Ini Tajuk Agenda Daily - Elizabeth: bagaimana dengan isu dakwaan bersekedudukan yang belum beres? Yang disensasikannya serta cuba pula mengheret PAS yang jelas sebagai sekutu kuat dalam PKR hanya semata2 untuk mengetahui pendirian PAS dari soal 'moral'. Penulis Agendadaily ini cuba nak bermain 'cak-cak' dengan pemimpin PAS ibarat seperti mengagah bayi, samada bayi itu senyum atau tidak.
Kalaulah penulis ini bukannya dari kalangan orang muslim itu kira oklah jugak kerana dia pun tak tahu hukum hakam tentang Islam tetapi jika dia seorang muslim alangkah bodohnya penulis ini yang menanyakan soal YB Bukit Lanjan yang bersekedudukan di sini menunjukan kebodohan dan kejahilannya sebagai seorang muslim ataupun 'dah gerharu cendana pula'. Soalan Agendadaily kepada PAS tidak lain hanya untuk mengetahui apakah pendirian PAS mengenai isu bersekedudukan.
Menurut penulis Agendadaily itu lagi pendirian PAS sebagai rakan pakatan pembangkang dikira penting memandangkan isu Elizabeth bukan saja melibatkan soal gambar bogelnya yang tersebar tetapi andaian tentang beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam, Hilmi Malek yang masih menghilangkan diri di luar negara sampai saat ini. Isu yang cuba disensasikan oleh penulis tersebut ialah isu moral katanya walaupun Elizabeth bukan beragama Islam tetapi lelaki yang dipercayai terlibat dalam skandal itu ialah seorang yang beragama Islam.
Kulat: Apalah 'bengong' betullah penulis Agendadaily tu. Kalau diaju pada pelajar sekolah tinggi agamapun mereka boleh jawab. Kalau ko bukan muslim, satu hal lah jugak pasal ko sesat tak tahu hukum hakam Syariah Islam. Tapi alangkah sedihnya kalau penulisnya seorang muslim, tak perlulah kita persoalkan YB Bukit Lanjan tu, tapi sudah tentulah sijantan biang tu pasal dia seorang muslim. Sudah tentulah takkan PAS nak berkompromi soal hukum agama pulak. Rasanya penulis Agendadaily tu tak perlulah tanya PAS hanya semata2 untuk nak sensasikan isu soal 'moral' YB yang bukan beragama Islam tu dari segi pandangan Islam. Rasanya kalau nak isukan soal moral, Agendadaily boleh ketengahkan berapa ramai artis muslim sekarang yang rasanya telah banyak terabai moralnya. Itulah kalau dah tak ada isu, nak main 'cak-cak' pulak. Kebiasaannya kita selalu cak-cak dengan bayi, bila kita mengagah kemudian bayipun tersenyum, kita pun turut sama buat2 tersenyum. Wallahualam.
14 ulasan:
salam sdr. Kulat.
Tak kan saudara tidak tahu pula siapa di belakang agenda daily tu. Kalau otak dia karat pun memang patut.
Bekas Menteri yang mengaku Islam dan raba punggong di kelab tidak ada siapa yang soal pun. Bini PM berpeluk dengan jantan di dalam majlis pun apa sesiapa di antara mereka menyoal?
Bila hati dah kelabu, otak pun karat. Iman jangan soal, itu hak individu konon!
salam KULAT
Senang aje itu kalau agendadaily nak tahu camni..ELEZIBETH TU HADAPKAN KE MAHKAMAH SYARIAH, MANAKALA SI HILI TU DI BAWA KE MAHKAMAH CIVIL. NAK TAHU KENAPA??? tanyalah balik penulis AGENDADAILY TU.. ehe he he he.. benggong jugak
itu namanya soalan BANGSAT, bila kena batang hidung dia, tak ada pulak dipersoalkan tentang MORALNYA. Tak payah nak certia pasal bersekedudukan ni, tu kat luar sana berapa banyak dah yg kata KULAT tu artis muslim kita dah bagai nak bertelanjang dah moral mereka.
yang disoal pendirian PAS berhubung hubungan intim/sulit/haram/seks hILMI DAN ELI WONG? Kenapa tak jawab, jawab ajelah. Kalau mengata orang munafik, kenapa perlu juga PAS berkelakuan MUNAFIK. Apakah susah sangat nak membuat kenyataan itu? Apakah kerana eli wong sekutu politik maka PAS perlu menggadaikan agama untuk sekutu politik? bagi saya TGNA dan PAS MUNAFIK KELAS SATU. SESAT.
salam deepthroat... itulah namanya soalan politik tapi kalau soalan tentang akidah dan syariat Islam, apa yg susah2nya nak tanya PAS, semua orang muslim tahu memang salah. Keluarkan ajelah waran tangkap hadapakan ke mahmakah syariah. sama juga macam ahli PKR yg kenduri seks dua ekor beruk kat Ipoh tu. apasal sampai sekarang tak tangkap2 lagi tukang angguk tu. Tak payah nak tanya2 pendirian PAS ke POS yg pastinya banyak juga persolan yg BN tak terjawab2 soal akidah artis kita sekarang malah lebih menggalakan lagi ada.
AGENDADAILY YANG DAH TAK ADA AGENDA, RAMAI DAH TAHU PEMILIKNYA DAH NAK JADI 'LAGENDA' DALAM POLITIK,
Kah kah kah
Sedara deepthroat,sedara Tak PAS dah jwb soalan sedara...
Sian kat sedara nie...
Adik sepupu den yg baru je tamat SPM pon bleh piki mane elok ke idak
Orang dah muflis soalan memang cam tu Bro.
Dasyat posting hang sekarang.
Salam Blogger semua, terima kasih di atas semua titipan ke Cendawan Malaya.
1. Tuan Mountdweller - mungkin selepas dah tak jadi menteri, nanti orang dah lupa. Tu yg saja2 buat soalan sensasi nak bagi orang flashback balik sapa bekas menteri ni.
2. Sangkelembit - cadangan tu macam konsep keluarga 69 je..
3. Anony..00:29 - Saja nak sensasikan isu itu saje, padahal memang banyak soal moral yg lain.
4. deepthroat - Aku tak payah nak ulas pasal Tak PAS dah bantu tolong jawabkan separuh.
5. Tak PAS - Apapasal ko pilih nama ko TAK PAS, orang lain semua nak PAS. Kalau Tak PAS tak leh masuk Barisan, terpaksa pulak keluar Bulatan.
6. Anony..10:42 - Agenda memang ada agenda tu yg dia buat agenda.
7. Master Yoda - Salam Sdr? Ko ni macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Apapun terima kasih datang ziarah.
8. Tok Harimau - Posting ko selalu jadi rujukan Cendawan Malaya. Ada kala Kon adakala kita Pro. Mana yang baik untuk rakyat adalah pilihan kita semua.
lantak kau lah Baii...
Assalam wbt.
Itulah soalan 'cepumas' namanya. Soalan itu sebenarnya ada 2 jawapan yg kedua2nya memihak kepada penerbit Agenda Daily. Dan apabila PAS memberikan jawapan - salah satu daripada jawapan itu, soalan selanjutnya yg lebih me'lemas'kan pula akan diajukan.
Beginilah politik kita, bila agama juga turut diheret ke kancah perebutan kuasa.
Wassalam.
Salam Mohd Rizal b. Abdul Rahim
Cepumas tu namanya 'dah gaharu cendana pula' sendiri dah tahu jawapan sebenarnya tapi buat2 JADI BODOH..!!
artis kene tangkap salah BN, semuanye salah BN. Yg betul ? mestilah PAS. PAS baik.die ikut agama.BN x ikut agama.PKR pn ikut agama. DAP pn dh ikut quran. Semuanya berlandaskan agama. Ehmm memang patut PR perintah negara sebab mereka semua ikut perintah agama.Agama kata jgn minum arak.kite x minum arak. agama kata jgn judi kite x judi. jgn zina kite pn x zina.ehmm.Perjuangan PR perlu disokong semua rakyat sebab tunjangye agama.
salam sdr Rahim..
Wahh.. macam perli aje, apapun terima kasih atas titipan sdr. Sebenarnya tidak semua BN itu tidak betul malah ada banyak kemajuan untuk rakyat telah dapat dimanfaatkan. Rakyat yg tidak memihak mana2 wajar menegur mereka agar tidak jauh tergelincir. Malah adakalanya PAS, PKR juga tidak semua perkara yg dibuat itu memberi banyak manfaat untuk semua apatah lagi DAP yg selalu tidak konsisten dengan perjuangan untuk rakyat. Jadi semuanya harus kita kritiskan mereka ke arah kesedaran supaya perjuangan mereka mesti berlandaskan keselsaaan rakyat dan negara khususnya. Wallahua'alam.
Catat Ulasan