Rabu, 15 April 2009

10 ADUN DERHAKA YANG 'TERPILIH'.

Keadaan DUN yang kosong ditinggalkan 10 pelakon UMNO

Keadaaan DUN kembali penuh hari ini apabila mereka diarahkan oleh Big Boss UMNO

SELEPAS Perak, kini krisis politik negeri terbaru menular di Terengganu. Menariknya krisis yang menjadi semakin panas ini bukannya pertembungan dua parti antara BN dan pembangkang tetapi pergolakan dalaman parti dominasi bangsa Melayu. Setakat ini belum dapat dipastikan puncanya yang sebenar. Namun beberapa pelakon telahpun melakonkan watak masing2 dengan baik sekali sehinggakan penerbitnya pun sendiri tak tahu sebab apa pelakonnya bertindak di luar arahan pengarahnya. Keadaan agak kalut sedikit dilokasi Sidang DUN Negeri Terengganu bila 10 orang ADUN UMNO Terengganu didapati tidak hadir.

Pelakon yang tidak hadir ialah Muhammad Ramli Nuh (Tepuh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera). Khabar berita alasan yang diterima ialah kesemua ADUN terbabit enggan menghadiri sidang DUN kerana menerima ugutan SMS.
Justeru bimbang akan nyawa terancam mereka semua terus berlindung di sebuah hotel yang tidak ada kawalan anggota keselamatan. Kemudian mereka yang diancam tadi boleh pulak keluar TV buat sidang media. Bagaimanapun episod tidak hadir di lokasi terseut berakhir apabila kesemua 10 pelakon itu kembali hadiri sidang DUN hari ini sebagaimana diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam.
Kulat: Nampaknya 10 ADUN tersebut seperti kembali mencabar kewibawaan MB Ahmad Said. Mereka juga seolah2 menentang keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Istana serta masih lagi tidak bersetuju Ahmad Said sebagai pemimpin negeri mereka. Justeru mereka ini juga boleh dikategorikan telah 'DERHAKA' kerana cuba menentang keputusan Istana. Namun derhaka mereka ini tidak sama dengan derhaka mantan MB Perak Dato Seri Ir Mohamad Nizar kerana status dirinya yang seorang pembangkang? Hanya rakyat sahaja yang dapat menilainya. Wallahuaalam

3 ulasan:

Baba berkata...

salam Bro... itulah namanya 'ADUN SAMDOL' pasal itulah PRK Kuala Terengganu tempoh hari kalah bukan disebabkan PR kuat tapi 10 adun ni langsung tak berkempen. Paling tadah.

Tanpa Nama berkata...

itulah penangannya kalau dah nak sangatkan KUASA UMNO jadi camtulah masalah rakyat pi dok belakang dulu.. yg penting aku dapat apa yg aku hajati..

Tanpa Nama berkata...

SALAM: inilah SATU MALAYSIA yg cuba mereka nak tunjukan kepada bangsa lain bahawa MELAYU NI MEMANG TAMAKKAN KUASA, BILA ADA KUASA ADA HARTA BILA ADA HARTA BARU BOLEH KITA ENJOOYYYYYYYY...!!

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN