam kegairahan tersebut, apalah ertinya kemajuan dan pembangunan di situ jika rakyatnya sendiri bakal merempat di tanah tumpah darahnya sendiri yang telah melahirkan beberapa generasi di situ? Apa ertinya kemajuan pelancongan jika rakyatnya sendiri menanggung kesempitan hidup akibat daripada kerakusan pembangunan. Apalah ertinya slogan keramat "Tradisi Membela Rakyat" yang telah menjadi sebati dan resepi rakyat Melaka yang setia kepada kerajaannya jika masalah mereka tidak dibela? Wallahuaalam.

sumber maklumat: MMalaysia-1Mei, Kosmo-2Mei.

6 ulasan:

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Isu ini mempunyai kaitan kuat dengan konsep ke-8 1Malaysia PM kita iaitu Integriti. Seperti yg saya nyatakan dalam komen saya, integriti yg berjaya adalah satu integriti 2 hala iaitu saling mempercayai dan taat-setia antara pemimpin dan rakyat. Jika pemimpin cuma mahukan rakyat mempercayai dan taat kpd mereka sedangkan hak2 rakyat ( mempercayai dan setia kpd rakyat ) tiada diminda dan naluri pemimpin itu maka tunggulah bencananya......rakyat akan memberontak menuntut haknya dan menunaikan haknya ( undi ).

Wassalam.

kulatlapok berkata...

salam Mohd Rizal...

Terima kasih kerana sudi menitip kesini. Pandangan sdr. memnag ada kebenarannya, konsep 2 hala tidak dapat dielakan antara kerajaan dan rakyat. Rakyat memberi mandat dan kerajaan melaksanakan.

Sekiranya kerajaan yg dimandat dan diamanahkan tidak berfungsi dan gagal memenuhi kehendak rakyat yg memberi kuasa, ianya wajar difikirkan semula apakah mereka patut diberi peluang lagi?

Namun dalah hal merubah tampuk kuasa, pengundi di Melaka khususnya bangsa Melayu ianya amat berbeza dengan lain-lain negeri yg mana mereka menunjukan kemarahan tetapi dalam pada masa yg sama masih setia dengan parti yg diwarisi oleh generasi mereka.

Walau sebesar manapun masalah yg mereka hadapi, namun pemerintah di Melaka (BN) ibarat parti pusaka yg tetap akan dapat berkuasa walaupun dilanda pelbagai krisis. Ini amat berbeza dengan pengundi Cina yg boleh merubahkan wakil rakyat mereka mengikut isu dan kehendak mereka. Contohnya seperti Parlimen Kota Melaka yg telah bertukar beberapakali wakil mereka anatara kerajaan dan pembangkang.

Akan tetapi ini tidak terjadi kepada pengundi Melayu seperti contoh sebuah Kg di Tanjung Keling yg menjadi isu besar suatu ketika dahulu yg mana kg mereka hilang terus dari peta dunia kerana terpaksa memberi laluan pembangunan (penapis minyak petronas) namun BN tetap juga menang di kawasan tersebut hingga sekarang. Apakah intergriti yg diperlukan oleh seorang pengundi tersebut?? wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

salam,

walaupun BN (UMNO) yg berkuasa berkurun2 lamanya di Melaka namun mereka tidak seperti tidak ada kuasa untuk memindahkan penternak babi yg sudah berkurun lamanya seiring dengan lamanya UMNO berkuasa di negeri itu.

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt

Seseorang itu bertanggungjawab ke atas apa yg mereka lakukan....jika diberi peluang memilih ( undian ) maka pilihlah wakil yg boleh dipercayai. Jika sudah membuat pilihan ( banyak sebab pilihan itu dibuat - bergantung kpd niat & pandangan individu ) maka sendiri tanggunglah akibatnya samada laba atau bala!
Bak kata orang peluang hanya datang sekali....gunakanlah ia sebaik2nya. " Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna".

Wassalam.

Baba berkata...

Biarlah kerajaan BN yg ada sekarang memerintah daripada DAP yg memerintah yg dirasakan bakal menungdang banyak masalah seperti di Perak dan PPinang. Melaka kini selesa seperti apa yang Malaysia lihat sekarang membangun dengan pesat kemajuannya.

Tanpa Nama berkata...

salam Kulat: Tidak hairanlah ada sesetengah pimimpin dalam UMNO sendiri adakalanya irihati dengan ketokohan Datuk Ali walaupun kekadang beliau nampak ada ekstrem sedikit dengan pembangkang yg sentiasa melihat pembangunan kerajaan negeri tidak pernah betul. Nyahhh pembangkang dari bumi Melaka.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN