Sabtu, 26 Julai 2008

DNA.... TERBUKTI KENAPA DSAI MENOLAKNYA


Rahsia rangka manusia Kota Melaka terjawab..? (Kosmo-27 Julai)

Sample DSAI masih tak terjawab..??

Penemuan rangka manusia di Kota Melaka yang dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka awal tahun ini menemui perkembangan positif menurut Analisis Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPMA), Universiti Sains Malaysia (USM). Pengarah PPAM, USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin memberitahu, analisis mendapati empat rangka lengkap yang berasal dari tahun 1400 hingga 1450 itu terdiri daripada tiga rangka lelaki dan satu perempuan. Katanya, keempat-empat rangka itu dalam lingkungan usia 25 hingga 45 tahun dan 40 hingga 44 tahun bagi lelaki dan 17 hingga 25 tahun bagi perempuan.

Pengesahan lanjut seperti ras, bangsa dan lain-lain akan ditentukan melalui kajian ujian asid deoksiribonukliek (DNA) yang sedang dijalankan di Pusat Kimia USM dan juga Beta Analytic, Florida, Amerika Syarikat. Justeru seperti apa yang diulas oleh Kulat pada 19 Julai memang tepat kenapa DSAI menolak untuk mengambil sampel DNAnya yang terbaru. Ini ditambah lagi selepas DSAI dibebaskan daripada tahanan, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesannya termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit. Tindakan forensik itu menimbulkan banyak persoalan dan motifnya diragui.
Manusia pada zaman Kesultanan Melaka pun mereka boleh perolehi maklumat, inikan sampel DSAI yang baru 10 tahun?? Kan ganjil je bunyinya tu..??? Lu orang fikirkanlah sendiri...Wallahualam.

8 ulasan:

Desperado berkata...

Salam Kulat...

Konspirasi kulat...konspirasi! Kita tunggu ajer la...

Topengperak_Xinwugi berkata...

Salam...kulat...link ke blog aku dah tukar...blog dulu telah selamat di C4 kan oleh pihak musuh...ni link ke blog baru aku :

http://perisik-rakyat.blogspot.com/

DNA blog lama x sempat nak amik la...camane ha?

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan...

Biasa la tu....Tuk mereka2 yang diatas ni, bape kerat sgt je lulusan sains atau kejuruteraan atau medic...

Hampir sume la lulusan law atau agama...Psl tu klu isu libatkan mende saintifik depa dok merepek...

Pakar2 yang sedia ada tak nak rujuk..Konon sembang kemas...Last2 la press statement yg diorg kuarkan berdasarkan isu ni hanya menunjukkan keBENGAPAN mereka sahaja

Harimau-Menaip berkata...

Humang ai. Kena C4 siut.

Memang takde DNA lah tu rasanya. Berkecai dan berterbangan dibawa angin lalu.

kulatlapok berkata...

salam;
1. Desprado
2. Topengperak
3. Master Yoda
4. Harimau-menaip

Itulah pasal dari dulu lagi bila kes kondo belum siap, tarikh tak betul dipinda bekali2 pas tu angkat pulak tilam, bila cristoper nak cabar pasal DNA tilam, cepat2 Augistine Paul kata isu itu tak relevan dan terus tutup... itu yang sampai sekarang apapun kalau mereka nak buat drama yang baru,.. rakyat dah tak percaya.. pasal tembelangnya dahpun semua orang tahu.... hammpeehhhh..!!!

man_helang berkata...

salam bro...tulsh bila kita kata pihak berkuasa bodoh depa marah...tp memang pun...

kpd master yoda...jgn dihina jurusan agama...harus diingat dlm islam tu semua ada, sains dan teknologi adalah dicedok dr alquran oleh org bkn islam...tetapi org yg anda maksudkan tu, tdk mendalaminya secara menyeluruh...lg pulak dia tdk mahu mendengar nasihat org yg lebih pakar, cuma nak mendengar kaki ampunya sahaja berkata2...

kulatlapok berkata...

salam Man Helang;

Betul memang tidak dinafikan, bidang agama mempunyai skop yang cukup luas. Ianya bukan sahaja laut dan bumi malah mencakupi bintang dan cakerawala cuma kita je tidak mendalaminya...orang2 Yahudi menjadi cerdik pandai kerana mereka memiliki ahli kitab yang cerdik pandai mengjkaji Al_Quran..dari situ mereka memanipulasi isi Al_Quran... Wallahualam

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan...

Tuk man_helang....

Aku tak menghina lepasan lulusan agama...Cuma bile mana penghayatan mereka dalam ape yg mereka blaja tak direalisasikan, dan wat dasar yang ntah pape, tu yang aku dok ase bengang tambah hairan....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN