Ahad, 5 April 2009

ADAB ARTIS BERPELUK MENGIKUT ISTILAH WARTAWAN ZUBIR

Hari ini semasa membaca akhbar Berita Mingguan, ada suatu artikel seperti menimbulkan suatu persoalan kepada diri ini dan mungkin juga kepada semua pembaca rakyat negara ini khususnya. Pada ruangan 'teropong' kali ini wartawan hiburan terkenal, Zubir menyingkap pasangan artis yang berkelakuan agak tidak manis pada pandangan umum. Siapa tak kenal zubir seorang wartawan hiburan yang lebih banyak menulis berunsur kritis tetapi lebih ke arah nasihat yang membina. Pendedahan beliau kali ini ialah mengenai pasangan artis ini yang sedang meniti dibibir peminat yang dikatakan berkelakuan biadap di sini.

Dalam artikel itu, Zubir seperti malu dengan perbuatan artis tersebut yang mengakui kita hidup di dalam komuniti masyarakat Timur yang begitu sensitif dengan perbuatan sumbang seperti berpeluk dan bercium di khalayak umum serta membuat perbezaan negara ini bukan seperti di negara Barat yang sanggup menggadaikan adab tanpa mempedulikan kata-kata orang sekeliling.

Terima kasih atas teguran Zubir dalam penulisannya itu namun hakikat sebenarnya timbul satu persoalan iaitu apa bezanya berpeluk di luar filem dengan adegan berpeluk yang lebih dasyat dari dalam filem ? Adakah adab kita sebagai masyarakat Timur apatah lagi kita seorang muslim hanya terikat serta dibatasi di khalayak sahaja manakala di dalam filem dihalalkan adab berpelukan kerana hanya semata2 sebuah lakonan tanpa di ikuti dengan perasaan dan nafsu?. Apakah dihalalkan kerana ianya semata2 dianggap suatu cabang 'seni'? Namun begitu hakikatnya perbuatan itu tetap sama iaitu perbuatan berpelukan yang bukan muhrim yang sesungguhnya hukumnya tetap sama iaitu berkaitan dengan kesopanan, adab apatah lagi dibatasi hukum-hukum syarak. Harap saudara Zubir lebih peka bukan sahaja diluar filem malah perlu juga menegur adegan2 yang agak keterlaluan di dalam filem masyarakat Timur itu sendiri yang dikatakan 'kaya' dengan adab dan kesopanan budaya Timur. Wallahua'alam.

APAKAH ADAB YG DIMAKSUDKAN OLEH ZUBIR SERTA PERBEZAAN ISTILAH BERPELUK YANG BUKAN MUHRIM DILUAR FILEM SEPERTI GAMBAR DI ATAS DENGAN DIDALAM FILEM SEPERTI GAMBAR DI BAWAH INI.

1 ulasan:

Sangkelembit berkata...

itulah namanya 'hipokrit'.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN