Ahad, 26 April 2009

PKR Berjaya Benamkan PAS


Tahniah buat pasukan Selangor yang akhirnya berjaya merangkul Piala FA 2009 walaupun dari psikologinya para pemain Selangor begitu tertekan bila ketinggalan 0-1 pada masa tambahan. Namun berkat semangat juang yg tinggi, mereka akhirnya berjaya mengatasinya sehingga ke wisel penamat menerusi sepakan penalti.

Tahniah juga buat pasukan Kelantan yang berjaya beraksi di perlawanan akhir sejak 39 tahun. Syabas juga kepada Tan Sri Anuar Musa yang mencetuskan deminsi baru bolasepak Kelantan. Keputusan penuh Selangor 4 Kelantan 1 setelah terikat 1-1. Syabas juga kepada penganjur serta pihak2 berwajib yg berjaya mengawal keadaan tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

3 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro.,

Memang den doakan kekalahan Kelantan tu. Dah berapa kali budak N9 kena tibai bila pegi tempat diorang.

Orang N9 ni pulak baik sangat. Patutnya diorang bakar aje kedai-kedai tomyam kat seremban tu kalau marah...hehehe..amboi..macam menghasut pulak.

Den percaya, orang takkan jadi gila sebab Bolasepak.

kulatlapok berkata...

salam Bro:

Den pun sebenarnya geram sangat kat penjaga gol dia tu.. nasib baik dah kena gantung. Dulu den ingat lagi dia juga yg buat hal.. tapi malam tu nasib baik tak jadi apa2.

Mohd.Rizal bin Abdul Rahim berkata...

Assalam wbt.

Seperti yg saya jangkakan Selangor pasti akan menang....ini berdasarkan pengalaman dan sikap 'cool & steady' pemain2 Selangor itu sendiri berbanding pemain2 Kelantan yg rata2 1st time ke aksi final (kecuali 2 bekas pemain Selangor - Indra & Khalid ) serta sifat berkobar2 mereka (yg sukar dibendung ) dan boleh memakan diri sendiri.

Apa-apapun tahniah buat Selangor yg menjadi juara dan Kelantan yg menjadi naib juara. Semoga semangat perjuangan anda membuka halaman baru dan inspirasi kepada perjuangan bolasepak Malaysia.

Wassalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN