Khamis, 6 November 2008

BERPULUH JUTA DUIT RAKYAT DAH LESAP, NAMUN PENYAMUNNYA MASIH LAGI BEBAS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membebaskan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas tuduhan melakukan pecah amanah dan penipuan pelaburan Ketengah berjumlah RM9 juta dalam syarikat Tasik Puteri Integrated Farm Sdn Bhd antara 24 Jun dan 9 Ogos 1999 lalu. Abdul Aziz kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur kepada Tuhan kerana kebenaran akhirnya terbukti.

KULAT: Rasa syukur Datuk Abdul Aziz itu sememangnya milik dirinya untuk ianya panjatkan kepada Yang Maha Berkuasa. Namun Kes penyelewengan wang PPRT yang didedahkan oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid berhubung penipuan pelaburan berjumlah RM40 juta membabitkan pelaksanaan PPRT masih lagi belum terjawab. Laporan kepada kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dibuat dan kemudiannya polis telah menahan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr. Abdul Aziz Mohamad (kini dibebaskan), Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Alwi Said, bekas Ketua Pengarah RISDA, Datuk Nik Kamaruddin Nik Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Mohd. Arif Abu Bakar.
Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan reman. Apa kesudahan kes berprofail tinggi ini bersama bekas Menteri yang menerajuinya dahulu masih lagi belum terjawab dan terus menjadi tanda tanya hingga sekarang. Hal ini diakui sendiri oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri. Siapa arah siapa? Wallahualam.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Samalah kisah bangau oh bangau.. akhirnya ular yang kenyang!

kulatlapok berkata...

salam Tuan Mountdweller:

Terima kasih yang selalu ke post Cendawan MALAYA. Penyelewengan yang nyata namun perbuatan yang kabur. Akhirnya penyamnun dok goyang kaki, duit rakyat habis diganyang... Polis n BPR negera ini yg didakwa antara paling tebaik di Asia Tenggara ini pun tidak dapat menyelesaikan kes tersebut, hairan, hairan....

AFRAR YUNUS berkata...

salam sdra
kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah mempunyai beberapa agensi di bawahnya untuk membasmi kemiskinan penduduk luar bandar. jika ianya berfungsi seperti sepatutnya, nescaya penduduk luar bandar sudah keluar dari kerangka kemiskinan. apa jadi dgn menteri, ksu, ketua-ketua pengarah di kementerian ini ? berpolitik sajalah mereka..

sumandak bayu berkata...

Salam Bro

simple je orang macam ni Bro hukuman di dunia terlepas tapi hukuman diakhirat tak akan.....naheeekapinaheeee..... Tapi Bro skang ni hukuman di dunia pun bvoleh gak orang dapat jadi kita tunggu dan lihat kalo dia btoi tak buat selamat lah dunia dan akhirat

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,

Apa khabar dan apa khabar Puteri Nabilah sekarang?

Janganlah kita terkejut sangat bila penyamun bebas dari Mahkamah. Nama pun Penyamun.

Bebas pun dari Mahkamah dunia saja. Masuk aje dalam liang lahad nanti, siap kau penyamun..

kulatlapok berkata...

salam Blogger:

1. SDR. AFRAR YUNOS:
Tranformasi kearah kemajuan pembangunan luar bandar telah dibuat beberapa kali hanya semata2 bertujuan untuk melihat masyarakat luar bandar keluar dari kepompong kemiskinan. Malah Kementerian juga bertukar beberapa kali mengikut keperluan semasa, dari Kemajuan Wilayah, kemajuan luar bandar, kemajuan pembangunan luar bandar, dan sehingga hari ini kemajuan luar bandar dan wilayah. Beratus2 juta duit telah diperuntukan, Namun.. masyarakat luar bandar masih ditahap yg belum dibanggakan. Malah ada aduan kes sehingga kini masih lagi tidak mempunyai eletrik dan kemudahan air. Apa sebenarnya yg mereka buat?

2. SUMANDAK BAYU:
Benar apayg sdr katakan. dari segi hukum Tuhan mereka ini tidaka akan terlepas. Tapi dari segi duniawi, bayangkan sejumlah duit yg telah dibelanjakan, hak mereka yg sepatutnya dapat dimanfaatkan..Wallahualam.

3. MAKCIK MELAYU ANGKAT:
Terima kasih selalu mengingati Nabilah. Sekarang ini kami penat melayannya bercakap yg adakalanya tidak henti2. Namun itulah hakikatnya, Keletahnya sebagai Penghilang Penat Bekerja..Moga Makcik sabar menanti cucu kesayangan...

Ya.. memang perbuatan mereka tidak akan terlepas dari hukuman akhirat, kesihan nasib bangsa Melayu yg dakwa mesti dibela dinodai hak mereka...Wallahualam

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN