Ahad, 26 April 2009

Dari Burung Menular Pula Ke Babi

GAMBAR virus H1N1 selesema babi.
Selepas virus 'selsema burung', kini penyakit tersebut telah menular pula kepada speisis lain yang baru dikesan sebagai sejenis virus 'selesema babi' yang disahkan membunuh berpuluh penduduk Mexico di sini. Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California.

Memang patutlah kenapa Islam meletakkan hukum Anjing dan Babi itu dikategorikan najis 'mughallazah' iaitu antara najis yang paling berat sekali dalam hukum fekah. Walaupun ada nas mengatakan hanya haram memakan dagingnnya tetapi diketahui tidak ada nas menyatakan pula secara jelas hukum menyentuhnya. Namun kenapa Islam mengkategorikan 'najis berat' dua jenis makhluk ciptaan Alah ini memang ada asasnya.
Kulat: Bila cerita bab2 babi ni.. teringat kembali demontrasi babi oleh penduduk2 di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka di sini . Itulah sebab agaknya kenapa mereka beria-ia untuk menghapuskan ternakan babi di kawasan mereka setelah virus JE menyerang penduduk di sebuah kampung di Port Dickson suatu ketika dahulu. Justeru kebimbangan mereka dengan mengadakan demontrasi dahulu mungkin akan diambil kira oleh kerajaan negeri Melaka dan juga cadangan kerajaan PKR Selangor akan kesan virus dari babi ini. Cegah sebelum parah. Wallahuaalam.

9 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro.,

Gua minta kebenaran petik isi lu sikit. Takut gak wa dengar.

kulatlapok berkata...

salam Bro Harimau Menaip..

No hal..!!lagi bagus kalau diviruskan kepada semua blogger untuk peringatan. Virus ni lagi bahaya dari burung punya selsema, pasal dengar kata kajian pak pandir, burung bersin sikit je keluarnya. Bayangkan kalau babi tu bersin alamak.. dahlah hidung dia Allah ciptakan macam tu.. macam peluru nanti di pergi..

Baba berkata...

salam Bro:

Kawan aku bangsa tiongha masa minum petang dengan dia tadi dah declare dia dah lama tak makan babi sejak JE dulu. Dia kata dia takuttt matiii. kata dia babi ni memang pengotor walau duduk dalam kandang..hantam ajelah labu.!!

Sangkelembit berkata...

masa aku kerja survey dulu masuk dalam hutan pas tu masa kerja termasuk dalam kubang babi.. pehhh 'ANU' aku habihh gatal2 kena TUNGAU BABI.. bagai nak rak aku mengarunya..

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Allah swt telah awal2 lagi mengingatkan kita dan menjatuhkan hukuman haram kepada babi.....tetapi kita masih berdegil dan angkuh. Dulu bila diserang JE kita kelam kabut sekejap, apabila berjaya mengatasinya kita sombong dan bongkak semula.

Kini bila virus H1N1 mulakan serangan, barulah terkapai-kapai mencari mana silapnya dan manakah penawarnya. Silapnya - kerana kita lawan hukum dan ketentuan Allah swt dan penawarnya - kembalilah ke jalan-Nya.

Ya Allah, jauhilah malapetaka ini dari menyerang dan memusnahkan kami di Malaysia tercinta ini. Amin.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

..kesian babi ...ketika sihat orang panggil kau khinzir....dah bawak penyakit orang sumpah kau...BABI..!!!!!

sumandak bayu berkata...

salam bro,

lama dah tak berkunjung di blog cendawan... macam biasa artikel bro bagitu mantap ngan info2 terkini.. mohon izin untuk Sumandak copy n paste ye.. sebab penyakit babi ni memang tak pandai selesai... satu je yang dapat selesaikannya kita tutup je la ladang babi tapi nanti TERESA dan Guan ENG marah la pula... cakap g tak demokrasi punya NEGARA....

Skang penyakit selesema babi dah semakin menular kat Amerika dan Eropah... kita doakan tak la mereba ke Asia Tenggara...nauzubillah

kulatlapok berkata...

salam blogger semua:

1. Baba: Aku dah biasa dengar Memang ada aangsa tiongha yg tak makan khinzir.

2. Sangkelembit: Pehh biasanya kena letakkan minyak tanah baru hilang ungau tu.. tapi jangan sapu banyak nanti kembang benda alah tu..

3. Mohd Rizal...: Peringatan Allah hanya untuk mereka yg benar2 bertakqwa kepadanya insyaalaah akan selamat dunia dan akhirat.

4. Tanpa nama 14:42: Tidak ada dua makna yg berbeza antara khinzir dan babi. Namanya aje kalau sedap didewngar tapi tak merubahkan apa2.Tak sama nama tapi serupa.

5. Tuan sumandak: Sayapun dah lama juga tak menziarah blog tuan. Terima kasih menitip ke sini, wa tak kisah kalu nak ambil apa2 dari post cendawan Malaya. Selamat berdikusi lagi.

samdol berkata...

Ali Rustam dan Khalid Ibrahim dah boleh seatdown bincang pasal babi ni. Ali Rustam kena bincang hapuskan babi manakala Khalid pula kena bincang batalkan hasrat buat kilang babi. kalau nak kira politik, dua2 pemimpin ni pun sama 2x5.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN