Jumaat, 24 April 2009

DENDA HALIM NAPI TAK BERBALOI


gambar laporan akhbar Kosmo semalam 23 April 2009


cerita yg sama pernah dilaporkan oleh Kosmo pada 14/6/2007

Mohd. Halim Napi digantung tiga bulan dan denda RM3,000 di sini. Itu hukuman yang dikenakan ke atas penjaga gol Kelantan dan Kebangsaan itu yang berkelakuan ganas ke atas pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Kota Bharu awal bulan ini. Ramai pemerhati dan peminat sukan bolasepak menyifatkan denda yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas pemain itu agak tidak berbaloi berbanding apa yang telah dicetuskan oleh pemain tersebut yang menyebabkan banyak kerugian serta kemusnahan harta benda.

Penjaga kebangsaan itu seperti tidak serik dan lupa kepada keadaan dirinya dahulu yang dihimpit kesusahan sehingga nekad meninggalkan terus kerjaya profesional yang dikecapi sejak 15 tahun lalu. Penjaga gol tinggi lampai itu, pernah bertekad tidak akan lagi terbabit dalam sebarang kegiatan bola sepak termasuk sebagai jurulatih kerana mendakwa bosan sikap tidak profesional persatuan dalam Liga Malaysia. Beliau pernah bertekad beralih angin memulakan kerja kampung termasuk mengembala lembu, bagi menyara kehidupan isteri serta lima anaknya.

Kulat: Sebelum itu, hambo raso hambo kena minta maaf terlebih dahulu kepada peminat2 bolasepak Kelantan kerana mungkin mereka marah dengan posting ni.. Namun itulah hakikatnya, kedegilan dan sifat panas baran penjaga gol Kelantan ini tidak harus dibuat contoh. Malah hukuman yang dikenakanpun rasanya memang tidak berbaloi langsung jika nak dikirakan kemusnahan dan kesusahan orang lain. Mohd Halim sepatutnya dikenakan denda lebih berat atau nama lainnya gantung terus kasut bolanya sebagai pengajaran kepada lain2 pemain.
Rasanya FAM tidak boleh berlembut lagi dengan sikap samseng yang cuba ditonjolkan sesetengah pemain ditengah padang tidak akan diberi muka. Rasanya selepas ini Halim tak payahlah nak susah2 lagi bermain bola kerana kerap menimbulkan kekecohan di tengah padang. Selepas bersara nanti, Halim dinasihatkan bolehlah kembali mengembala lembu semula dan selepas ini pasti kekecohan di tengah padang tidak akan berlaku lagi. Peminat bolasepak Kelantan khususnya negara ini akan terus mengingati Mohd Halim Napi sebagai 'Masterprovok' bolasepak negara.
DAN MALAM INI, JANGAN LUPA SAKSIKAN FINAL PIALA FA 2009. RAMAI PEMINAT NAK SAKSIKAN KEHEBATAN BUKAN PASUKANNYA TAPI SUSDAH PASTINYA UNTUK MELIHAT AKSI GELAGAT KEDUA-DUA PENYOKONG MERAH DAN KUNING. SELAMAT MENONTON..!!

3 ulasan:

Mohd.Rizal bin Abdul Rahim berkata...

FAM - Ke arah Memacu Kecemerlangan Bolasepak Malaysia.

Assalam wbt.
Seperti yg saya nyatakan di dlm blog saya, FAM sememangnya sudah hilang kredibilitinya sebagai sebuah badan yg dipertanggungjawabkan untuk menaikkan maruah bolasepak kita.

Sebenarnya FAM itu masih relevan, ttp pemegang2kerusi di dalam FAM itu rasa2nya sudah basi dan ketinggalan zaman. Pemegang2 tampuk ini seolah2 hilang arah,tujuan dan idea di dalam mentadbir FAM ini - segala keputusan dan tindakan mereka tiada keberkesanannya, ini bukan sahaja dikomentarkan oleh tokoh2 dan pengkritik bolasepak, bekas2 pemain bolasepak malahan rakyat jelata sendiri. Nampaknya FAM perlu di'over-haul'kan dan di'bersih'kan jika tidak bolasepak kita akan 'pi mai pi mai tang tu; juga dan hanya gah di arena dan pentas sendiri sahaja.

Manakala isu Halim Napi ini adalah antara isu2 ketidakcekapan dan ketidakstabilan FAM di dalam menguruskan bolasepak kita.

Wassalam.

mountdweller berkata...

Salam sdr. Kulat.

Apa yang saudara katakan itu ada benarnya dari sudut penonton dan peminat. Saya pun marah dengan apa yang terjadi. Kalah dan mengamuk. Kalau tak boleh kalah main sorang-sorang baru tidak ada kekalahan.

Cuma apa yang saya tahu dari rakan-rakan, peristiwa ini terjadi sepertimana Ziden menghentakkan kepala pada pemain Italy. Dia diprovoc dengan kata-kata yang menaikkan darah. Tapi apa pun bagi saya provoc juga adalah tektik permainan. Kalau sabar tidak akan menimbulkan masalah.

kulatlapok berkata...

salam:

1. Mohd Rizal..
2. Mountdweller.

Sikap panas baran memnag tidak mendatangkan keuntungan untuk diri sendiri. Apapun malam tadi para pemain telah menunjukan sikap semangat kesukanan yg tinggi walaupun ada sedikit ketegangan. Tahniah buat Selangor dan syabas buat Kelantan yg hampir 39 tahun tidak pernah beraksi di final. Tahniah juga kepada Annuar Musa yg mencetuskan demensi baru bolasepak Kelantan.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN