Sabtu, 28 Februari 2009

ANTARA 'CELAKA' & 'BINATANG' MANA YANG PALING HINA?

Kebelakangan ini tindak tanduk Pemuda UMNO dibeberapa negeri harus 'dipuji' kerana begitu prihatin dan sensitif berkaitan dengan isu penghinaan parti bangsa Melayu dan hal2 yang berkaitan dengan institusi Raja2 Melayu. Pantang aje kalau ada isu bab2 ketuanan serta ada menyentuh sedkit hal2 istana, sudah pasti dengan pantas para laksamana UMNO ini akan ke Balai Polis untuk membuat 'laporan' sehinga berkajang2. Kononya untuk menjadi pembela tulin ketuanan bangsa Melayu serta memelihara institusi Raja Melayu Berpelembagaan.

Kalau dilihat Isu politik Perak, berpuluh laporan polis terhadap Pakatan Rakyat terutama melibatkan Karpal dan Mohd Nizar telah dibuat kerana mendakwa menghina Sultan Perak. Yang terbaru pula kali ini melibatkan Sultan Kedah, Pemuda UMNO Kedah tanpa berlengah juga terus membuat laporan polis walaupun kesahihannya hanya sekeping surat layang. Begitulah sensitifnya Pemuda UMNO. Syabas..!

Baru2 ini satu lagi peristiwa yang melibatkan lagi Karpal (Singh is the King) yang mengeluarkan perkataan 'cilaka' kepada Pemuda UMNO dan akibatnya pejuang Pemuda UMNO Selangor bertindak berkumpul di Dewan Parlimen untuk membantah peguam veteran Malaya itu bagi menuntut maaf kerana mendakwa telah menghina Pemuda UMNO dan Melayu khususnya. Kejadian itu membuakkan perbalahan di antara Pemuda UMNO dengan para barisan Pakatan Rakyat di lobi parlimen.

Tindak tanduk Pemuda UMNO itu harus juga dipuji bagi mempertahankan maruah agama dan bangsanya. Namun keberanian Pemuda UMNO biarlah seperti kata MSO disini. Isu beberapa siri yang melibatkan dakwaannya menghina Sultan serta bangsa Melayu itu sendiri haruslah jangan ada sikap 'doublestandard'. Jangan hanya cuba hendak mencari populariti tetapi terlupa bilamana parti sendiri menghina herarki paling tinggi (Agong) institusi Raja senyap begitu sahaja dan tidak ada laporan polis dibuat. Apakah inilah sikap yang ada pada perjuang Pemuda UMNO? Adalah diharapkan Pemuda UMNO seperti kata MSO jangan sesekali cuba mencari kekuatan dengan menggunakan nama raja dan istana sebaliknya berjuang dan berlawanlah dengan kudrat dan kebolehan diri sendiri. Itulah baru dikatakan pemuda yang berani, bijak dan berwawasan dan berdiri atas keyakinan diri sendiri. Wallahua'alam.


siapakah 'natang' yang dimaksudkan oleh rakyat Terengganu ini??

Pengertian bahasa mengikut kamus:

1. 'cilaka' (Celaka) dalam pengertian kamus bermaksud sial, malang dan tidak baik. Atau maksud lain sebagai kata seruan yang menyatakan kemarahan, kekecewaan dan lain2 lagi. Sepertai contoh Karpal mengeluarkan kata2 'cilaka' itu Pemuda iaitu menunjukan kemarahannya kepada Pemuda UMNO.

2. 'menatang' (binatang) dalam pengertian kamus bernakssud haiwan, makhluk yang bernyawa dan dapat vmerasa dan bergerak. Berkaki dua dan ada berkaki empat. Tidak mempunyai akal tetapi mempunyai nafsu makan dan mengawan. Antara mahluk ciptaan Allah yang dikategorikan paling bawah.

Kulat: Antara maksud yang paling hina sekali antara 'cilaka' dengan 'menatang' ialah sudah tentulah apabila manusia itu disamakan dengan binatang.

Khamis, 26 Februari 2009

PROVOKASI KHIR TOYO TAK MENJADI

Dato Seri Khir Toyo yang sejak akhir2 ini seperti seorang pejuang 'anti korup' yang paling aktif bila mana isu2 rasuah yang diketengahkannya terutama melibatkan pentadbiran MB Selangor, Tan Sri Khalid mendapat perhatian dan liputan meluas terutama akhbar2 yang bersukutu dengannya.

Beliau yang juga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia kini sedang dalam proses mentarbiahkan ahli2 UMNO yg mendakwa sudah jauh menyimpang dalam perjuangan (seperti kenyataannya dalam program HUJAH dalam TV9 baru-baru ini). Tindakan beliau seolah2 seperti mendapat kemenangan peribadi apabila banyak pihak terutama dari NGO menyokongnya dan membuat laporan polis dan SPRM supaya Khalid didakwa. Bukan itu sahaja malah tak pasal2 masalah 'privacy' orang tidur terkangkang dirumah pun disuruh letak jawatan kerana dianggap tidak bermoral.
Begitulah sikap mantan MB Selangor yang seperti 'gila talak' akan jawatan yang disandangnya dahulu dan beliau akan cari apa sahaja kesilapan kepimpinan PR Selangor. Namun yang menjadi muskilnya, beliau sentiasa ada maklumat yang disalurkan dari 'orang dalam' dalam pentadbiran Selangor. Khir Toyo juga berharap tindakannya menyerang dan cuba mendedahkan kepincangan kepimpinan Tan Sri Khalid seolah2 juga cuba memprovokasi pihak istana agar campur tangan. Jika ini berlaku, ramuannya nanti akan lebih 'menjadi' seperti mana krisis di Perak.
Namun segala provokasinya tidak mendapat sebarang ulasan dari pihak istana malah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi. Bukan itu sahaja malah isu lembu korban juga digalakkan dan diperluaskan dikawasan2 lain pada tahun hadapan. Keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan itu mungkin amat mengecewakan Khir Toyo dan juak-juaknya. Selepas ini mereka akan cuba menyelongkar dan mencari lagi saki baki yang dianggap pennyelewengan dalam pentadbiran Khalid di Selangor.

Sekarang ini Khir Toyo menerima pula padah apabila MB Selangor mendedahkan pula isu pembayaran tanpa sebarang resit rasmi hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menjadi musykilnya ialah Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian 5 unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

KULAT: Selepas pendedahan isu tersebut oleh Tan Sri Khalid, sekarang ini, mantan MB Selangor itu kini menjadi fokus rakyat Selangor untuk menunggu ulasannya. Mana tahu, mungkin beliau terlupa dan ada menyimpan resit pembelian tersebut. Khir Toyo mungkin sudah ada jawapannya. Jawab Khir, jawab jangan tak jawab.... jangan hanya jadi "telunjuk lurus, kelingking berkait" Wallahua'alam.

Selasa, 24 Februari 2009

KAK PIDAH & SENASKAH AL-QURAN

Setiap kali ada sidang media, senaskah AlQuran tidak lepas dari Kak Pidah..
Siapa tak kenal Tan Sri Rafidah Abd. Aziz? Pemimpin no. 1 wanita UMNO ini antara yang paling lama memimpin pergerakan sayap kanan UMNO itu. Beliau juga memegang rekod pemimpin wanita paling lama memegang jawatan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 1987 hingga 2008 iaitu hampir 21 tahun berada dalam kabinet kerajaan. Kalau dilihat dari gaya dan caranya bila bercakap, beliau memang seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Pantas menepis segala kiritikan dan tidak mudah tunduk dari sebarang tekanan tidak kira samada dari pihak pembangkang mahupun dari dalam UMNO itu sendiri.
Apa yang menarik tentang Kak Pidah ini ialah apabila setiap kali mempengerusikan mesyuaratnya, senaskah Al-Quran pasti berada di hadapannya. Mungkin segala mesyuarat yang dipengerusikannya itu mudah-mudahan akan memberi suatu petunjuk dan keputusan yang adil dan saksama. Mungkin juga tujuannya jika ada sidang akhbar, untuk menunjukkan bahawa segala kenyataannya adalah semuanya benar2 belaka dan tidak ada lain yang benar selain daripada kenyataannya yang benar disamping senaskah Al-Quran sebagai saksi.
Sayangnya Kak Pidah, senaskah Al-Quran sebagai panduannya itu tidak dapat merubah keterampilan dirinya sekurang-kurangnya untuk menutup aurat dari berimejkan dirinya yang masih lagi kekal seperti dulu. Apa maknanya jika segala isi Al-Quran yang diletakkan dihadapanya itu tidak diterjemahkan oleh manusia itu sendiri dan kedudukannya itu hanyalah tidak lebih daripada gimik perhiasan semata2. Bukan nak menuduh Kak Pidah 'tidak beriman', itu urusan dia dengan Tuhan. Siapa tahu, mungkin Kak Pidah seorang wanita muslimin sejati yang mengamalkan ajaran Islam sebenar? Hal ini bukan untuk Kak Pidah sahaja malah kepada semua umat Islam negara ini.
Dan bukan juga hendak berburuk sangka namun keterampilan diri mencerminkan keperibadian diri. Memang benar, manusia adalah yang paling sukar untuk berubah namun ianya tidak mustahil untuk berubah. Jika kita hendak bersaksikan Al-Quran, terlebih dahalu hendaklah kita mendampinginya dan melaksanakan segala suruhan yang ada di dalam segala isi perutnya. Memang kita semua tidak layak untuk melabelkan keimanan sesorang itu, namun telah menjadi kewajiban kita, menjadi 'tabligh' segala yang membawa kebaikan untuk umat Islam. Semoga Kak Pidah lebih suksess selepas ini dan yang pastinya berjaya mengharungi cabaran pada Mac ini. Wallahua'alam.

Ahad, 22 Februari 2009

KINABALU MENGAMIT LAGI....!! ( 3 )

14 Februari 2009 (Sabtu)

7.00 Pagi di sini sama terangnya jam 8.00 pagi di Semenanjung. Kami semua bangun seawal 5.30 pagi disamping membuat persiapan terakhir sebelum bersarapan pagi di Balsam Cafe dan terus dibawa menaiki bas yang telah sedia menanti untuk membawa kami terus ke Tempohon Gate (Pondok Tempohon) iaitu tempat permulaan pendakian. 'Tempohon' dalam bahasa Kadazandusun ialah 'kerusi' atau tempat duduk. Selain Tempohon, pendaki boleh melalui dari Mesilau, tetapi jaraknya agak jauh. Kami disediakan 2 orang guide yang berpengalaman iaitu Sigol, 47 tahun dan Sepain, 53 tahun yang kedua-duanya berbangsa Kadazandusun.

Sebelum memulakan perjalanan, kami melakukan sedikit senaman ringan (streaching) serta memanjatkan doa kepada Ilahi agar pendakian kami nanti dipermudahkan olehNYA. Pendakian kami bermula pada jam 8.30 pagi. Langkah terus diatur, riak wajah rakan2 yang lain mencerminkan kegembiraan meneruskan perjalananan serta seolah-olah sudah bersedia menempuh cabaran yang bakal menanti dihadapan. Untuk sampai ke Laban Rata, pendaki akan menempuh sebanyak 5 shelter (pondok) berehat yang mempunyai nama2 tertentu iaitu Kandis (1,981.7m) Ubah (2,081.4m) Lowii (2,515m) Mempening (2,702m), Villosa (2,690m) dan terakhir Paka (3,080m).

Trek perjalanan masih tidak berubah sejak 10 tahun yang lalu semasa akau menjejaki ke sini. Namun baru 30 minit perjalanan, wajah rakan2 yang lain dah menunjukkan kepenatan. Masing2 meringai yang tidak keruan. Trek perjalanan seperti tidak bertimbang rasa, perjalanan kami terus menerus mendongak ke atas. Adakalanya kami terpaksa melalui trek yang kecondongannya sehingga 45 darjah. Dengusan nafas semakin kencang. Peluh mulai memecah mengalir disetiap liang roma. Namun setiap peserta telah membulatkan tekad, semangat jati diri harus direalisasikan. Segala cabaran dan rintangan harus ditempuhi walau apapun yang mendatang. Puncak Kinabalu terus mengamit kami.

5 Kilometer terakhir untuk sampai di Laban Rata, langkah perjalanan kami semakin perlahan. Pokok2 sudah mula 'membonsai' menandakan udara di paras ini semakin menipis. Dalam keadaan keletihan, akhirnya kami sampai juga di Laban Rata tepat jam 4.20 minit selepas mendaki sejauh 6 kilometer dengan mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Kelihatan telah ramai peserta2 lain yang telah pun sampai awal. Walaupun dalam keadaan lesu serta otot2 kaki yang menegang, hati kami sedikit terubat bila melihat suasana flora dan panorama yang cukup mendamaikan. Kali ini kami betul2 berada di paras awan dan sesekali bila awan datang menyapa, begitu terasa kedinginannya.

Laban Rata (3,272.8m) merupakan tempat dimana semua pendaki mesti bermalam di sini sebelum meneruskan pendakian pada keesokan harinya. Di sini disediakan beberapa tempat penginapan untuk peserta bermalam iaitu Laban Rata Resthouse, Gunting Lagadan Hut, Waras Hut, Burlington Hut, Panar Laban Hut dan yang paling tinggi sekali ialah Sayat-sayat Hut namun ianya telah ditutup atas faktor keselamatan. Di sini kami diberi penginapan di Gunting Lagadan. Kemudahan yang disediakan ialah 4 orang sebilik, tempat memasak, tandas, bilik mandi siap dengan alat pemanas air (hanya boleh digunakan bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam sahaja). Kami semua disediakan makan malam di Laban Rata Resthouse dan selepas makan tiada aktivi lain yang boleh kami lakukan hanyalah berehat untuk menghilangkan penat pendakian siang tadi.

Suhu diluar semakin sejuk menambahkan lagi kelesuan dan kami semua mengambil keputusan tidur awal supaya dapat bangun seawal jam 2.00 pagi nanti. Kami semua tidur lengkap dengan berbaju tebal. Cabaran fasa pertama telah kami harungi dan esok rintangan fasa kedua pasti lebih mencabar. Suasana di Gunting Lagadan Hut terus sepi dan semua peserta terus lena bersama keletihan pendakian siang tadi.

bergambar sebelum memulakan perjalanan

Pondok Tempohon tempat permulaan pendakian

Para porter mampu mengangkat barang2 yg diupah sehingga berpuluh2 kilo beratnya.

Para pendaki Jepun yg turut sama semasa pendakian yang paling tua berumur 75 tahun

Antara trek berbatu batan yang harus ditempuh oleh pendaki

Laban Rata Resthouse tempat semua pendaki berhenti rehat untuk bermalam

Antara sudut padangan yang sempat dirakam

Sudut padangan dari Gunting Lagadan, kelihatan kepulan awan berada di bawah

15 Februari 2009 (Ahad)

Jam 1.30 pagi suasana sepi di Gunting Lagadan kembali riuh di mana semua para peserta telah bangun awal untuk bersiap memulakan pendakian. Masing2 semua memperlengkapkan diri dengan baju tebal, penutup muka, sarung tangan dan lampu suluh. Kumpulan kami merupakan yang pertama memulakan perjalanan tepat pada jam 2.30 pagi. Cuaca ketika ini amat baik sekali dan memudahkan lagi pergerakan kami walaupun sesekali rasa kedinginan seolah2 dapat menembusi pakaian tebal kami. Langkah terus diatur bersama lampu suluh yang melekap di kepala.

Pendakian kali ini mulai terasa cabarannya kerana kami terpaksa memanjat tangga2 kayu yang agak curam serta terpaksa berpaut pada tali yang disediakan bagi laluan2 yang bercerun. Suasana keliling tidak berapa kami hiraukan walaupun hakikat sebenarnya kami sedang melalui dilereng2 batu yang curam. 1 Jam setengah perjalanan akhirnya kami sampai di Sayat-sayat Hut iaitu tempat di mana semua pendaki mesti melaporkan diri dengan menunjukan kad pengenalan diri yang dibekalkan bagi tujuannya pengesahan sijil pendakian nanti. Jarak perjalanan dari tempat penginapan ke Sayat-sayat lebih kurang 1 kilometer.


Selepas melaporkan diri, kami meneruskan lagi baki perjalanan iaitu kira2 sejauh 1.5 kilometer lagi untuk sampai ke puncak. Kalau diukur jarak ketinggian puncak Kinabalu dari dari Laban Rata hanyalah 800 meter sahaja namun jarak perjalanannya adalah sejauh 2.5 kilometer dan memakan masa hampir 3 jam setengah. 1 Kilometer terakhir pendakian kami benar2 diuji dengan kederat yang semakin lemah. Hayunan langkah semakin perlahan. Beberapa kumpulan pendaki lain sudah mula berlumba2 memotong kami.

Jam 4.30 Pagi, bacaan suhu di jam tangan menunjukan ketika ini ialah 10 darjah celcius. Badan kami yang tadi berpeluh kini sedikit demi sedikit mengalami kesejukan. Beberapa rakan kami mula terasa mual dan mengantuk yang teramat sangat akibat faktor altitud atau lebih dikenali 'mabuk akut gunung' atau AMS (acute mountain sickness). Mereka yang terkena simptom ini dinasihat berehat seketika untuk menstabilkan dirinya akibat kekurangan oksigen yang semakin menipis selain daripada faktor ketahanan fizikal.

Jam 5.30 pagi kelihatan fajar dari sebelah timur mula mencuri-curi keluar dari celah awan. Dalam keadaan yang lemah kami semua gagahi juga melangkah pada 500 meter terakhir walaupun terpaksa merangkak untuk ke puncak. Tepat 6.30 pagi akhirnya kami semua dapat berdiri megah berada dipuncak Kinabalu dengan ketinggian 4,095.2 meter. Rasa kepuasan terpancar pada wajah masing2 setelah misi untuk menawan Kinabalu akhirnya berpijak pada yang nyata. Walaupun kekurangan kederat namun berkat semangat dan kesabaran akhirnya Puncak Warisan Dunia itu dapat jua ku gapai. Kami mengambil kesempatan mengabdikan seberapa banyak potrat sebelum turun pulang dengan seribu kepuasan yang tidak terungkap dengan kata2.


Suasana fajar menyinsing mencuri2 keluar dari puncak Gunung Kinabalu.

Dalam suasana gelap, pendaki harus bergantung pada tali sebagai panduan

Berehat seketika akibat mengalami 'akut gunug'

Sudut fotografi paling popular untuk pendaki

Senyuman kepuasan setelah mencapai matlamat

Keadaan bersesak2 dipuncak yang sempit



Antara gambar menarik, seorang guide membantu pendaki menggunakan tali

Southpeak antara puncak yang paling popular para pendaki mengabdikan foto disini

Bergambar kenangan di Airport sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur.

BERITA GEMPAR..!! KENAPA AHMAD SAID BERTINDAK PANTAS??

Kali ini kisah SPRM rupanya kini semakin hebat terutama melibatkan Ketua Pesuruhjayanya. Kisah SPRM ini kini lebih hebat dari liputan politik Perak. Tindakan pantas sepantas kilat yang diabuat oleh SPRM kali ini agak terlalu luar biasa sehingga ianya menjadi fokus utama rakyat sehinggalah terbongkar satu kisah yang mengemparkan melibatkan anak Ketua Pesuruhjaya SPRM itu. Berita paling sensasi ini telah diterima oleh pahangdailyonline melalui emailnya. Adakah berita ini suatu FITNAH? terpulanglah kepada persepsi anda sendiri.

Sabtu, 21 Februari 2009

SPRM.........WALHASIL BALIK ASAL ..!!

Pada 29 Mac tahun lalu, International Herald Tribune melaporkan Naib Ketua Pemuda Umno yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin menyatakan Abdullah telah memutuskan selepas Pilihanraya Umum 2004 bahawa kerajaan tidak akan mengorek kisah-kisah lampau mengenai rasuah "tetapi memandang ke hadapan".
Justeru beberapa kes terkini terutama melibat politik Pakatan Rakyat diambil tindakan cepat oleh SPRM. Contoh melibatkan 2 Adun PR Perak yang kini agak lega sedikit selepas 'main lompat2' dan terus dibela oleh Barisan Nasional. Dalam masa terdekat, 2 Adun itu MUSTAHIL dikena tindakan mahkamah walaupun kes mereka kini dalam proses pendakwaan kerana ianya akan menjejaskan pemerintahan kerajaan baru Perak yang kini seperti terkena sumpahan 'Sangkelembai'.
Tindakan cepat SPRM yang terbaru ialah melibat MB Selangor dan pengakuan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan MB Selangor itu ada bukti kukuh di sini walaupun belum didakwa dimahkamah. Apakah wajar sebagai sebuah suruhanjaya bebas beliau membuat kenyataan seperti itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM itu seolah-olah MB Selangor itu telah pun melakukan kesalahan di sini. Walau gaimanapun, tindakan cepat ini bertepatan seperti mana kenyataan Pak Lah, SPRM tidak memandang kebelakang tetapi "terus memandang kehadapan". Maknanya segala kes2 yang berlaku era hari ini jika terbukti, akan diambil tindakan sepantas yang boleh walaupun ianya melibatkan pemimpin2 dalam BN. Syabas Pak Lah dan SPRM di atas ketegasan itu.
Namun bagaimana kes2 berprofail tinggi yang melibatkan pemimpin UMNO sebelum ini? Umumnya rakyat negara ini sudah mengetahuinya kes2 berprofail tinggi yang melibatkan pemimpin2 UMNO telah diadukan di BPR, ada yang memakan masa sehingga puluhan tahun sehingga kini masih lagi tidak didakwa walaupun ada bukti kukuh untuk di bawa ke muka pengadilan. Contohnya banyak berita2 rasuah 2005 yang dilaporkan di sini masih lagi tidak disiasat. Adakah ianya akan terus diperam oleh SPRM. Rakyat berharap wajah baru SPRM hari ini lebih 'berintergriti' dan jangan hanya berubah wajah tetapi tidak kepada perlakuannya. Walhasil balik asal.....

Rabu, 18 Februari 2009

'HUJAH'.. AMBIL PELUANG HENTAM ORANG LAIN

Fuh... aku baru aje balik dari mendaki Gunung Kinabalu, dan aku bergegas dari airport secepat yang boleh dan sampai di rumah lebih kurang jam 9.30 malam terus je 'booking' siaran TV9 untuk melihat panglima UMNO berhujah dalam Siaran HUJAH. Malam ini rasanya kesemua para perwakilan Pemuda UMNO seluruh Malaysia mesti tonton dan yang paling pentingnya menilai kewibawaan peneraju kepimpinan Pemuda UMNO yang harus mereka caturi.
Hujah kali ini agak menarik dan pengerusinya, Prof. Agus bijak memainkan peranannya dengan mengajukan beberapa persoalan menarik yang harus dikupas oleh ketiga2 calon peneraju kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Beberapa persoalan yang menarik antaranya ialah soal ekonomi masyarakat Melayu, ISA, soal kelemahan kepimpinan UMNO sekarang, penggunaan bahasa Inggeris, ketuanan Melayu, kontrak sosial dan beberapa lagi.
Namun program hujah kali ini yang ditunggu2 oleh semua para perwakilan tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia keseluruhannya terasa seperti sebuah program untuk UMNO syok sendiri. Contoh Dato Khir Toyo dilihat cuba hendak mencari kesalahan dan kelemahan kepimpinan yang ada sekarang sebagai punca kekalahan teruk UMNO yang akhirnya kepimpinanya dihukum oleh pengundi di Selangor sendiri. Hujahnya agak lemah dan sentiasa bercakap perkara yang berulang2 yang berbalik kepada kelemahan UMNO sendiri sebagai parti tunjang yang telah memerintah negara bukan sepuluh malah sudah pernah meraikan ulangtahun penubuhannya.
Manakala Dato Mukhriz pula mengemukakan hujah yang terlalu lemah dan kerap mengambil kesempatan menghentam pihak pembangkang yang sepatutnya tidak dibawa heret bersama dalam hujah mereka. Program ini seperti UMNO syok sendiri, apabila Dato Mukhriz menempelak Dato' Seri Anwar serta mendapat tepukan gemuruh dari ahli2 UMNO sendiri. Mereka bertepuk untuk siapa? Mukhriz berhujah dengan siapa? Menghentam musuh yang tidak ada seperti berperang dengan bayang2 sendiri. Mukhriz sepatutnya masuk dalam program 'debat' seperti yang dilakukan oleh Dato Syabery Chik. Itu lagi afdal.
Sepatutnya kedua-dua tokoh ini haruslah berhujah dengan fakta serta memberikan idea2 yang boleh memberi impak kepada UMNO dan kewibawaan diri sendiri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Berbeza pula dengan MP Rembau, YB Khairy Jalamaludin yang dilihat memiliki gaya seorang pemidato. Beliau lebih banyak memberi idea2 serta cadangan kepada sesuatu yang lebih baik untuk Pertubuhan UMNO contoh seperti cara untuk mengembalikan kepercayaan generasi baru kepada UMNO. Hujah2nya lebih bermaklumat dan berfakta serta cuba untuk tidak mencari kesalahan orang lain. Cara beliau berhujah lebih kepada Ilmiah serta mencari titik penyelesaian seperti contoh isu penggunaan ISA dengan mengaitkan hubungan kerjasama dengan pihak PAS. Beliau dilihat lebih mesra politik walaupun adakalanya agak keras bila berhadapan dengan musuh sewaktu berkempen PRU atau PRK.
Rasanya program Hujah malam tadi lebih kepada program UMNO yang lebih menjurus kepada mencari kewibawaan bakal peneraju kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Bagi para pemerhati, YB KJ memilki ciri2 kepimpinan yang UMNO cari selama ini. Walaupun beliau dilihat banyak menerima kritikan dari kalangan pemimpin2 UMNO sendiri yang menuduh beliau sebagai peranan utama perjalanan politik Pak Lah, namun rasanya UMNO akan rugi jika kewibawaan dan kempimpinan KJ dicicirkan begitu sahaja.

Isnin, 16 Februari 2009

KINABALU MENGAMIT LAGI...!! (2)

Taklimat program oleh kakitangan Kinabalu Park pada jam 7.00 malam

Senyuman Marlyna menyambut kedatangan kami

Bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu di Nabalu.

Bergambar dihadapan Lodge sebelum bertolak ke Kinabalu Park

13 Februari 2009 (Jumaat)

Hari kedua setelah melepaskan penat perjalanan, kami chekout dari tempat penginapan pada jam 10.00 pagi untuk terus ke Kinabalu Park dengan menaiki sebuah van dengan tambang RM150.00 iaitu RM15.oo seorang. Perjalanan ke sana dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan, kami berhenti rehat sebentar di Nabalu untuk melihat gerai2 cenderamata dan yang paling menariknya ialah dapat melihat panorama indah Gunung Kinabalu terbentang di depan mata. Masing2 seperti tidak sabar mengabdikan seberapa banyak gambar dalam kamera digital masing2 walaupun kadangkalanya terpaksa bersabar menunggu kerana gangguan awan yang meliputi sebahagian puncak Kinabalu. Sampai di Kinabalu Park lebih kurang jam 1.00 petang dan selepas membuat pendaftaran, kami semua ditempatkan di Grace Hostel dan disambut senyuman mesra oleh Marlyna seorang kakitangan yang bertugas di Hostel tersebut. Aktiviti sebelah petang pula kami mengambil peluang ke Pekan Kundasang untuk membeli lain2 barang keperluan seperti makanan untuk perjalanan mendaki esok sebelum diberi taklimat pada sebelah malamnya. Malam itu suhu agak sejuk dan selepas menikmati makan malam di Balsam Cafe kami semua terus tidur awal.

Khamis, 12 Februari 2009

KINABALU MENGAMIT LAGI...!! (1)

12 Februari 2009

Setelah beberapa jam kami semua berada di LCCT untuk menunggu masa penerbangan, aktiviti yang sesuai ketika itu ialah melelapkan mata seketika. Kami berkongsi tempat dengan ramai penumpang 2 lain yang ke hendak destinasi masing terutamaya dari Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Selepas menyelesaikan solat subuh di situ, penerbangan kami jam 6.50 pagi terus membawa kami ke Kota Kinabalu dan sampai pada jam 9.30 pagi. Penerbangan yang mengambil masa 2 jam setengah itu sedikit mengalami gangguan cuaca yang tidak berapa baik menyebabkan pesawat yang kami naiki mengalami gegagaran selama 10 minit.
Tiba di Kota Kinabalu terus checkin di Borneo Gaya Lodge pada jam 11.20 pagi. Di sini ada kemudahan internet yang disediakan. Apa lagi..... terus je booking dan jari jemari ini terus memainkan peranannya menekan satu persatu butang keyboard... dan inilah catatan hari pertama ku di Kota Kinabalu ini. Dapat baca blog kekewan, badan yang letih terus je menjadi segar. Hari ini aktiviti ku disini hanya bersiar-siar dan esok kami akan berangkat pula ke Kinabalu Park.

Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 9.30 pagi.

Menunggu masa penerbangan di LCCT sebelum berlepas pada jam 6.50 pagi.

Tempat melepaskan penat di Borneo Gaya Lodge.

Kulat: Insyaallah, jika berkesempatan aku akan mencatat lagi. itu pun bergantung kepada kemudahan internet yang ada dipersekitaran. Yeeooossss....!!!

Rabu, 11 Februari 2009

KINABALU MENGAMIT LAGI..!!

Rasanya tak sabar lagi untuk aku menjejakan kaki di puncak Kinabalu. Saban hari aku menghayal berada dipuncak "Warisan Dunia" ini. Aku harap segala perancangan yang telah diaturkan oleh rakan-rakan ku akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pendakian ku kali ini adalah yang ketiga buat diriku namun begitu aktiviti kegemaranku ini telah terhenti hampir 10 tahun yang lalu.
Walau bagaimana pun, aku sentiasa berdoa semoga ianya tidak akan memberi sebarang masalah untuk aku mencapai matlamat tersebut.

Insyaallah, aku bersama dengan sembilan lagi rakan2ku dijangka akan bertolak ke Kota Kinabalu dari LCCT pada 12 Februari (Khamis) ini dan kami akan menaiki pesawat Air Asia yang telah ditempah sejak enam bulan yang lalu. Penerbangan kami dijadualkan berangkat pada jam 6.30 pagi. Ini bermakna aku mesti berada di LCCT lebih awal supaya perjalanan kami tidak menghadapi sebarang masalah. Kumpulan kami dijangka akan berada dipuncak pada 15 Februari dalam masa sekitar 5.00 pagi ke 6.30 pagi.

Semoga pemergian aku kali ini dapat melupakan seketika hiruk-pikuk terutama fenomena politik yang melanda negara ketika ini. Kepada rakan2 blogger semua, hubungan cyber ini mungkin terhenti buat seketika dan insyaallah kita akan berhubung kembali pada minggu hadapan.

Selasa, 10 Februari 2009

Karpal Bakal Dibenamkan..??

Pendirian Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang menggesa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti daripada terus menerajui Pakatan Rakyat dilihat tidak mendapat sebarang sokongan daripada pemimpin ikatan pembangkang itu. Malah Karpal juga dilihat 'keseorangan' dalam menyatakan pendiriannya itu kerana pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari DAP sendiri menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya dengan kenyataannya itu.
Karpal turut mengkritik Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kerana mendakwa bersekongkol dengan tindakan Anwar isu 'lompat parti'. Selepas membuat kenyataan 'istimewa'nya di kaca TV pada 8 Februari lalu, sehingga kini peguam veteran itu langsung tidak mendapat sokongan dari pimpinan Pakatan Rakyat mahupun pemimpin partinya sendiri. Ianya dlihat seperti ada usaha untuk mengasingkan Karpal dalam Pakatan Rakyat. Ini mungkin disebabkan tindakan Karpal yang terlalu berpandangan radikal serta tidak dipersetujui oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.
Kulat: Kelantangan Karpal untuk cuba menjadi jaguhan dikalangan pemimpin dalam Pakatan Rakyat akhirnya tidak menjadi dan memakan dirinya sendiri. Beliau bukan sahaja dikecam oleh sebilangan besar rakyat Perak yang menyokong tindakan Sultan malah tidak mendapat respon dari partinya sendiri. Mungkin usaha ini merupakan salah satu jalan untuk DAP mengasingkan beliau yang suatu hari nanti boleh menjadi punca keretakan hubungan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Isnin, 9 Februari 2009

'DIA' Harus Mengikut Undang2 Bukan Langgar Undang2

Laporan Berita TV3 - 8 Februari 2009

Karpal mendakwa Sultan telah bertindak melampaui perlembagaan negeri bersabit perlucutan Mantan Menteri Besar Perak lalu baginya menyaman Sultan 'tidak salah' baginya dari segi undang-undang.


Kenyataan Karpal - "Sultan Perak adalah satu Raja dan dia harus Mengikut Undang-undang bukan Melanggar Undang-undang. Jangan langgar perlembagaan Perak. Oleh kerana Perlembagaan Perak adalah undang-undang yang ada memberi kepada dia (Sultan) satu status (kuasa) Raja di sana"

KULAT: Senario politik Perak membuka satu lembaran baru yang tidak akan terluput dari lipatan sejarah negara. Kini ianya seolah-olah mengulangi kembali sejarah lama yang hampir serupa pada tahun 1974 disini. Hari ini, Isu derhaka dan melanggar Undang2 Tubuh Negeri Perak di timbulkan oleh beberapa pihak bagi membela Sultan Perak untuk meneruskan kesinambungan simbol kekuasaan orang Melayu. Kenyataan Karpal yang dianggap biadap mempersoalkan kuasa Sultan menjadi isu utama di Perak sekarang. Sehingga hari ini telah berpuluh2 laporan polis dibuat terhadap peguam veteran itu berkaitan dengan isu nya untuk menyaman sultan Perak. Namun kalau kita lihat maksud yang tersirat kenyataan beliau itu iaitu "UNDANG2 YANG ADA MEMBERI KEPADA DIA (SULTAN) SATU STATUS (KUASA) RAJA DI SANA" iaitu mempunyai maksud yang mendalam dan dalam erti kata siapa sebenarnya terlebih dahulu yang melanggar Undang2 Tubuh Negeri Perak? Aku tak berani nak ulas panjang nanti takut dicop 'Penderhaka' . Wallahua'alam.

MEDIA PENJUAK SEPERTI MENDAPAT 'SEMANGAT' BARU







Senario politik Perak yang mengemparkan negara mencatatkan satu lagi sejarah hitam politik negara. Fenomena berarak, berhimpun atau nama lain yang sedap ditulis oleh pihak-pihak media ialah 'demontrasi'. Perhimpunan yang dikatakan agresif ala 10 tahun yang lalu kembali merwarnai negara terutama di Perak. Para media terutama penjuak UMNO kali ini seperti mendapat semangat baru apabila saban hari politik Perak disiarkan berulang-ulang kali. Paling menarik ialah Pak Karpal yang sebelum ini dihentam hebat oleh media kali ini mendapat liputan 'istimewa' yang agak lama (6 minit 33 saat) oleh TV3 semasa mengadakan sidang medianya (menghentam DSAI & pemimpin utama DAP) berkaitan tindakan Sultan Perak memecat MB dari kalangan Pakatan Rakyat.

Perkataan DERHAKA dan tidak TAAT SETIA kepada Raja menjadi ramuan utama pihak media. Sejak dari peristiwa pemecatan Mohd Nizar, angkat sumpah Dr. Zambry, demontrasi di Masjid Ubaidiah dan isu saman Karpal kepada Sultan, pihak media terutama media penjuak berulang-ulang menyiarkannya setiap masa seperti memprovok rakyat diluar sana turut sama menghentam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang dianggap tidak Setia pada Sultan dan Derhaka. Kepada pengarang-pengarang media penjuak UMNO/BN yang sebelum ini agak lesu berita mereka kali ini seolah-olah mendapat semula tenaga baru dan mungkin inilah peluang terbaik mereka untuk membalas dendam menghentam kepimpinan Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim.

Jumaat, 6 Februari 2009

Segala Peralatan JKR Melaka Termasuk Kereta 'DISITA'

Kenderaan pacuan tiga roda ini juga turut disita??

Pelbagai jenis peralatan pejabat dan kenderaan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka telah disita di sini apabila gagal menjelaskan arahan pembayaran oleh Mahkamah Tinggi berjumlah RM4.5 juta kepada sebuah firma. Firma terbabit Tropical Profile (M) Sdn. Bhd. telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi di sini pada 2004 untuk mendapatkan pembayaran yang gagal dilunaskan oleh JKR negeri setelah siap projek lebuh raya yang menghubungkan Durian Tunggal dan Sungai Udang tahun 2003. Namun, JKR Melaka di sebalik penghakiman tersebut gagal mengambil langkah sewajarnya untuk melunaskan jumlah yang ditetapkan mahkamah dengan alasan perintah tersebut tidak sah. Sehubungan itu, JKR Melaka hari ini menerima writ rampasan dari Mahkamah Tinggi dan seterusnya menyita semua peralatan pejabat dan beberapa kenderaan yang dirampas terdiri daripada van, kereta, kenderaan pacuan empat roda, lori dan traktor.

KULAT: Nampaknya hari ini merupakan 'hari istimewa' bagi semua kakitangan JKR Melaka kerana mereka pergi kerja hari ini dengan berehat-rehat sambil minum di warung-warung dan buatlah apa yang patut apabila pejabat mereka ditutup hari ini. Manakala semua kenderaannya pula daripada lori hinggalah ke traktor tidak boleh dibawa keluar dan semua pekerjanya hari ini dibayar gaji rehat.

Khamis, 5 Februari 2009

MB PERAK Yang Baru Bertakhta Hasil Pengundi PR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru setelah di perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Senario ini tidak banyak bezanya dan keadaan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak ketika ini hampir sama situasinya sewaktu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan kerana kelebihan majoriti yang kecil.
Namun begitu, Kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk adalah sah dan mutlak dari pilihan rakyat Perak sendiri apabila mereka memperoleh 31 kerusi pada PRU13 yang lalu. Justeru MB Perak yang ke 10 adalah hasil pilihan rakyat Perak sendiri setelah diperkenankan oleh Sultan. Berbeza dengan MB baru Perak yang ke 11 ini dilantik berdasarkan teknikal error yang berlaku pada pihak Pakatan Rakyat tetapi bukan dari hasil pilihan rakyat Perak tetapi hanya dari pemimpin UMNO yang berkuasa dalam tampuk persekutuan.

Rabu, 4 Februari 2009

Jamaluddin & Mohd Osman Bakal 'DIBEBASKAN'..??

Cita-cita Jamaluddin dan Mohd Osman untuk menjuak UMNO akhirnya menjadi kenyataan. Masa dan ketika ini andalah menjadi orang penting kepada UMNO.

Dua hari lepas, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas manakala Hee, yang juga Timbalan Speaker, dipercayai telah menyerahkan surat keluar daripada DAP. Kini kedua-dua Adun tersebut bakal menyertai pula UMNO dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib di Putrajaya serta dihadiri sendiri dua Adun yang mendakwa sedang cuti sakit itu. Ekoran daripada itu, kedua-dua Adun PKR itu yang sebelum ini kesnya masih lagi disebut di mahkamah atas kesalahan kes rasuah, selepas ini mereka berdua boleh menarik nafas lega, siapa tahu kemungkinan besar mereka akan dilepas dan dibebaskan daripada terbabit kes tersebut sebagai balasannya menghidupkan semula kerajaan BN di Perak.

KULAT: Kali ini strategi Najib begitu menjadi dengan mengumpan dahulu Adun Bota sebagai pemancingnya. Justeru hasrat kedua-dua Adun yang masih lagi dalam kes mahkamah itu untuk menjadi sebahagian ahli penjuak UMNO akhirnya tercapai jua. Sebagai balasannya.....siapa tahu, mereka mungkin akan dibebaskan. Namun begitu kedua-dua Adun ini perlu ingat, proses pemilihan di Cawangan dan Bahagaian UMNO telahpun berkahir. Jadi kedua-dua Adun ini buat masa ini (sekiranya DUN Perak tidak dibubarkan) menjadi YB tanpa memegang sebarang jawatan dalam UMNO. Sekiranya mereka menyertai UMNO, adakah mana-mana Bahagian dalam UMNO di Perak yang akan simpati kepada mereka berdua untuk memegang jawatan sekurang-kurangnya sebagai Ketua Penerangan? Terpulanglah kepada ahali-ahli UMNO Perak. Seperti mana bekas ahli-ahli S46 dahulu mereka perlu menunggu masa yang lama untuk kembali memegang jawatan dalam UMNO dan ada sesetengahnya terus berkubur bersama nama Semangat 46. Kalau mereka terus kekal jadi ahli Bebas, kemungkinan jangka hayat politiknya di Perak mungkin berkubur lebih awal.

Selasa, 3 Februari 2009

GERAK Jangan Buat "DONO" Isu Tawaran RM50 Juta

Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunus yang kini ghairah berkunjung ke pejabat SPRM diminta jangan lupa atau terlupa atau buat-buat lupa atau buat "DONO" (Dontknow) isu yang dibangkit oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda yang telah membuat akuan bersumpah di Mahkamah Sesyen dan mendakwa pernah dijanjikan RM50 juta oleh seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) hampir setahun lalu. Beliau mendakwa akan memperoleh ganjaran itu sekiranya berjaya menarik sekurang-kurangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti pembangkang di Perak menyertai BN.

Mohd Nazree yang kebelakangan ini dilihat begitu semangat menyerang MB Selangor dengan cuba menelanjangkan beberapa isu disini yang berkaitan dengan amalan RASUAH. Bertepatan dengan nama Gerakan Anti Korupsi (GERAK) iaitu perjuangan utamanya membanteras amalan RASUAH dinegara ini tanpa mengira latar belakang politik. Suatu perjuangan murni yang harus disokong. Justeru beliau diingat jangan terlepas pandang isu RM50 juta yang dibangkitkan itu kerana jumlah yang ditawarkan bukan nilai puluhan ribu malah jumlah sebanyak itu boleh membangunkan beberapa projek pembangunan untuk rakyat.

Walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh, namun kenyataan secara terbuka ini, SPRM berhak menyiasatnya dan sekali lagi juga diingatkan kepada Mohd Nazree jangan buat 'DONO', ayuh..!! berkunjunglah lagi ke pejabat SPRM dengan membawa isu ini untuk disiasat. Bertindaklah dengan segera wahai Pengerusi GERAK Malaysia. Kami semua sedang memerhati GERAK anda.

Ahad, 1 Februari 2009

RAKYAT NEGARA INI GHAIRAH MENYUSUKAN KERA DIHUTAN

Rakyat Malaysia terus melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis dengan menubuhkan beberapa dana kemanusian seperti Dana Kemanusian Palestin (DAKAP) dan Tabung NSTP Untuk Gaza Sehingga semalam, jumlah sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak kepada tabung berkenaan iaitu DAKAP RM772,206.73 manakala Tabung NSTP terus meningkat kepada RM5.6 juta.


Semangat yang ditunjukan rakyat negara ini membolehkan bantuan ini dapat dikutip dengan masa yang begitu singkat. Namun dalam keghairahan ini kita berharap pihak kerajaan atau pertubuhan2 NGO jangan terlepas pandang kepada rakyat sendiri yang masih ada yang memerlukan bantuan seperti ini dan di sini lagi di sini. Itu merupakan hanya segelintir sahaja malah jumlah sebenarnya masih ramai lagi yang menagih bantuan dari rakyat sendiri.

Sebelum ini ada yang terpaksa menunggu lama memerlukan bantuan kewangan untuk merawat penyakit2 kronik keluarga mereka malah ada yang tidak sempat merawat kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi. Apakah bantuan untuk seperti mereka ini boleh didapati dengan sepantas kilat seperti mana bantuan yang diberi untuk rakyat Palestin. Kenapa rakyat kita sendiri yang memerlukan tidak dilakukan sepantas kilat seperti tabung Gaza ini. Macam 'Tukang Sapu' kata kenapo perlu riuh buat tabung untuk mereka (Palestin) di sini. sedangkan rakyat sendiri juga masih ramai yang memerlukan bantuan. Wallahua'alam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN