Rabu, 19 November 2008

APA SEBENARNYA MUSLIHAT KAK PIDAH..??

Sehingga hari ini, Kak Pidah tetap menyandarkan pendiriannya dengan keputusan Mesyuarat Exco Wanita sebelum ini iaitu pelan peralihan kuasa kepemimpinan pergerakan itu kekal pada Jun 2009, manakala jawatan Ketua dan Naib Ketua yang kini disandang oleh kedua-duanya, tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Mac depan. Turut hadir membuat keputusan bersama itu ialah Naib Ketuanya, Mami Izat serta lain-lain Exco Wanita.
Namun begitu, kehadiran Mami Izat rupanya tidak senada dan seirama dengan ketuanya selepas Makcik Kamiliah melontarkan batu di air yang tenang. Justeru kini terdapat dua aliran dalam Wanita ketika ini iaitu ada yang mahu pelan peralihan kuasa dipercepatkan dan ada yang mahu ia kekal pada Jun 2009. Lantaran itu keputusannya, Wanita harus mencari penyelesaiannya sendiri dan sekiranya tidak berjaya, acara pertandingan pasti tidak dapat dielakan. Apapun di saat yang genting ini, rakyat terutamanya ahli2 Wanita sayap UMNO ini kini sedang ternanti2 akan keputusan penting yang bakal dilontarkan oleh Mami Izat pada Khamis (20/11/2008) ini.


KULAT: Kak Pidah kini dilaporkan sedang bercuti di Hong Kong. Mungkin beliau sedang mencari ketenangan dan membuat kira2 (strategi) di sana sama ada hendak melepaskan jawatannya atau memberikannya secara percuma kepada pengantinya. Apapun kemelut yang timbul ini terus menjadi tandatanya kepada pemerhati politik, mengapa dan kenapa Kak Pidah terlalu berat untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini atau dengan senang kata melepaskan jawatannya terus kepada pengantinya. Kini beliau seolah-olah sanggup melihat status jawatan tersebut nanti hanya dipangku sahaja oleh Timbalannya manakala jawatan Naib pula kosong begitu sahaja dalam tempoh yang lama.
Sebenarnya Kak Pidah bukan calang2 pemimpin. Beliau antara pemimpin Wanita paling lama berkuasa. Walaupun pernah tewas pada Siti Zaharah, namun beliau tetap diberi kepercayaan oleh Mahathir dengan terus menjadi Menteri Penuh. Itulah keistimewaan Kak Pidah. Namun ada juga yang mengatakan Kak Pidah ni macam ganas sikit kalau buat statement, suaranya kalau tak tinggi sikit macam tak ada ummphhh. Tak macam Mami Izat ada sedikit kelembutan dan mesra rakyat. Namun disebalik ketegasan untuk tetap dengan pendiriannya sebenarnya senario ini seperti ada muslihat dan tersirat yang hanya Kak Pidah seorang sahaja yang tahu. Mungkin Kak Pidah akan berubah hati selepas balik dari Hong Kong nanti dan akan mengumumkan suatu keputusan yang mengejutkan? Wallahualam.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam sdr. kulat,

Kita tengok nanti rambut sapa akan putus kain sapa akan robek dan sapa akan rabak!

Sebenarnya saya tidak nak pedulikan sangat tentang perkara ini. Rumah dah nak roboh sapa tongkat pun tak akan larat.

Ajeem berkata...

di sabah,4 ketua wanita UMNO bahagian telah mengalihkan sokongan...begitu juga dengan di kedah begitu jelas mahu rafidah melepaskan jawatan.kini,rafidah tahu setinggi-tinggi gunung tinggi lagi awan diatasnya.kuasa akar umbi lagi hebat beb...jika keadaan ini berterusan saya yakin rafidah akan melepaskan jawatan jika beliau masih waras.jangan hanya kerana anda digelar 'iron women' anda begitu taksub sehingga berani berdepan dengannya...jangan lupa api boleh mencairkan 'iron' walaupun ia kelihatan 'tidak bertulang'.hehee...

kulatlapok berkata...

salam:

1.Tuan Mountdweller:
Teima kasih kerana tidak jemu menziarah cendawan MALAYA. Saya percaya Kak Pidah pasti akan membuat satu keputusan yang mereka semua harapkan.

2. Sdr. Ajeem: Selepas Sabah, lebih banyak negeri yg mencalonkannya akan mula berubah rancangan. Jumlah pencalonan yg banyak tidak menjamin kedudukan yg apa Kak Pidah dapat selama ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara Kulat,

Kak Pidah akan kecundang Mac 09.

Salam takzim.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN