Mohd. Bakri, seorang pelajar UiTM antara insan yang paling beruntung kerana kisahnya dilanggar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim telah disensasikan oleh akhbar paling Meloyakan tekak pembaca setakat ini. Akibat dari insiden tersebut, nasib Mohd Bakri kini serta merta berubah kerana UMNO Selangor akan membantu beliau disini.
Nasib Mohd. Bakri memang bertuah ini kerana malapetaka yang menimpa beliau ialah disebabkan oleh orang politik dari pihak pembangkang. APALAH JADI NASIBNYA JIKA INSIDEN INI TIDAK MELIBATKAN SESEORANG DARI PARTI POLITIK PEMBANGKANG?? Jawapannya cukup mudah.....sudah tentulah beliau akan menanggungnya sendiri dan jangan haraplah ada bantuan seperti yang dilakukan oleh UMNO Selangor tu. Sebelum ni banyak insiden kemalangan yang dilaporkan berlaku, kenapa UMNO Selangor tak bekejar memberi bantuan? Jawapan yang mudah untuk difikirkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan