Isnin, 14 Julai 2008

DSAI BUAT HAL LAGI...


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak muncul-muncul di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu. Tindakan beliau itu menaikan kemarahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakiri Zinin dalam satu sidang medianya di pejabat IPK Kuala Lumpur. Menurut peguam DSAI, Sankara Nair berkata, tindakan penasihat PKR itu diambil kerana polis "mengganggu" kakitangan dan ahli keluarganya semalam walaupun Anwar bersedia hadir secara sukarela.

"Gangguan" polis itu - setakat ini belum jelas jenis gangguan yang didakwa Anwar - sewaktu pihak berwajib cuba menyerahkan arahan hadir memberi keterangan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah. Adalah diharapkan DSAI perlu bersungguh-sungguh menyelesaikan kemelut yang melanda agar rakyat tidak akan menjadi keliru. Sekiranya beliau lebih banyak berdolak dalik, ianya akan menghakis kepercayaan rakyat yang simpati kepadanya terutama penyokong dan ahli PKR itu sendiri.


8 ulasan:

Letting the time pass me by berkata...

Apakah debat minyak yang dijadualkan esok akan diteruskan?

Harimau-Menaip berkata...

letting bla bla bla...

itu juga terpancut di pemikiran saya.

(panjangnya nama kamu)

kulatlapok berkata...

letting the time pass me by,

Itupun kata nak tayang secara livepun dah dibatalkan... bimbang rakyat tahu tembelang yang kan dirungkaikan oleh DSAI ataupun mungkin nanti formula DSAI boleh diterima rakyat...

bagi Shabery, diaorang MP2 semua dah diberi taklimat terlebih dahulu oleh Petronas untuk menyokong kenaikan harga....Walaupun sebahagiannya MP ramai yang tak menyokong tapi olehbantah dalam hati je...apa barang MP tu macam..!!!

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Malaya,

Itulah Mak Cik fikir malam tadi, kenapalah susah sangat Anwar nak pergi ke IPK tu...pergi je lah..Bukan susah sangat..bukan Polis nak tangkap dia pun..

Lagi cepat lagi baik benda ni di ketengahkan...

Polis pulak nak kacau famili dia, bukankah Polis yang patut melindunginya dari ancaman bunuh? Jadi yang mana satu betul? Atau pun dah tak ada ancaman lagi? Kecoh..

kulatlapok berkata...

salam MAKCIK,

apapun tindakan DSAI rakyat makin keliru, namun begitu mungkin ada strateginya yang terbaru untuk mewarnai dunia politik Malaya ini....Wallahualam

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Kulat,

Sekerap mana saya membaca posting saudara, kerap itu juga saya baca komen makcik awak tu. Seronok dan melapangkan minda.

gangga awana berkata...

salam..
kena tahu gak latar belakang beliau dalam tahanan polis sewaktu 1998 camne.

Mungkin beliau masih tak percaya pada polis akibat insiden sewaktu soal siasat (Rahim noor memukul beliau dan mahkamah dapati beliau bersalah kerana menyalahgunakan kuasa sebagai polis)Walaupun dalam penjara dia dapat keistimewaan.

Susah nak cakap sebab kita tak berada dalam kedudukan dia.

gangga awana berkata...

Sila lawat link ini :

http://www.islamicamagazine.com/general/Open-Letter-Concerning-Anwar-Ibrahim.html

sekadar pandanngan.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN