Jumaat, 1 Mei 2009

Mesir Hapuskan Babi, Melaka Hanya Memantau Aje



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema kepada fasa lima atau kurang setingkat di bawah tahap maksimum. Peningkatan itu menandakan dunia di ambang wabak besar-besaran atau pandemik berikutan wabak selesema babi yang telah meletus di Mexico dan kini mula merebak ke seluruh dunia.
Sementara itu Mesir hari ini merupakan negara pertama mengambil langkah drastik dan mengakui keputusannya untuk membunuh 250,000 ekor babi di sini merupakan langkah kesihatan awam dan bukan tindakan pencegahan wabak selesema babi. Pengakuan itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tidak ada bukti menunjukkan babi menjadi punca selesema tersebut.
Manakala di negara ini iaitu negeri Melaka pula hanya mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau sahaja ternakan yang pernah menjadi isu seketika dulu. Sekiranya ada barulah langkah kedua untuk menghapuskannya akan diambil. Pengerusi J/Kuasa Khas Bertindak Menangani Isu Babi di Melaka, Datuk Gan Tian Loo menasihati rakyat negeri itu 'tidak perlu' bimbang kerana kerajaan telah negeri telah bersedia menanganinya. Walau bagaimanapun ternakan babi di negeri itu tidaklah sebesar mana cuma tinggal 39,000 ekor sahaja setakat ini.
Kulat: Cuba kita bayangkan jumlah babi yang dihapuskan oleh kerajaan Mesir berbanding dengan jumlah ternakan yg ada di Melaka. Kerajaan Mesir sanggup berkorban menghapuskan jumlah babi yang besar yg mungkin mengalami jumlah kerugian yang agak besar berbanding dengan kerajaan negeri Melaka yang hanya berjaga2 dan memantau sahaja. Kerajaan Mesir sanggup menanggung risiko ekonomi ternakan babi walaupun wabak tersebut belum lagi disahkan menular di Mesir. Manakala di Melaka langkah penghapusan dijangka akan dilaksanakan sekiranya rakyat negerinya akan menjadi mangsa dan terkorban oleh selesema babi. Cegah sebelum parah.

6 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro.,

rasanya, 39000 ekor itu memang tidak perlu digusarkan. yang perlu dipeningkan adalah yang "SEEKOR" tu. Yang jadi "Ketua Monyet" atau singkatannya KM tu.

revrie berkata...

Malu saya jadi rakyat Melaka.

Unknown berkata...

Salam sdr. Kulat

Apa nak buat dah makanan kegemaran mereka. Tapi betulkah angka yang diberikan itu?

dino_yp@yahoo.com berkata...

Melaka nak tunggu kerajaan PR (Perosak Rakyat) nak buat tempat ternak BABI terbesar di Negara ISlam.

kulatlapok berkata...

salam
1. Harimau Menaip
2. revrie
3. mountdweller

Mereka semuA PEMIMPIN2 YG BUAT2 tak faham masalah rakyat khususnya bangsa melayu yang dibelenggu isu yang sudah menjadi sama seperti tahi babi.

5. dino_yp.... - Kalau PR yg memerintah Melaka mungkin satu rahmat bagi penduduk2 kawasan Masjid Tanah. Sekurang2nya babi diternak secara sistematik dan tidaklah kotor seperti yg ada sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Cendawan
Bayangkan ada seorang penduduk di situ yang membesar sehingga sekarang bersama dengan besar nya jumlah ternakan babi disitu.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN