Selasa, 25 November 2008

SI PEMBOHONG YANG DAPAT PEMBELAAN...

Dewan Rakyat hari Selasa menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Karpal Singh untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi ketika membuat keputusan itu berkata, kenyataan Nazri bahawa bekas Ketua hakim Negara dan lima hakim yang lain diminta berhenti bukan dipecat semasa dibahaskan minggu lalu, bahawa beliau 'tidak berniat' untuk mengelirukan dewan.....seterusnya klik sini.

"Hei..!! Piiiiiiirrahhh....lu orang loghat sangat apa hal..?? Lain kali jangan lawan speaker, kan dah kena gantung tak leh masuk dewan. Tengok cam aku ni.. ngaku aje lah... tak kena apa2 pun.??"

KULAT: Terang dan nyata bahawa Datuk Seri Nazri Abd Aziz memang berbohong di Dewan Rakyat mengenai isu hakim dipecat berdasarkan dari pengakuannya sendiri. Bila ditanya berkali2, dalam keadaan sedar, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa hakim tersebut tidak dipecat tetapi akhirnya mengaku tersilap dan tidak berniat untuk mengelirukan fakta. Itupun setelah diperbetulkan sendiri oleh Mantan PM, Dr.Mahathir yg membuat pengakuan bahawa hakim itu dipecat. Kenyataan Yeop ini memang sahih mengelirukan dan ianya disaksikan sendiri oleh rakyat dari seluruh negara. Namun seperti yang telah diduga beliau selamat dari dikenakan tindakan, malah orang yang mempertikaikan... (klik sini) tindakan speaker pulak yang kena tindakan.
Menurut kenyataan Timbalan Speaker: YB Menteri, Ahli Parlimen Padang Rengas itu didapati tidak berniat untuk mengelirukan dewan yang mulai ini. Beliau didapati hanya membuat kesilapan 'fakta' sahaja. (Kesilapan Fakta..?? Isu dah berpuluh tahun, tapi tak tahu fakta. Memang betul, ada orang kata peguam adakalanya kena 'putar belit' untuk menang kes... betul ke?
Itulah sebuah parlimen yang ada di dalam negeri yang bernama Malaysia. Malah dengan perasaan bongkak pula si Yeop Padang Renggas ini juga langsung tidak mahu meminta maaf kerana merasakan tidak ada keperluan meminta maaf....? (klik sini) baginya untuk berbuat demikian. Apa yang pastinya, Yeop ni telah mengaku silap. Maknanya dia telah mengelirukan rakyat di dewan yang dianggap mulia. Namun oleh kerana dia terlalu patuh dengan peraturan parlimen dan Speaker, akhirnya dengan senyum, Yeop ni idakle dikenakan apa-apa tindakan. Esok lusa dan sepanjang perbahasan parlimen nanti, kalau lain-lain MP yang silap fakta atau cuba mengelirukan lagi dewan, tidak mengapa asalkan jangan melawan taukei (speaker) sudah. Wallahualambissawabb.

10 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Double Standard? Biasalah tu bro.

Unknown berkata...

Sipembohong, penipu dan penyangak yang tentukan hala tuju Malaysia baru?

Mansuhkan Parlimen dan jadilah klon Idi Amin senang. Taklah sakit hati sangat.

tiamia berkata...

Hehehe

baru tau ke semuanya lopsided

Tok Uban berkata...

Tak apalah....kat Padang Mahsyar nanti..dia tahulah..tak boleh nak kelengtong lagi...

Tanpa Nama berkata...

Dah tau umno tu, kaki rasuah,
kaki betina, kaki atas bahu, kaki botol, kaki ampu,kaki putaq belit, kaki bangku,kaki ekoq, tapi
ramai lagi dok sokong, pasai pa?

add berkata...

Kan Nazri tu dah mengaku salah.. apa lagi yang korang nak. kalau menteri mengaku.... salah,tak mengaku pun.... salah.. macam mana nak pusing lagi. Nazri dah mengaku... Yang keling Puchong nak suroh Nazri minta maaf tu sebabnya nak jatuhkan maruah melayu itu je.

Kalau speaker berpihak kepada menteri selayaknya lah kerana sama-sama orang BN. Sama juga kalau speaker di DUN pakatan rakyat pun mesti bias pada geng sendiri.

Mr Joker berkata...

Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam

Perkara - Jemputan ke Majlis minum petang bloggers (sempena kongres PKR)

Tempat - Restoran Kasih, Shah Alam (Belakang TESCO Melawati)

Hari dan waktu - Sabtu (29hb.November,2009) jam 6 petang.

Berminat sila hubungi matcomot di nombor - +6016 231 9911

Semua bloggers dijemput menyertai majlis.

Ajeem berkata...

ahli politik yang menjijikkan saya bagi lelaki adalah nazri aziz..ahli politik perempuan pula ialah rafidah aziz...kalau nak makan dan tiba2 nampak wajah dua ornag ni,memang conform muntah punyaa...

Ajeem berkata...

saudara,isu panas sekarang bakal bergema iaitu pilihan raya kecil kuala terengganu,saya telah dan akanmembuat ulasan mengenainya dari semasa ke semasa...harap saudara dapat memberi pandangan dan kalau jika ada artikel yang saudara berkenaan seperti sebelum ini (rafiah salim),saudara boleh membuat link mengenainya...terima kasih.

kulatlapok berkata...

salam semua blogger:

Apa yg pastinya terbuktinya DOUBLESTANDARD yg diamalkannya selama ini.

Kepada add, bukanya nak Malukan Melayu (walaupun add punya blog memnag pembela Melayu)tapi ini kenyataan pembohongan..

kepada ajeem, terima kasih, manyalurkan maklumat.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN