Rabu, 23 Julai 2008

MB TERENGGANU BUKTIKAN KERETA NASIONAL TIDAK BERKUALITI



"Kenderaan yang disyorkan oleh kabinet untuk Exco Terengganu bagi mengurangkan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi...."









Bas yang disyorkan untuk Kerajaan Negeri Terengganu untuk tujuan lawatan ke negeri-negeri di Malaysia..cukup untuk memuatkan kesemua Exco Terengganu..jimat kos dan tidak menggunakan minyak, boleh gilir-gilir memandu...... meleleh air liur nak mengayuhnya...

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said merupakan seorang pemimpin negeri yang begitu proaktif. MB baru ini mencipta sejarah apabila berjaya memprovok kerajaan pusat sehingga berjaya mengembalikan wang royalti ke negeri itu. Kali ini beliau sekali lagi menjadi MB pertama berjaya membuktikan bahawa kereta buatan negara ini tidak berkualiti, mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Maka atas alasan itu kerajaan negeri Terengganu terpaksa membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu. Menurut pemerhati, tindakan Menteri Besar Terengganu itu adalah terang-terang bertentangan dengan dasar jimat cermat kerajaan selama ini dan seharusnya beliau menjadi ikon jimat cermat kepada masyarakat. Perbuatannya seolah-olah merendah-rendahkan produk negara .

Bagi Datuk Ahmad Said pula, kerajaan Negeri Terengganu ada alasannya dan sedia mengemukakan bukti terperinci kos perkhidmatan dan kerosakan kereta Proton Perdana V6 Executive, yang telah digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi. Menurut beberapa pihak, tindakan kerajaan negeri itu bercanggah dengan pekeliling kerajaan Pusat berhubung penggunaan kereta nasional oleh para pemimpin dan pegawai kanan kerajaan dan isu pembelian kereta tersebut telah di bawa bincang ke kabinet.

4 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Guru saya pernah pesan bro."Kalau kaki tersandung tika bersilat, jangan salahkan gelanggang tidak rata".
MB Tganu- Beli dulu lepas tu cari kesalahan nak cover diri.

Ni semua gimik je. Takkan nak pulangkan balik Merc tu?

Master Yoda berkata...

Salam tua empunya blog..

For me, klu tak nak pon guna kete PROTON tu, dr bli kete mercedes, ade eloknye bli VIOS ke...Murah sket...Jimat sket klu guna petrol....Lagipon buatan Jepun....

melayuangkat berkata...

Ha ha..lucu.

Yang benar tu susah kita nak telan Cendawan, biasalah Mak Cik dah cakap banyak kali, susah kita nak terima kenyataan.

Sama-sama kita tunggu apa yang akan meletup ekoran 'teguran bernas' MB Terengganu pasa kereta nasional kita ni.

Susah susah sangat exco di terengganu tu naik beca saja, lagi senang.

Salam.

Dota berkata...

Thanks. tThis is interesting.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN