Rabu, 3 Jun 2009

Mari Kita Tengok, SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL


"SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN" biasanya ditulis dipapan tanda projek-projek dibawah pemerintahan kerajaan BN tak kira samada projek kecil mahupun projek mega. Papan-papan tanda tersebut adalah untuk menunjukkan hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang berkemampuan memberikan pembangunan kepada rakyat.
Namun dalam perlaksanaan projek, kejujuran memainkan peranan ke arah sesuatu kejayaan untuk mecapai matlamat yang sebenarnya. Tanpa kejujuran dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab akhirnya duit rakyat bernilai RM292 juta untuk sebuah pembangunan projek mega akhirnya runtuh di Gong Badak yang mengakibatkan kemusnahannya 50 peratus daripada strukturnya musnah. Amat memalukan negara, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.
Sementara itu, kerajaan negeri pula akan melantik perunding bebas yang benar-benar berkemampuan dan mendapatkan maklumat dari Jabatan Kerja Raya bagi mengenalpasti punca kejadian yang mana kerugian dianggar RM25 juta. Kerajaan negeri dijangka terpaksa pula menambah kos untuk perunding bebas dari luar negara. Begitulah kaedahnya duit rakyat dibelanjakan hasil dari 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Apa lagi SPRM tunggu..??

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku nasihatkan BN lain kali jangan buat projek! , makan gaji buta macam PAS Kelantan. tak akan ada rasuah, tak ada orang kutuk, Katakan kita membangun bersama ISLAM. Pagi pergi pejabat, petamg balik rumah, malam ceramah.

kulatlapok berkata...

salam Tanpa Nama 23:15

MUNGKIN ITU LEBIH BAIK DARI DIA MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT.

AKU TAHU, KO SAPA, WALAU KO DATANG TANPA NAMA, TAPI AKU TETAP PUBLISHKAN, BIAR BLOGGER LAIN MENILAIKAN.

KULAT MEMNAG SENANG SEKALI KO MENITIP KE SINI. TERIMA KASIH

Aku Ada Nama berkata...

untuk yg tak ada nama 23:15

Ko sapa nak nasihatkan BN jangan buat projek?? Habis tu camne nak masyukkkkkk kalau tak buat projek??
YB BN nanti tak kaya lah camnie??
Tak bestlah Bro..nanti aku jugak yg tak dapat cari makan... itupun dapat kontrak buat longkang je YB suruh aku buat papan tanda "PROJEK BARISAN NASIONAL" padahal longkang pun adalah sekangkang kera.

Dapat projek pun,itupun kena bagi 3, bagi YB sikit, JKKK pun menadah, konratktor makan simen je.. hiks, hiks kesian aku...

kulatlapok berkata...

salam Aku ADa Nama

Persolannya kita mestilah amanah dan jujur bila dah dapat projek tu, baru berniaga ada berkat.

Itu JKKK pun ada masyukkk juga kah??

Pengerusi JKKKKKKKK berkata...

ohhhh patutlah kat kg aku jawatan JKKK sampai nak bertumbuk nak rebut jawatan tu, rupanya ada masyuukkkkkkkkk bila buat 'PROJEK BARISAN NASIONAL" ni. itu macam tahun depan akupun nak ampu YB minta jawatan pegawai ekskutif kampung tu. Patut sesetengah JKKK tu aku tengok bukan main mewah lagi, dapat projek rupanya. mmmmmmm........ ntahlah anak2.

Aku Budak BN berkata...

woii.Kulat, patut dengan nama ko memang dah berkulat tak mengikut peredaran zaman. Biarpun BN nyatakan itu projek dia, apa masalahnya??

Yang pastinya BN telah banyak membuat perubahan dan pembangunan dalam negara ini. Cuba ko lihat kerajaan Kelantan?? Apa yg mereka boleh buat?? Sepuluh tahun baru satu atau dua je projek pembangunan yg ada.

Itu pasal Kelantan tak maju, rakyatnya keluar berpusu-pusu,
pas tu nak dengki dengan BN yg dah maju,
Korang dari Pakatan Rakyat apa yg ko mahu??
Pembangunan dibawah kerajaan PR dah berkulat ko tak malu??
Kerajaan BN dah pun boleh jalan dulu.... BYEEE!!!!!!

kulatlapok berkata...

salam Aku Budak BN

Aku bukanlah menolak pembangunan, tapi yg pastinya seperti yg aku postkan mereka yg telah diberi amanah dan tanggungjawab maksudnya mestilah jujur dalam membelanjakan duit rakyat. Tu duit aku bayar cukai tahun lepas tupun ada masuk sekali kat sana.

Tanpa Nama berkata...

kat kampung aku, ada mereka yg dapat buat projek JKKK iaitu buat pagar kubur ade lah dalam 50 meter je pun kena pacak papan tanda pas tu tulis 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL' peh punyalah dasyatnya projek itu.

AkuLaParpuKari berkata...

PR pun sama jaa...kui kui kui...hampa cam muka aku elok2 noO.
Hampa tgk aku ada macam melayu ka macam mamak tongkang...ada org kata aku mcm keling karam.
badan aku gemuk macam babi pasaitu aku suka dok mencarut..hehe

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN