Dr. Mohd Nizar telah menerima pukulan KO 5-0 apabila keputusan mahkamah petang tadi telah memihak kepada Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dengan keputusan itu, Nizar tidak boleh lagi membuat sebarang rayuan. Namun begitu beliau dibenarkan hanya membuat semakan keputusan mahkamah.
Keputusan yang telah dijangkakan ini mengakhiri episod perebutan kuasa yang pertama kali dalam sejarah Malaya yang melibatkan Istana dan juga terciptanya sejarah prosiding rayuan mahkamah paling singkat pernah dilaksanakan iaitu tidak sampai 24 jam ianya diterima.
Apapun keputusan telahpun ditentukan dan apa yg diharapkan Dr. Mohd Nizar tidak seharusnya merasa kecewa dan perlu menerimanya dengan hati terbuka. Pihak Pakatan Rakyat perlu berusaha lebih kuat lagi bagi membuktikan Parti Pakatan Rakyat menjadi pilihan rakyat Perak pada PRU13 nanti. Manakala Dr. Zambry pula masa untuk bekerja untuk rakyat perlu dilaksanakan segera dan segala peruntukan perlulah adil kepada semua rakyat Perak tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
3 ulasan:
Apa cita pun malam nie di Ipoh dan mana-mana bandar diPerak jualan Arak akan meningkat sebab ada member yang belanja kerana kroni kekal sebagai MB walaupun dari segi kiraan hasil negeri semakin mengecut.Ada kawan-kawan rapat akan ditemani GRO dari Bollywood tempahan khas dari mumbai.Bersuka ria lah wahai puak-puak pencacai UMNO yang semakin dikuasai oleh bangsa bukan melayu tuhhh.Esok kita cuti pasai mamai dan mabuk terlajak minum bersama........Pk.
salam melor45;
Apa boleh buat..dah itu keputusannya. Kalau Nizar menang pulak, nanti Malu pulak intitusi raja Perak.Mereka menang bukan kerana pasal undi rakyat tapi mereka memerintah hasil taktik 2 ekor barua PKR jugak. Tapi apapun mungkin ini ada hikmahnya. Si Nizar tak perlu putus asa. kekalahan itu tidak bermakna PK kalah semuanya. Buktika kepada mereka pada PRU13 nanti.
KEPUTUSAN DAH TAHU MEMIHAK BN. LEPAS NI DSAI PULAK AKAN JADI MANGSA MAHKAMAH BN, TAK CAYA SAMA2LAH KITA TUNGGU KEPUTUSANNYA. AKU AGAK COMFIRM ANWAR AKAN TEWAS KALI INI BILA DIBICARA DALAM UNDANG NEGARA INI ANA YG PUNYA.
Catat Ulasan