Isnin, 8 Februari 2010

9HB, ZAMBRY MB PERAK YANG SAH..


Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir semalam berkata beliau reda apa saja keputusan mahkamah Selasa ini berhubung Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang. Beliau yakin keputusan mahkamah pada 9hb ini (selasa) dijangka akan berpihak kepada kerajaan BN yang mana sebelum ini telah menerima perkenan dan sokongan kuat dari pihak Istana. Namun katanya beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana apa yang lebih penting sekarang menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar seperti yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Semalam 6hb Februari (Sabtu), genaplah setahun Si Zambry Abdul Kadir mengetuai pimpinan negeri Perak sebagai Menteri Besar Perak yang penuh dengan kontroversi. Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, beberapa akhbar penjuak BN semalam telah mewar-warkan dan ada yang sehingga empat muka penuh tentang kejayaan MB pilihan Istana ini kononnya berjaya melakarkan kejayaannya menerajui Perak dengan KPI yang cemerlang dalam tempoh setahun seperti di sini.
Apapun siapa MB Perak yang sebenar, Zambry dan Nizar perlu menerima hakikat yang mana di antara mereka salah seorang perlu berundur dan menghormati keputusan yang akan diumumkan nanti. Jika berpihak kepada BN, Pakatan Rakyat perlu berusaha merampas semula Perak mengikut saluran yang lebih gentleman pada PRU13 akan datang bagi membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat adalah pilihan sebenar rakyat Perak pada PRU12.
Manakala jika ianya berpihak pula kepada Pakatan Rakyat, mahkamah telah membuktikan bahawa kerajaan BNlah yg sebenarnya telah merogol undang2 Tubuh negeri Perak dan ianya seolah-olah seperti signal dan peringatan agar BN perlu perlu merampas Perak dari konkongan Pakatan Rakyat dengan cara yang sah melalui proses demokrasi. Wallahuaalam.

4 ulasan:

mountdweller berkata...

Salam

Saya pun setuju. Biarkan yang HARAM dengan palitan dosanya.

Sementara itu PR jadilah makhluk yang redho dengan ketentuanNya. Jadilah makhluk yang mempunyai 'telur' yang punya harga diri, punya maruah. Janganlah bila BN gadai maruah dan air muka kerana kuasa haram, kita kecewa dan gelisah.

Tanpa Nama berkata...

9HB PASTI MENCATAT SUATU LAGI SEJARAH PERAK SEPERTI TERKENALNYA SAJARAH PASIR SALAK YG MANA PENJAJAH TERKUBUR DI SG. PERAK. DAN KALI INI PERAMPAS KERAJAAN PERAK AKAN TERSUNGKUR. ITUPUN BERGANTUNG KEPADA TANGAN2 HITAM YG MENGAPAI.

Tanpa Nama berkata...

wa rasa Zambry jadi pilihan para hakim kerana jika tidak kenapa kemenangan awal Nizar di batalkan??
tapi itu pilihan hakim bukan pilihan rakyat...waahhkaakakaahh..
rakyat tertipu lagi..

Tanpa Nama berkata...

semua orang mau ingat zambry hanya menjalankan tugas2 MB, jawatan Mb sebenar sedang ditangguhkan oleh mahkamah. Nizar sebenarnya masih sah sebagai MB. tapi oleh kerana ada tangan ghaib kemungkinan MB bolywood tu akan jadi MB. Nizar kira kirim salam aje lah... pasai kalau zamry tak menang?? nanti sultan Perak juga yg maluuu...aduh malunyaa akuuuu.....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN