Sabtu, 27 Februari 2010

WARGA KOTA YG LEBIH DAIF DARI WARGA LUAR BANDAR

video

Sukar dipercayai, masih ada rakyat negara ini yang hidup bergelandangan di ibu kota. Ingatkan warga Bangla yang bergelimpangan tidor di bawah jambatan, rupanya mereka adalah warga kota yang bertaraf WARGANEGARA. Ada tu siap dengan berkeluarga lagi bersama dengan anak2 yang masih kecil. Kehidupan mereka dilihat lebih daif, berbanding dengan masyarakat luar bandar walaupun hidup susah namun sekurang2nya mereka masih lagi ada tempat berteduh walaupun layak dipanggil pondok buruk dan boleh lagi mencari makan hasil dari kampung.

Apa yang paling menyedihkan yang digelar WARGAKOTA ini ialah mereka sanggup menyelongkar sampah di premis2 makanan segera untuk mengutip sisa2 makanan demi untuk mengalas perut untuk mereka, anak2 dan keluarga golongan yang tidak berumah ini. Namun bagi mereka, mungkin itu lebih baik daripada mereka melakukan kerja2 yang melanggar undang2. Itulah sebahagian kehidupan taraf WARGAKOTA. Kesiann... Wallahuaalam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RUPANYA HIDUP DIKOTA INDAH KHABAR DARI RUPA..MANUSIA TERTIPU DENGAN KEMEWAHAN KOTA.

Tanpa Nama berkata...

AKU INGAT PARA NELAYAN DAN PETANI JE YG SUSAH. ORANG KELUMPO PUN HIDUP LAGI SUSAH DARI ORANG KAMPUNG.

Anak Kampung berkata...

aku dulu masa mula sampai KLpun merempat juga tapi takle sampai selongkar sampah... kalau dah tak tahan dok KL, apalagi tunggu kat kampung banyak lagi kerja yg menunggu... TAPI TAKUT DEPA KATA TAK KERJA KG TAK STANDARD..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN