Isnin, 21 Julai 2008

BUAYA MATI DISERANG HARIMAU..

MENAKJUBKAN (B/Harian-21Julai) Seekor harimau bintang menerkam dan membaham buaya yang berenang di air. Aksi luar biasa ini dirakam buat kali pertama oleh seorang jurugambar hidupan liar Amerika di taman haiwan Afrika Selatan baru-baru ini. Rakaman luar biasa serangan harimau bintang ke atas buaya itu dilakukan julung kalinya di taman haiwan Afrika Selatan oleh Hal Brindley, seorang jurugambar hidupan liar Amerika, yang sepatutnya mengambil gambar badak sumbu dari keretanya di Taman Negara Kruger. Tiba-tiba seekor harimau bintang melompat keluar dari celah pokok renik dan belukar serta terus menerkam buaya yang berenang di air, menyebabkan berlaku pergelutan berdarah antara kedua-dua haiwan ganas itu. Apakah yang boleh kita pelajari dari peristiwa ini??
PS* Itu belum lagi ketangkasan sang Harimau-Menaip.......

7 ulasan:

Desperado berkata...

Pado Ghimau Bintang...Tak do kojo ke?Ekau ingat sonang nak makan boyo! Kulit tobal nak mampuih!

Pada Buaya...yang ekau tertonggek-tonggek atas air tu bek apo...cari la tompek yang sosuai!

Kito dapat pelajari bahawa boyo dan ghimau adalah ahli gusti sojati!

Ontah la cendawan...ekau bagitau la kat den...poning den carik pengajarannyo!

Tanpa Nama berkata...

Bab in aku tak percaya, sebab bh & nst dikuasai balaci-balaci paklah.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam mr.kulat..

pengajarannya disini...jangan sangka raja air boleh selamat dalam air..selalunya tempat yg kita sangka selamat itulah tempat yg paling bahaya...

yg si ghimau tu bukan apa..nak juga merasa daging boya...asik baham yg kulit lembut sesekali nak merasa yg kulit keras..

ketangkasan tok ghimau menaip pula pada keyboard je la..hahaha

wallahualam

Harimau-Menaip berkata...

kah kah kah..

Aku takde kaitan la bro.

Atas keyboard pun aku tak tangkas mana pun.
Pengajaran yang kita dapat? Jangan kita bangga walaupun terlepas dari mulut buaya kerana mulut harimau lagi ganas dan tidak berperikebinatangan.

hanis berkata...

fuyooh....

menarik ni... :P

Mogen Ali Rico berkata...

yang kulit keras laa sedap makan..kalo cicah ngan kicap pastu perah sket asam, tambah sket cili hijau..gaul2..huhhh..mak mertua lalu belakang pon tak nampak lah..

melayuangkat berkata...

Salam anak anak semua,

Mak Cik dah pernah pergi ke Afrikan Safari sebiji macam ni di Zimbabwe dulu. Memang haiwan terlalu banyak dan menakjubkan. SubhanaAllah.

Kami ramai-ramai dalan trak besar berbesi, tengok saja Singa, beratus-ratus ekor gajah, zirafah, macam macam lagi, kalau badak air berpuluh ribu agaknya.

Tapi kami tidak diizinkan turun walau se minit di bumi bila nampak Singa ada, walaupun Sang Singa sedang tidur!!

Pengajarannya, kita dapat lihat kitaran hidup, mereka memburu untuk survive..tapi gambar ini memang aneh. Sebab biasanya rimau bintang atau singa hanya attack rusa, lembu, kambing atau kerbau sahaja.

WaAllahuAlam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN