Jumaat, 19 Februari 2010

3 NEGERI LAK IKUT JEJAK GUAN ENG, APA LAGI KOMENLAH..?



Dengar khabar ada 3 negeri akan mengikut jejak Guan Eng membatalkan perarakan Maullidur Rasul? Negeri tu khabarnya ialah Perlis, Johor dan Pahang iaitu tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN, khabarnya juga telahpun mengumumkan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Perarakan Maulidur Rasul ni telah menjadi satu isu besar sehinggakan ada Pemimpin Katak yang kuat PERKASA dikatakan sanggup melompat ke Pulau Pinang untuk demontrasi memperjuangkan nasib orang Melayu di sana disamping tu juga dikatakan memperjuangkan nasibnya yang entah dipakai lagi entah tidak pada PRU13 nanti.
Dengar khabar lagi isu yang menjadi hangat yang dihangatkan lagi oleh UTUSAN MELOYAKAN setakat ni juga telah memperbesar2kannya termasuklah TV3SUKU KOMEN2 DARI PEMIMPIN UMNO DAN NGO. Ada dengar cerita juga, semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Alamak??? Betul ke tu...???
KALAU MACAM TU... MASYARAKAT JUGA NAK TAHU DAN DENGAR SENDIRI KOMEN2 DARI MEREKA YANG TELAH BUAT DEMO DAN MENGOMEN SAMPAI RENTONG KERAJAAN PULAU PINANG. HAH..?? APA LAGI SILAKANLAH KOMEN PULAK KEPUTUSAN YG TELAH DIUMUMKAN OLEH 3 NEGERI TU.?? KOMEN, KOMEN JANGAN TAK KOMEN..!!
JADI PERKASA, TAK PA!! JANGAN SAMPAI JADI PERKASAM SUDAH..hiks! hiks! hiks.!! haruuu...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woi!PERKASA jom la turun berdemo bila lg.tak kan kat Penang je nak tunjuk bagus.aku nak tergelak ade hati presiden perkasa nak jumpa ahli parlimen australia.menteri yg berkaitan tak dak ka.hahahahahahahahahahahahaa.kau bahan lawak la brahim.

Tanpa Nama berkata...

Presiden PEKASAM ni dah macam sebahagian dari parti UMNO. Dia yg lebih dari orang UMNO. Orang UMNO dok tengok je dia. Mungkin PRU13 ada can calon UMNO balik?? Tu yg beria sakan menyokong apa jua dasar kerajaan. Masa merajuk dulu habis sakan dihentam UMNO. Tuii..

melayuangkat berkata...

Salam anakku Cendawan yang tumbuh melata terutama di PP, Selangor dan Kelantan,

PerArakkan dibatalkan bukan bermakna SAMBUTAN dibatalkan.

Sambutannya kita raikan di masjid masjid atau di surau atau di rumah sendiri pun boleh.

Setakat berSelawat dan berzikir, ADAB kita mengingati seorang Insan yang begitu berjasa pada Agama dan manusia sejagat.

BESAR dan TIDAK dapat diukur dinilai budi dan jasa Baginda s.a.w. yang patut jadi Idola kita semua terutamanya anak anak muda generasi ini.

Itu sahaja.

Nak BerArak silakan, Tak nak pun boleh.

Kalau Orang utan boleh berSelawat pun sudah tentu mereka juga akan berSelawat, lagi pun mereka makluk Allah cuma tidak diberi Akal untuk berfikir seperti kita. Mungkin kalau ada Akal juga, mereka akan lebih Alim dan Takut pada Allah swt dari kita semua dan lebih mengsyukuri segala nikmat yang Allah swt berikan pada mereka walaupun sekadar sebagai Orang Utan. Sudah berAkal pun sudah baik.

Mak Cik hanya mampu berdoa seperti di tanah suci baru baru ini agar Orang Melayu semua bersatu hati kembali. BErtaut pada Ajaran Islam yang sebenarnya. Dan Semoga juga Allah swt selamatkan satu satunya tanah air orang Melayu, Malaysia.

Kita tidak ada MOTHER LAND. Inilah negara kita.

kulatlapok berkata...

salam Makcikku

terima kasih kerana masih sudi menitip ke sini,
Apa yg saya maksudkan ialah sikap DOUBLE STANDARD mereka. Apapun Selamat menjalani ibadah ke Tanah Suci dan selamat kembali dengan selamat.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Kah kah kah kah waakha kah kah kelakarnya betul2 mengelikan ketiak aku...
SEJARAH TIDAK BOLEH DITIPU.... SEKARANG MEREKA SEBENARNYA YG TERTIPU....KAHKAGHKAHKHAAATUIII,,,

Tanpa Nama berkata...

salam makcik..mungkin makcik x faham makna double standard d mana sentimen agama telah d mainkan oleh pihak tertentu utk memberi imej tak baik kpd PR.
Dari segi hukum nak berarak tak salah kalau tak buat pon tak berdosa. So kepada PEKASAM aku dok tunggu gak reaksi dr beliau

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN