Sedutan Transkrip Penjelasan PM sebelum pertemuan dengan editor media tempatan dikediamannya: ...........Saya juga mengingatkan, bahawa rakyat hari ini mengharapkan pendekatan yang berbeza. Dan kita tidak perlu kepada pendekatan yang terlalu mementingkan luaran (ritual) ataupun kedudukan kita sebagai anggota pentadbiran. Tetapi kita mesti sensitif dengan pandangan rakyat dalam apa jua yang kita lakukan.
Saya bagi contoh kalau kita hendak promosi pelancongan misalnya Pulau Langkawi. Apabila kita buat papan iklan, tak payahlah kita letakkan gambar PM dan menteri berkenaan sebagai sebahagian daripada kandungan papan iklan tersebut. Dan kalau ada hari-hari tertentu kita buat sepanduk, banting dan sebagainya, tak payahlah gambar menteri atau PM ditonjolkan. Kita nak tonjolkan yang kita tak penting kepada perkara seperti ini. Yang penting ialah untuk menunjukkan bahawa kita sebuah kerajaan mesra rakyat dan pentingkan kepentingan rakyat lebih daripada kedudukan dan jawatan yang ada pada kita.
Kulat: Adakalanya bukan PM yang lebih tapi para penjuak yang terlebih. Wallahua'alam.
9 ulasan:
Salam saudara.
Kebiasaannya begitulah. Bukan yang empunya badan yang sibuk tapi kaki pengampulah yang sebih sudu dari gulai.
Apa yang pasti kementerian pelancongan dah rugi sebab kena tukar banyak billboard yang ada gambar azalina & pa lah :)
salam blogger semua...
APA YG KITA SEMUA SUSAHKAN PENDEK KATA UDAH TENTUNYALAH YG BUAT CAM TU IALAH 'KAKI BODEK' & 'KAKI PENGAMPU' untung2 dapat naik pangkat, dapat pujian, sapa taknak cam tu... nak duduk bawah payong.
Assalam wbt.
Baguslah jika PM kita tidak suka beliau ditonjol2kan, bukan apa jika terlebih tonjol lebih pula kena hentaman musuh.
Wassalam.
salam Mohd. Rizal....
PM tu kira ok jugalah dengan kenyataan yg dibuat tu tapi para penjuaknya kira.. cari makanlah katakan..!!
Tuan Kulat:
Pengampu zaman Paklah lain caranya, pengampu Najib pulak kalau boleh setiap hari mesti ada cerita yg PM kita MESRA DAN PRIHATIN DENGAN MASALAH RAKYAT, TAK PERCAYA LIHATLAH AKHBAR PENGAMPUNYA YANG MELOYAAAAAKAN TU..
Utusan Meloya memaparkan berita2nya semuanya betul dan benar belaka terutama kenyataan2 dari pemimpin UMNO. Tidak ada yg benar selain daripada benar2 belaka itulah UTUSAN MELOYAAA...WEEEKKKK!!
Assalamualaikum Cendawan Melayu,
Apa khabar orang ayah Puteri Nabilah? Apa khabar Puteri Nabilah? Semoga sihat walAfiat dan hidup sentiasa dalam Rahim dan Rahmat Allah swt.
Kalau kita ke Los Angeles atau mana-mana Airport Besar pun terpampang gambar President mereka dengan ucapan "Welcome to the United States of America".
Kita pun terasa semacam di "Welcome' apatah lagi setelah berbelas jam dalam perut kapalterbang.
WaAllahuAlam.
salam Makcik..
Alhamdulillah saya dan Puteri Nabilah walafiat dan Puteri Nabilah semakin cerewet sehingga jenuh nak melayannya. Itulah proses yg kita sendiri laluinya dahulu. Wallahuaalam.
Untunngnya Makcik selalu dapat kembara didunia ini. Lain hulu lain parang lain pemimpin dahulu lain pemimpin sekarang. Mungkin Najib ada alasan sendiri apa yg di katakannya itu. Wallahualam.
Catat Ulasan