Rabu, 2 Julai 2008

SODOMI? KISAH BENAR MAIN BELAKANG...!!

Sana sini post yang aku intai, semuanya cerita yang dok tengah hangat lahni iaitu cerita 'main belakang'. Penerbit filem terkenal negara ini, David Teo baru je melancarkan dramanya 'Jangan Main Belakang'. Rupanya betul-betul punya cerita main belakang. Kecoh tu satu negara. Drama ni lebih hebat meletupnya sebelum drama David Teo dimainkan. Belum tengok lagi dah 'pecah panggung'. Yang menarik plotnya 'sodomi' ni 'anu'nya dah lama tak pakai iaitu hampir 10 tahun, kembali bertenaga. Hebat betul 'anu'nya tu...apalah agaknya petua yang diamalkannya..?

Cerita sodomi ni teringat kisah yang benar-benar berlaku pada diriku kira-kira 6 bulan yang lalu. Tapi aku tak buat repot pada polis sebabnya nanti polis kata aku yang gila. Kisahnya bilamana suatu hari aku berjumpa seorang individu yang berkelulusan profesional. Orangnya memang kacak dan hensem. Memang orang yang berkerjaya profesional ni seperti tak ada kerja lain, kalau bab buat kerja belakang ni macam dah jadi perkara biasa je pada diaorang.

Pada awal perkenalan, memang aku tertarik dengan individu ni. Apa saja yang diceritakan, seolah-olah aku mengiyakannya saja dan aku dilayan seperti tetamu yang istimewa. Layanan mesranya serta celotehnya membuatkan aku terus akur dengan kehendaknya. Tibalah pada suatu hari semasa akau sedang berehat di biliknya, datanglah pembantunya memberikan aku sehelai baju dan membawa aku ke sebuah bilik yang behawa dingin. Selepas itu aku merasakan diriku seolah-olah seperti dibuai mimpi indah sehingga tak terasa belakang aku dimasukkan sesuatu.....Bermulalah episod baru dalam hidup ku. Aduh..buat pertama kalinya, dalam keadaan rela paksa belakang aku dimasukkan sesuatu oleh mereka yang suka buat kerja masukkan alat tu di belakang.

Selepas lebih kurang setengah jam, dalam keadaan khayal, nama aku dipanggil oleh doktor yang merawatku memaklumkan bahawa kerja-kerja 'colonoscopy' terhadap ku sudah selesai dan akupun dibawa semula ke wad untuk berehat. Itulah pengalaman pertama aku. Alhamdulilah selepas menerima rawatan kaedah tersebut doktor sahkan aku bebas dari penyakit buasir.

9 ulasan:

Desperado berkata...

Salam Kulat..

Ceh! Busuk punya post..buasir pun mau cerita ka..hahahahaha!!!! Tapi mengikut pengalaman...pergghh! Tak selesa beb, duduk dalam keta, mengsot kot sini tak kena, mengesot kot sana pun tak kena...memang patut pun kau dicolocoscopy kan...pebondo tu tah!!!

Harimau-Menaip berkata...

Ceh...aku ingat hang kena liwat.

Pemuda Pelapis berkata...

Salam tuan rumah dan semua,

O.K.lah tu dah pernah kena colonoscopy. Huumangai! (loghat N9 sikit). Benda alah tu lagi bagak. Itu dah dikira satu experience baik-lah jugak tu. Ini macam dah bagus... bolehlah try pergi serah diri pada Brader Anwar test power tengok macam mana.

APA PUN... BETUL-BETUL BUAT KACAU! INGAT TADI KISAH BENAR APA BENDA.

Best lagi Gegaran Anwar Menjadi. Dia ingat nak gegarkan semua orang tapi balik-balik dia sendiri BERGEGAR. Nah! kau... baru tahu tak senang duduk, macam cacing kepanasan. Lagi banyak dia bercakap lagi banyak melalut yang keluar. Itu semua hukum Tuhan lah tu. Kredibiliti dia pun dah OUT dah.

Mogen Ali Rico berkata...

hahahaha..adoii..ko nie kulat..bikin suspender laa..mati2 laa aku ingat ko kene liwat..adoiii..hampeh..

anyway..good post bro..dapatla mengurangkan stress..

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Kulat,

Saudara hebat, memang hebat!!
Membuat saya tersenyum sendirian membaca posting saudara ini.

Tahniah, sesekali kita berfikir dan berkarya dalam santai.

Apapun rajin-rajin makan ubat, agar penyakit tidak berulang.

Salam takzim
Kerajaan Rakyat.

AFRAR YUNUS berkata...

salam sdra,
menarik ceritanya. gambarnya juga bermakna.

Muchang berkata...

Salam sejahtera

Buasir pun penyakit yang boleh bawak maut.. syukurlah anda dah bebas dari penyakit tue..

tapi.. bile lak malaysia nak bebas dari penyakit fitnah menfitnah dan MAIN belakang ni..? hmmm

http://muchang.wordpress.com/

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Bertuah betul kau ni Cendawan!!

Mak Cik ni pun kena, kena TEMANkan suami buat colonscopy di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam.

Suami suruh teman, temanlah.

Doktor pulak suruh kita tengok pada screen kat tv tu..tengoklah.

Balik di rumah anak anak kata "Mum, NOW you know your husband, inside out"

Tanpa Nama berkata...

Kisah ini boleh bagi idea kepada PDRM atau sesapa yang nak buat fitnah liwat. Yang mendakwa kena liwat disyaratkan ada penyakit buasir. Barulah dakwaannya nampak authentic

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN