Rabu, 8 April 2009

PAKATAN RAKYAT PATUT UCAP TQ PADA TV3

Pakatan Rakyat (PR) yang rasanya masih lagi meraikan kemenangan mereka di dua bukit disarankan jangan lupa melontarkan ucapan khas 'terima kasih' kepada stesen TV tersohor negara iaitu TV3 yang tidak pernah ketinggalan mengambil bahagian setiap kali pilihanraya. Kemunculan program2 dan liputan khasnya dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai bantuan khas secara tidak langsung yang patut disambut oleh PR seperti 'kecil tapak tangan, nyiru PR tadahkan' . Pembaca2 TV3 seperti dengan wajah selamba yg seolah-olah terpaksa 'menelan pahit' membacakan skrip liputan khas tentang Anwar Ibrahim yang diulang2 sehingga ke saat2 akhir berkempen. Setiap kali pilihanraya, Ketua Umum PKR itu sentiasa menjadi mangsa exposure TV3 sehingga rakyat pun dah mula muak dengan permainan "ulang tayang" yang menambahkan lagi 'kebencian' rakyat kepada TV penjuak ini. Justeru Pakatan Rakyat perlu membuat postmortem bagaimana bantuan kempen 'percuma' TV3 itu berjaya menambahkan lagi bilangan majoriti pengundi yang dimenangi oleh PR di 3 PRK.

6 ulasan:

Desperado berkata...

Hensem Abg Anwar 15 tahun dulu...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

salam Bro:

Dulu Anwar gunakan TV3 habis-habisan untuk menghentam PAS DAP. Itulah pasal TV3 buat ulang tayang, tempat jatuh lagi dikenang.

biqque berkata...

i watched tv3 the nite after PRK won at 2 'bukit's...tak sampai 3-4 minit je siarkan...itupun takde comment, hanya tunjuk gambar...tup2 dah abis...tu je ke yg tv3 dapat masa pegi ke sana? so typical...

Tanpa Nama berkata...

pemabaca berita tu macam terpaksa juga. diorang cakap je apa yg dah ditulis dan diarahkan. rasanya subahat tak mereka kalau bacakan berita hal2 orang yg tak betul???

Master Yoda berkata...

Sdara Tanpa Nama...

Nak jaga periuk nasi...

Macam FRU ngan SB, nak jaga periuk nasi....

Biasenye lepas bersara, ramai je yg sokong PR....

Mcm Tok Hishamuddin Rais ckp, kembali kepada soal ekonomi....

Tapi klu mereka2 ni leh cr keje lain, ape slhnye kan

Tanpa Nama berkata...

dulu abang Anwar kita gunakan juga stesen ni habis2san menentang Pas/Dap sekarang orang lain lak gunakan TV3 ni hentam dia balik. hai..dunia..dunia..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN