Jumaat, 26 Februari 2010

RUPANYA INDIA MUSLIM YG MENAIKAN MARTABAT ISLAM P.PINANG, BUKAN MELAYU?



Seorang bukan Melayu tidak boleh bertukar menjadi Melayu. Itu memang hakikat. Tapi hakikat yang ramai orang tak tahu ialah tentang yang mengangkat sedikit sebanyak nama orang Islam di Pulau Pinang bukanlah Melayu tetapi 'India Muslim' di sini.

Baru kita semua tahu, rupa-rupanya Pak Lah, Anwar Ibrahim, Tun Abdul Rahman Abas, Haji Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi, Haji Hamdan Sheikh Tahir - dan ramai lagi tokoh Pulau Pinang yang lain - bukanlah Melayu, tetapi India Muslim belaka.

Keh keh keh... Melayu Pulau Pinang kalau gitu takleh nak banggakan sangat lambang UMNO. Mereka patut letakkan lambang KIMMA atau Perjuangan Bangsa India/Melayu Muslim semasa berdemontrasi tempoh hari. Kesiann.. lembu punya susu sapi yang dapat nama. Rupanya selama ni juga, ramai Melayu Pulau Pinang tertipu dengan demontrasi menentang Lim Guang Eng hanya semata-mata dia berbangsa Cina dengan dakwaan Ketua Menteri itu menindas bangsa Melayu di Pulau Pinang.

Namun hakikatnya Melayu Pulau Pinang memang sudah berpuluh tahun ditipu. Apa tidaknya, sejak dari dahulu lagi, Ketua Menterinya memang diperintah oleh bangsa Cina hasil dari perancangan UMNO sendiri. Apapun sambutan Maulidur Rasul di P.Pinang telahpun diadakan di sini. bersama dengan Guan Eng sekali. Adakah kehadiran Guan Eng tu juga nanti akan jadi isu umat Melayu P.Pinang?? Fikirkanlah, mana yang boleh mana yang tidak.... Wallahuaalam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah penangan nasi kandaq..

NANA berkata...

anak mami jarumlah tuuu... waoiii itu golongan mamu tu, pasai apa pulak UMNO yg sebok2 kata perjuangkan bangsa Melayu PPinang??? hiks hiks salah maklumat tu...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN