Selasa, 19 Mei 2009

DAH DAPAT JADI MENTERI BARU NAK PECAH LOBANG?


"Dia cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan SAYA SENDIRI DITAWARKAN untuk MELOMPAT kepada pembangkang dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri". Ini kenyataan Menteri Luar Datuk Anifah Aman di Washington bahawa beliau ditawarkan jawatan TPM sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008. Beliau membuat kenyataan tersebut pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington. Secara peribadi beliau mendakwa telah dipelawa menyertai Pembangkang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kulat: Steadylah Datuk Anifah... Setelah setahun berlalu, barulah nak pecah lobang? Kenapa tidak dari dulu hebohkan kan senang. Barulah rakyat tahu pendirian ahli2 YB dari Sabah yang dikatakan ramai akan melompat parti. Mungkin ketika itu mereka lebih banyak tunggu dan lihat reaksi dari pucuk pimpinan kerajaan pusat. Sebelum itu ahli2 YB Sabah mendakwa mereka sering keciciran dan menuntut diberikan lebih banyak tempat dalam kerajaan pusat memandangkan BN Sabah mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU12.
Kini mereka semua boleh merasa lega apabila Dato Seri Najib memberi peluang kebanyakan mereka dari Sabah menganggotai barisan kabinet. Jika itulah alasannya, serta kedudukan selesa Datuk Anifah setelah dilantik menjadi menteri penuh kabinet Najib, kini barulah beliau konsisten dengan apa yang beliau cakap sebelum ini setelah setahun lebih berlalu. Wallahua'alam.

6 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Apa khabar?

Bagaimana Seminar atau krusus? Rasa 'fresh" tak? Apa-apa pun bersyukurlah ada kelebihan dan keistimewaan sebegitu. Ramai sangat yang nak berkrusus tapi tak ada peluang.

Isu penyakit semakin bertambah di negara kita Mak Cik rasa ada kaitan dengan Globalization juga. Sekarang orang ramai boleh travel ke se rata dunia dengan pantas dan bebas membawa dengan mereka berbagai penyakit.

Sebab itu kalau nak ke Afrika digalakan ambil suntikan Yellow fever dsb.

Dan sekarang pula ramai PATI. Jadi kamu faham fahamlah sendiri. Kamu bijak. Mak Cik TIDAK NAFIkan ayat ayat suci yang memberi kita amaran juga tentang bala Allah swt yang berbagai bentuk.

Jadi kita kenalah berhati-hati terutama jika bawa anak-anak kecil ke tempat awam. Kalau boleh pastikan ianya BERSIH.

Cakap pasal anak-anak wah ini gambar adik Puteri Nabilah ke??

Tanpa Nama berkata...

takpolah... janji niat busuk Bro A.B.I terbongkar.. ini lah namo eh politik..

- parti jahat, kato eh -

kulatlapok berkata...

salam MAKCIK:

Kursus yg saya hadir memnag cukup berguna. Mula rasanya boring pastu macam tak cukup masa aje..

Rasanya Makcik salah tempat untuk post komen isu ini. Mungkin Makcik nak komen pasal virus kot.

Tapi x palah kira ok lah tu.. asalkan saya faham maksud Makcik. Pasala gambar Puetri Nabilah tu adalah yg terbaru. Lahni dia telalu sukakan tudungnya yg warna purple yg mamanya belikan tu.

Makcik amacam dah ada ke tanda2 orang baru dalam keluarga Makcik??

kulatlapok berkata...

salam Tanpanama 19:39

Bro A.B.I tu macam FBI je bunyinya..??

Sangkelembit berkata...

Menyesal Yong Teck Lee keluar dari BN. Tapi apa boleh buat dia keluar zaman Pak Lah, tapi lahni era Najib, sapa yg sabar je dapatlah habuannya jadi Menteri kerana sabar tak lompat parti.

Kota Belud berkata...

sala Tuan..... BN Sabahlah sebenarnya penyumbang terbanyak ahli MP yg membolekan majoriti BN di Parlimen agak kukuh, kalau tidak sejarah dalam negara BN tewas kepada parti Makkal Shakti atau setidak2nya jika tidak mereka mungkin sudah melompat parti sekarang. Nasib baik Najib punya perancangan menjadi dengan mengambil ramai ahli MP Sabah menganggotai kabinetnya dalam usaha memujuk mereka.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN